27 Februari 2011

Sopan Dan Santun


biar berilmu dalam bercakap
biar bercakap dalam beradab

Bercabang Paksi

bila sepenuh jiwa
telah dipersembahkan
bila seluruh percaya
telah dicurahkan

luruh hati musnah
roboh bumi merekah

hati yang disambut
akhirnya dilepas
biarkannya jatuh
hancur terhempas

janganlah hilang percaya
pada mereka
yang jujur seluruh jiwanya

Rangkap Redha


kalaupun ditakdirkan apa yang aku harapkan tidak kesampaian.aku tetap redha.tetap bersyukur.
dan terus bersyukur,kerana telah diberi peluang untuk mengenali sesuatu yang teramat indah 
dan baik.

Alhamdulillah.

22 Februari 2011

Tekanan Dan Gundah


mungkin kita inginkan suatu perubahan untuk berlaku dan kita sering berusaha untuk mengubah sesuatu. tetapi akhirnya hingga satu tahap dimana kita akan sedar, kita masih belum mampu. jadi biarkan masa dan takdir menentukan segala kerana mungkin sekarang belum tiba masanya. berhenti seketika bukan bererti berputus asa.

11 Februari 2011

Bisikkan Ini Untuk Kita


mungkin atas kesukaran yang kita hadapi itu akan datang nanti suatu kebahagiaan yang abadi
kebahagiaan yang selama ini kita ingin kecapi


rákan-rákan