25 Januari 2012

Terang, Tenang..


Ya Allah 
bimbinglah aku ke tasawuf-Mu
agar mudah dan terang
fikiranku...


Ruang Paradigma


berseliratan metodologi paradigma aku
semakin kompleks! 
berdentum letup 
terbuka tutup
angkasa paradigma terlobos liberal!


19 Januari 2012

Atmosfera #1



lepas pelangi mula pergi lewat senja, gelap mula menutup lanskap
segenap ruang langsung kelam, raung sepi dan suram..


11 Januari 2012

Talian Impressionist


ayuh gadis, mulakan syair
dendangkan muzik emosimu 
dengan baris-baris cintamu
yang sungguh rumit! 

imaginasi terus terbang ke langit 
bebas dari graviti logik
pertalian ini
sangat sofistikated!


Pengorbanan


bintang pernah jatuh ke bumi
namun tak semua dapat miliki 
yang bisa hanya saintis
untuk dikaji.. 

rákan-rákan