22 Disember 2011

Orang Muda


nikmat budaya itu hasil sejarah
gemilang beranting emosi-emosi nikmat tradisi
apa yang hidup kini
berketurunan talian darah budaya lewat permulaan peradaban
ada permai ada sonsang
pelapisnya kini
anak muda yang baru belajar melangkah ini

05 Disember 2011

Resah, Musnah, Punah


LEMAH
sangat lemah
DOSA
sangat berdosa

24 November 2011

Permintaan Kepada Tuhan

aku sentiasa berharap untuk sesuatu yang baik
untuk kehidupan yang lebih lengkap
hidup yang bukan kerana dunia semata-mata..

aku perlukan cinta dari Tuhan
aku rindukan kasih dari-Nya

kurniakan aku sedikit dari keindahan-Mu
aku benar-benar dahagakannya.. 

29 Oktober 2011

:)


aku mahu perbaiki diri
berikan ruang..
semoga kita sama-sama peroleh taufiq-Nya..

20 Oktober 2011

Signifikan


demi kepanasan yang membakar
Tuhan, tolong turunkan hujan
beserta rahmatmu
demi menyejukkan segala kehangatan! 

24 Jam



aku tak suka jadi magnet yang sentiasa mahu melekat!
d u a p u l u h e m p a t j a m
aku benar-benar mahu rational
dan understanding
atau mungkin ayat ini lebih baik
 matured! 



19 Oktober 2011

Percaya


biarkan aku terbang!
mengejar apa yang aku mahu
itupun jika kau benar-benar percayakan aku

Aku Bukan Lelaki Tipikal Itu


jangan pagar aku dengan dawai emosi yang berkarat
jangan ikat aku dengan rantai cemburu yang berapi
jangan racun aku dengan gas cinta yang membutakan mata
jiwa aku akan rimas lemas dan mati !

maka berikan aku kafein rindumu
penuhkannya dengan segala misteri!
terbangkan cinta ke langit surreal
anggunkannya ke tahap dewa!
sampai bisa terjahit jiwa kita selamanya!


Takde Tajuk


aku semakin lumpuh 
impak poket yang berdebu
dan cuti yang mega pasif!!

aku bosan dengan kebosanan ini 
kebosanan yang tak sepatutnya berlaku!

11 Oktober 2011

Filosof Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


penulisan aku banyak dicandui filosof Hamka, banyak karyanya yang memimpin aku untuk berfikir kerana warna mindanya yg di limpah dalam karya penulisannya sangat persis dengan dunia yang aku tempuh sekarang. Hamka seorang pemikir, ulama dan sasterawan yang ternyata bijak mengadun pemikiran agamanya dan dunia kini lantas mudah untuk anak muda pasca merdeka seperti aku untuk memahami. *teringat akan karya Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah yang puitisnya ternyata bijak. 

27 Ogos 2011

Nafsu itu Kita

Nafsu
itu kita
tinggalkannya perlu
jika tidak
mahu
kita binasa

nauzubillahi minzalik

Kita
masih punya iman bukan?

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya...........

10 Ogos 2011

Emoradikal

dingin beku
menyimpan
emosi menyelirati 
perasaan yang rahsia
sedih yang dirahsiakan
dari realiti

suatu hari nanti 
akan datang kefahaman
yang akan 
membawa
selangit kesedaran

dingin beku 
emosi menyelirati 
perasaan yang rahsia
sedih yang dirahsiakan
dari realiti

suatu hari nanti 
akan datang kefahaman
yang akan 
membawa
selangit kesedaran

kerana perasaan manusia itu semuanya sama

31 Julai 2011

1 Ramadhan


ayuh
kita mulakan hidup baru di ramadhan ini
hidup yang lebih sempurna
hidup yang lebih keberkatan dari-Nya

30 Julai 2011

Rungsingnya Hingga Menjengah Pintu Hati Yang ke Tujuh

engkau sungguh abstrak sehinggakan aku sering bingung apa yang seharusnya aku lakukan
segala tingkah dan langkah aku terperangkap dalam kapsul emosi yang temporari

apa mungkin segalanya ini terbit akibat aku yang dihimpit kebodohan?
atau ketenangan aku yang optimum ini yang telah menghakis keyakinan kau itu?

ahhhh... apapun yang akan terwujud, separuh hati aku telah terbelah untuk dijahit dengan hati kau di sebelah. 

diam.. dan biarkan waktu yang menjawab segala panggilan kebingungan ini

*aku sering diambang rudum dipasung kebersalahan yang sering berputar balik. oh tuhan, tunjukkan aku jalan yang benar. jadikan dia cinta yang paling dalam. 

28 Julai 2011

Ramadhan 2011

ramadhan akan datang
berdamping sama adalah rahmat 
yang tiada garis hujung

aku mahu ramadhan kali ini
menjadikan aku muslim yang sejati
yang lama telah aku kejari 

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak


22 Julai 2011

Jangan Sering Ikutkan


jangan sering ikutkan emosi itu

12 Julai 2011

Detik Realis Jam 12

lepas jam 12.00 malam
dia akan mula cergas
neuron otaknya mula beragenda
dengan lebih hebat
dengan cermat
kopi dan mp3
jadi teman karib


mungkin dengan cara itu
dia dapat melepaskan segala
gundah dan amarah
tentang dunia dan dirinya
yang kerap terlindung
dalam
kegelapan

06 Julai 2011

Tentang Cinta


lelaki itukan sepatutnya pembimbing 
bukannya 
perosak

27 Jun 2011

Konfrontasi Puisi

Akhirnya berjaya menembusi pentas maya ini buat sajian para penikmat bahasa!
Konfrontasi puisi, gabungan beberapa puisi yang pernah aku tulis. kini telah aku 'zine'kan. sudah lama, cuma baru kini aku berkesempatan untuk jualkan di sini.
Harga?  RM 4 tanpa prejudis. 
emailkan rasa ingin anda ke sini -  amirease@yahoo.com
:)

Menjengah Telagah

mata menghunus tajam pandang
dalam genggam ada bara berapi
jiwa merah menyala menahan suhu
darah maka jadi panas
urat maka jadi keras

dalam genggam amarah
gegaran perasaan magnitud tinggi
bergegar
keberanian 
sakti saka pendekar

guruh berdentum
getir menggigil tubuh
menyerap , menyimpan
kecelaruan fikiran
perang filosofikal yang nyaring

18 Jun 2011

Selepas Merdeka


semakin lama semakin berganjak lantai ideologi kita
yang darahnya segar muda
ada yang terlebih liberal
ada yang terlebih anarkisnya 

17 Jun 2011

Mungkin, Pasti


dia yang akan setia
dengan aku
walau
waktu
habis 
berlalu


12 Jun 2011

Rindu Yang Terkurung

semakin hari aku semakin jauh
  tembok yang mendinding jiwa
makin rapuh
  cahaya semakin malap
iman makin gelap

graviti menghukum segala fizikal daripada terapung
  dan kegelapan menghukum segala visual untuk mencari-cari cahaya
antara keduanya
  aku terhukum dosa
hukum dosa yang tertangguh
  hati aku gusar
aku tidak mau lagi terjatuh

apa juga nikmat yang kita peroleh sekarang
  adalah belas dari yang atas
dan
  apa mungkin kita dapat bahagia tanpa Nya?
aku mahu perubahan
  biar walau memakan sedikit masa..

22 Mei 2011

Teori


remaja sering berfilosof tentang kehidupan dalam konteks protes mencari pnyelesaian, mungkin kerana itu kebanyakkan revolusi dunia dipelopori golongan muda 

17 Mei 2011

Suatu Transformasi


masa untuk kita beralih 
berubah tanpa berdalih
pemikiran kita
pandangan kita
tindakkan kita
perlu seiring dengan usia 
yang semakin berusia

sementara kita masih punya waktu
untuk sering bersyukur
atas nikmat agama dan dunia
dan berubahnya kita
 menuju kematangan
tindakan dan fikiran

untuk kita sama-sama bahagia

Monolog Untuk Sukma Malam


mari malam
keluar kala langit masih cerah
mungkin terlalu awal
tapi itu bisa diterima
kerana bilanya ada engkau
waktu itu bisa menjadi tenang
dan semua orang bisa nyaman
kala gelap yang diterangi
cahaya bintang
sangat sentosa untuk semua


09 Mei 2011

Dunia Abstrak

suatu abstraksi 
yang mungkin hanya luaran
tetapi
punya maksud yang tersirat
di dalam

suatu abstraksi
yang perlu dirungkai..

25 April 2011

Menggulung Resah

apa caranya yang kalian tahu untuk menjadi seorang lelaki yang bisa memimpin dengan baik dan memberi pedoman walau dalam resah kasih yang menyelirati hati, maksud aku - seorang lelaki itukan harus jadi pembimbing?

15 Mac 2011

Nota Jiwa Darah Muda


bagaimana untuk mengindahkan akhlak
menghias budi
menjaga adab 
memberi bakti

kerana terkadang kita lupa 
yang Islam itu masih di dada..

mahu aku mahukan segalanya itu
tetapi seringnya aku buntu selalu..

05 Mac 2011

Kias Berkias


berdamping maharani berselindungan 
dilingkar abstrak beriringan 
sepi bersepadanan 
saling penuh memenuhkan 
dalam rahsia berpanjangan

27 Februari 2011

Sopan Dan Santun


biar berilmu dalam bercakap
biar bercakap dalam beradab

Bercabang Paksi

bila sepenuh jiwa
telah dipersembahkan
bila seluruh percaya
telah dicurahkan

luruh hati musnah
roboh bumi merekah

hati yang disambut
akhirnya dilepas
biarkannya jatuh
hancur terhempas

janganlah hilang percaya
pada mereka
yang jujur seluruh jiwanya

Rangkap Redha


kalaupun ditakdirkan apa yang aku harapkan tidak kesampaian.aku tetap redha.tetap bersyukur.
dan terus bersyukur,kerana telah diberi peluang untuk mengenali sesuatu yang teramat indah 
dan baik.

Alhamdulillah.

22 Februari 2011

Tekanan Dan Gundah


mungkin kita inginkan suatu perubahan untuk berlaku dan kita sering berusaha untuk mengubah sesuatu. tetapi akhirnya hingga satu tahap dimana kita akan sedar, kita masih belum mampu. jadi biarkan masa dan takdir menentukan segala kerana mungkin sekarang belum tiba masanya. berhenti seketika bukan bererti berputus asa.

11 Februari 2011

Bisikkan Ini Untuk Kita


mungkin atas kesukaran yang kita hadapi itu akan datang nanti suatu kebahagiaan yang abadi
kebahagiaan yang selama ini kita ingin kecapi


21 Januari 2011

Teori

fikiran rasional sekarang barangkali tidak akan lagi rasional 20-30 tahun akan datang.
rasional sekarang hasil sisaan fikiran masa lampau, terevolusi dari transasi zaman.
namun falsafah yg unggul tentang kehidupan barangkali akan kekal sepanjang zaman.

09 Januari 2011

Sebahagian Dari Kita

seringnya kita yang tanpa pengetahuan mewajarkan selalu apa yang kita sendiri tidak tahu dengan pasti
bagai lalang yang mengikut telunjuk angin, menewaskan fakta yang tersirat dan mengambil kiasan yang tersurat itu sebagai sesuatu yang sahih
mensahihkan tanpa memikirkannya dengan pintar..

rákan-rákan