27 September 2012

Lebihan Hibernasi Dalam Sehari

hari ni aku hilang punca
punca mencari kehilangan yang hilang
punca hilang sedikit 
aku mencari punca 
punca rumit bersembunyi lagi
sangat spontan aku menulis khayal ni
khayal

tiada punca.

09 September 2012

Lihatlah yang Terdalam


Jangan kau seperti iblis,
Hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam.
Lihatlah di balik lumpur,
Beratus-ratus ribu taman yang indah!
~Rumi


07 September 2012

Kontradiksi Emosi


mungkin perempuan sering berfikir 
yang lelaki tidak punya perasaan
tidak punya emosi 
mungkin kerana itu terkadang segelintirnya
tanpa disedari
mempergunakan lelaki sebagai tempat menemplak
segala perasaan keperempuanan mereka dengan sesuka hati
mungkin atas nama cinta, mungkin atas nama manja
apa yang pasti, segelintir lelaki tetap bersabar dengannya
mungkin juga atas nama cinta, mungkin juga atas nama syukur..

apapun juga, setenang manapun kita menghadapinya
kesabaran itu tetap ada limitasinya bukan?




rákan-rákan