26 Mei 2010

Lidah Bercabang Kontemporari (ini sebuah satira)

Cahaya bulan berebut-rebut menembus awan malam. 
   Dalam genggam tangan kiri ada 20 biji panadol, suam kondisinya setelah sejam berbaris rapat dalam genggaman emosi yang rapuh. Zack menghadap cermin, terpantul wajah pucat, wajah dia yang sedang tenat selepas jambatan kasih yang dia bina roboh, tenggelam dalam lautan gelap, suram. semenjak konfrontasi sama Leeya tentang kejujuran tragis yang telah Leeya luahkan, pukul 9 tadi. 

   Ini gara-gara setianya yang patah, dek Leeya  yang curang, yang menggelabah cari laki yang lebih gagah poketnya, yang ada bot bersauh dan burung besi yang boleh pergi terbang jauh..laki yang sudah ada, sedang menunggu Leeya di luar.
Zack termenung, Leeya melihat tidak endah dan keluar beredar seperti baru selepas sambut hari jadi, tersenyum..

'Hahaha. lakonan aku sepuluh bintang" jerit Zack yang pucat, yang tiba-tiba  kembali segar seperti sayur yang dijual di pasar-pasar2 pagi. 

'Si perempuan gila tu dah tiada, aku dan Emma sekarang boleh bebas, bahagia' ...


2 ulasan:

izzy. berkata...

adakah zack sebenarnya pun bermain kayu tiga bersama emma di belakang leeya? ahh. dah macam sinetron indonesia.

afandi berkata...

haha. motif cerita ni, sebenarnye nak tunjuk yang dua2 tu sama jer. dua kali lima.
sinetron marii. hihi.

rákan-rákan