25 Mei 2010

Hikayat MataHati (untuk maharani)

   Dia terlihat aku terlihat dia. aku terlihat dia mula rasa biasa saja.. bila dia terlihat aku ada rasa yang mengganggu.
Berdetik jarum masa dari saat ke saat. purnama berjalan dan berjalan. masih, dia terlihat aku terlihat dia terlihat aku. mula rasa..mula mahu..
Dan dalam kotak masa yang berdetik itu punya cerita dari jiwa yang terus menyimpan rahsia perdana kerajaan hati, masing-masing. terus lagi dia terlihat aku terlihat dia.
ada mahu lagi, lihat..
Kali ini tiada 'ter' lagi dalam melihat dia melihat aku. jadi terus langsung naratif teater hidup ini jadi atas sedar, dia lihat aku, aku lihat dia.

Langkah.
Aku lihat dia membuka langkah dahulu, aku berdiri di ruang menunggu, tunggu lagi langkah itu. lihat, aku lihat dia. dia lihat aku. aku mahu, tapi tunggu. ini manis laksana madu.
   Mata, dengan kondisi bibir mulut yang semacam dijahit dawai besi besimpang-siur bagai ada permata dan emas berkarat-karat dalam mulut, masing-masing. mata jalan peranan membahasakan lidah yang beku Bisu. maka mula permainan mata yang mula pandai bermain kata-kata. aneh, masing-masing punya kamus bahasa mata - semulajadi - lantas boleh faham bait-bait luahan kata-kata mata, yang menggoda tajam - bisa buat hati terguris berdarah rindu. 
Spekulasi berlari-lari, fiksi fantasi menari-nari, nak cari konklusi, mahu pastikan ini bukan rasa yang klise.

Purnama dan purnama terbang ke angkasa, pergi jauh, dan purnama baru masuk ke ruang bumi. 

   Masih, dia lihat aku lihat dia. pipi mula merah tanpa sedar semerah epal fuji, tersipu-sipu, malu-malu mula menyapu-nyapu lantai hati. bikin jiwa yang dahulu berdebu bersih berseri, wangi dan sentosa kembali, tiada awan mendung yang menjadi payung lagi..
Habis purnama, rahsia masih menetap teguh dalam perkampungan hati. rahsia tentang kasih yang mula tersedia untuk dia, yang terkadang rahsia itu berjaya lari keluar sedikit dari kampung hati. tapi ia tetap rahsia. 
Sampai habis purnama terakhir, habis tahun akhirnya.. dan kini, aku lihat dia lihat aku. sampai suatu masa, mata pula bisu dan mulut akhirnya mula berani besuara..

"Kerusi di sebelah ini masih kosong, sedang menunggu siapa yang akan sudi duduk diatasnya"


5 ulasan:

nurul hidayat zainal berkata...

aku cube na paham.tp tetap xpaham
anda hebat sbb buat aku xpaham.xpong mmg otak aku otak burung.hehe ;))

afandi berkata...

aha. memang susah nak paham. kalau senang faham nnti senang nak baca dan senang mau fikir. hihi. saja bagi abstrak sedikit sahaja dengan macam2 kiasan. ;)

nurul hidayat zainal berkata...

blerghh.
ko cakap biasa pon camni ke?
kalo ko ckp cmni mmg sumpah aku lempang muka ko.haha

afandi berkata...

hahaha. apa? apa? cakap apa?
ehehe. kalau kat luar lidah aku cakap macam remaja normal juga weh. aha. mnulis saja gini. haha.

nurul hidayat zainal berkata...

haha.normel ke ko?
ko abnormal sket la.hehe.
bayangkan ko ckp biasa pon camni dou.ko ckp ngn aku pon,aku wat bodo je.aku bersiul.haha

rákan-rákan