23 Julai 2012

Nikmat Syukur


kejarlah bintang yang engkau inginkan dan jangan pernah pantas putus asa
kerana yang berputus asa dengan pantas itu belumlah benar-benar mencuba
dan jika engkau mencuba hingga tiada air mata lagi yang tinggal untuk engkau titiskan
maka detik itu nanti engkau sedar betapa luasnya nikmat Tuhan dan kuasa-Nya
dan betapa kecilnya engkau di dunia ini

ayuh kita bersyukur dan terus mengejar cita-cita yang luhur
kerana yang berusaha dan bertawakal itu lah yang kelak mendapat nikmat yang lebih
Alhamdulillah!


Tiada ulasan:

rákan-rákan