12 Jun 2011

Rindu Yang Terkurung

semakin hari aku semakin jauh
  tembok yang mendinding jiwa
makin rapuh
  cahaya semakin malap
iman makin gelap

graviti menghukum segala fizikal daripada terapung
  dan kegelapan menghukum segala visual untuk mencari-cari cahaya
antara keduanya
  aku terhukum dosa
hukum dosa yang tertangguh
  hati aku gusar
aku tidak mau lagi terjatuh

apa juga nikmat yang kita peroleh sekarang
  adalah belas dari yang atas
dan
  apa mungkin kita dapat bahagia tanpa Nya?
aku mahu perubahan
  biar walau memakan sedikit masa..

3 ulasan:

intan.maisarah berkata...

:) perubahan untuk ke jalan bahagia?

Vy Nin berkata...

Haiya hai. Masih tekun berpuisi kau sahabat. HEBAT!

a.afandi berkata...

puisi tetap puisi. tidak boleh hilang hehe.

intan, smestinya. kita semua mahu bahagia. aha. :)

rákan-rákan