29 Jun 2010

Monolog & Gadis Boneka

MONOLOG

Menjauhi roda pusingan masa
Perlakuan menyentuh
Rasa,hati,mata

Dia tidak lagi menjadi agenda
Jiwa perasaan beku membisu
Kata hilang dihimpit perasaan

Kesal semakin menggila
Melawan tangis melankolik
Hujan segenap kekosongan
Tikaman cahaya sebuah cerita
Apa?


GADIS BONEKA

Kau kata dengan indah
Setiap bait emosi
Penuh harapan kepada gadis boneka
Datangnya noda
Dengan tiba habislah sudah
habis!

Punah segala harapan yang dititip
Sekian lama pada hati nurani
Sekelip mata
datang si gadis itu
Perilaku sang arjuna tidak menentu

Jelas
Kata membeku
Jiwa tak menentu
Terdengar rintih si gadis boneka itu
sepi
sunyi
sayu...


(dalam semak-semak. aku terjumpa 2 sajak ini. dalam simpanan. tulisan seorang teman waktu sekolah dulu. yang aku ambil untuk pamer di art fest kat sekolah dulu. 2008. sekarang dia tingkatan 5. lama dah tak jumpa)

Kromosom xx xx xy xy #002

apa itu curang?
sila dengar dik
curang itu tidak baik

tapi apa itu poligami?
sila dengar dik
sayapun tak mengerti

tapi apa yang pasti itu bukan curang aku rasa..

-banyak lagi perkara mau fikir. daripada mau curang. seorang sudah cukup.

Jiwang?

apa kau bilang jiwang? mereka yang menulis puisi itu dan ini kedengaran seperti jiwang langsung jiwanya? aku sering diaju filosof sebegitu. hurm. aku sangkal. tidak semestinya. aku pernah cerakinkan teori aku tentangnya. nah - http://puitisarchive.blogspot.com/2009/05/hikayat-kejiwangan-keromantisan.html

Ulang Tayang

terdorong aku untuk baca puisi lama yang aku tulis.  

28 Jun 2010

Berhenti Dan Rasai Keindahan

langkah perlahan-lahan kaki itu
nikmati kesegaran alam
yang memberi ilham
berhenti seketika dan pejamkan mata
angankan nyaman meniup tubuh
ringankan badan dan bermimpilah
hilangkan segala masalah yang membukit
segarkan roh dan jasad kembali

Rangkap Lapan


pulang sudah bunga kemari
mulalah hari berganti hari
sampai masa takdir ilahi
bunga pergi seribu sunyi

(maka tamat hikayat)

22 Jun 2010

Maharani

dalam genggam tangan aku
masih tersimpan bintang
yang terjaga rapi
istimewa untuk kamu
hingga sampai masa
akan kamu genggam
selamanya..

Teleport

kemari
bawa aku ke harapan -
aku setuju

Kukuh

seluas bimasakti
galaksi
kosmo tanpa sempadan
jantung
dibiar jatuh 
kesakitan
kerana pelangi
doakan
agar nyaman
bawah panji 
ikhlas

21 Jun 2010

Jangan Pergi

lepas minum air, dia terus pergi. keluar, aku tak sempat ucap selamat. makanan baru saja dihidang.
semalaman aku tunggu. sampai pagi hampir tiba.
sunyi. hingga cahaya pagi masuk ke kamar.

sunyi pecah.
......telefon berbunyi..
polis ditalian..

keluarnya dia malam tadi, takkan kembali lagi. selamanya.

aku terduduk..
janganlah pergi..
mata tak tertahan menanggung sebak...
AKU RINDU KAU!

Lukisan Abstrak Aku

engkau lukisan abstrak
abstraknya lain dari yang lain
engkau cantik
engkau mahal
aku ceria bila lihat kau

engkau lukisan abstrak yang menarik
aku rindu bila engkau tiada
aku gila bila kau hilang

tetapi engkau lukisan abstrak
yang susah untuk aku tafsir
tapi tak mustahil untuk aku faham
cuma perlukan masa

engkau lukisan yang aku sayang
engkau lebih dari sekadar lukisan
jadi aku akan jaga
dengan penuh setia

Kabus

tafsirlah
segala rahsia
yang telah aku beritahu
tanpa kau sedar
cita-cita harapan
tanpa kau tahu

doakanlah

Diskusi

pejam mata
ingat semula
kisah, cerita
sebermula cerita
indah ceria
normal kita
manusia

12 Jun 2010

Hikayat Tafsir Mentafsir

bahasa punya pakaian. pakaiannya dipanggil gaya bahasa. perlu diteliti. perlu difikir. setinggi mana susunan kata itu, jika tidak terlahir dari naluri dan pengetahuan yang sepatutnya. maka ianya kosong. tatabahasa menggaris laluan khas ke destinasi tepat dalam berbahasa. gaya bahasa pula melakar keindahan dalam berbahasa. seperti manusia yang memakai pakaian cantik untuk kelihatan cantik.

dalam mentafsir bahasa. mentafsir ayat. aku terdorong untuk menyelinap masuk ke dalam isinya. bertitahkan tajuk utama, aku melingkar mentafsir sesuatu ayat disebalik tirai normal. contoh : "hari yang mendung itu kelak akan cerah juga". ada apa dengan ayat ini? jika ditafsir secara umum. ia berkaitan cuaca. hari mendung akan cerah. tetapi bergantung pada isi dan situasi yang mendorong ayat itu diketengahkan, maka tafsiranya tentu sekali berbeza. ayat tadi semacam perumpamaan atau kiasan-itulah yang dipanggil gaya bahasa.
ayat itu menunjukkan bahawa hidup yang susah ni kelak akan senang. atau setiap masalah itu kelak pasti akan ada penyelesaian.

jadi sebelum mentafsir sesuatu ayat/ucapan perkataan, perlu sekali ada kefahaman tentang bait2 kata yang digunakan. dan pandang dengan keseluruhan-situasi dan nada suara (jika ianya diucapkan). takut2 nanti tersalah tafsir.

(terkadang aku berkonfrontasi sama diri aku sendiri. terlalu memikirkan apa yang orang kata. bagi aku jika ada satu kata2 yang bagi orang lain ianya sekadar omong kosong, aku bertindak untuk memikirkannya dahulu. adakah ia benar2 omong kosong atau ada isi yang tersirat. ia membuatkan aku memahami bahawa orang yang beradab itu suka menjaga tutur katanya, dan terkadang membuatkan aku pening. haha.)

07 Jun 2010

Rangkap Tujuh


bunga merantau lima hari
menikmati hari idaman hati
kenangannya manis tidak terperi 
maka pulanglah dia kembali

05 Jun 2010

Rangkap Enam


maka bunga berangkatlah pergi
meninggalkan wangi harum berseri
tidaklah lama membawa diri
cukup waktunya pulang kembali


Peti Suara Sangsi

dengarkan suara aku
yang berbisik
melintasi kebisuan malam

yang ikhlas dari dalam hati aku
sebuah lagi rahsia indah sebuah renungan

lihatlah ke dalam mata aku
yang tertanya-tanya
kenapa ia sangat sukar

dengan pistol di tangan aku
bersedia untuk menembak bintang yang tercerah..

(sangat sukar ya untuk kita meluahkan rasa secara tepat kepada orang yang kita suka agar dia mengerti dengan dalam.. aku pernah merasainya)

04 Jun 2010

Lelaki Melankolik Dan Gadis Koma

malam ini adalah malam berdarah
kau berada di sebalah aku
kita bercakap tentang hidup kita
kita kenal antara satu sama lain selamanya

masa itu telah tiba
hidup kau sudah dekat dengan keindahan
pengakhirannya pasti datang

aku tidak akan benarkan kau pergi
kita sudah di persimpangan
kau toleh ke arahku dan berkata
'aku akan laluinya juga'

dan aku
tak mahu cakap perkataan ini lagi
kenapa malam ini harus berakhir...

(terbayang kisah cinta dibawah langit palestin yang berhujan kesedihan sentiasa)

02 Jun 2010

Rangkap Lima


demikiannya kini tidak terperi
diterima bunga khabar negeri
terpaksa membawa dirinya pergi
memetik sedikit pengalaman murni


01 Jun 2010

Rangkap Empat


bunga cantik dia menarik
cerdik alam tertarik
gelaknya segala mengusik rasa
rakan semua turut berbunga


rákan-rákan