13 Mei 2010

Jerit Jiwa Rusuh

konfrontasi ironi bising sering
berkeroncong, bertempur, berdendang keras
sering 
paradoksnya persoalan terapung
diangkasa minda yang muda masih

tolong aku pecahkan tempurung
biar ayat-ayat pintar terlepas
guruh dan petir biar masih bersabung
tolong aku asyik tersadung

perang saudara di wilayah tubuh
diri sendiri
jiwa, jasad, dan roh
menjerit revolusi
mahu evolusi
jeritan yang aku saja yang dengar

tolong aku
istiqomah itu sukar
ajar aku belajar
aku di alam yang sungguh mencabar!


4 ulasan:

nurul hidayat zainal berkata...

errr.hebat sungguh bahasa jiwa bangsa anda.

itan berkata...

bila hati kata A,rasa kata B,jiwa kata C,aku jadi celaru mahu jadi yang manat satu.

itan berkata...

mana*

afandi berkata...

aha. jadi cuba pilih mana yg lebih baik. :D

nurul. biasa saja lah. :)

rákan-rákan