29 Oktober 2011

:)


aku mahu perbaiki diri
berikan ruang..
semoga kita sama-sama peroleh taufiq-Nya..

20 Oktober 2011

Signifikan


demi kepanasan yang membakar
Tuhan, tolong turunkan hujan
beserta rahmatmu
demi menyejukkan segala kehangatan! 

24 Jam



aku tak suka jadi magnet yang sentiasa mahu melekat!
d u a p u l u h e m p a t j a m
aku benar-benar mahu rational
dan understanding
atau mungkin ayat ini lebih baik
 matured! 



19 Oktober 2011

Percaya


biarkan aku terbang!
mengejar apa yang aku mahu
itupun jika kau benar-benar percayakan aku

Aku Bukan Lelaki Tipikal Itu


jangan pagar aku dengan dawai emosi yang berkarat
jangan ikat aku dengan rantai cemburu yang berapi
jangan racun aku dengan gas cinta yang membutakan mata
jiwa aku akan rimas lemas dan mati !

maka berikan aku kafein rindumu
penuhkannya dengan segala misteri!
terbangkan cinta ke langit surreal
anggunkannya ke tahap dewa!
sampai bisa terjahit jiwa kita selamanya!


Takde Tajuk


aku semakin lumpuh 
impak poket yang berdebu
dan cuti yang mega pasif!!

aku bosan dengan kebosanan ini 
kebosanan yang tak sepatutnya berlaku!

11 Oktober 2011

Filosof Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


penulisan aku banyak dicandui filosof Hamka, banyak karyanya yang memimpin aku untuk berfikir kerana warna mindanya yg di limpah dalam karya penulisannya sangat persis dengan dunia yang aku tempuh sekarang. Hamka seorang pemikir, ulama dan sasterawan yang ternyata bijak mengadun pemikiran agamanya dan dunia kini lantas mudah untuk anak muda pasca merdeka seperti aku untuk memahami. *teringat akan karya Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah yang puitisnya ternyata bijak. 

rákan-rákan