31 Mei 2010

Rangkap Tiga


girang sang bunga indah
cemerlang sang bunga muda
kala garang dia bertingkah
kala sayu menghembus wajah

Rahsia Keempat



cuba lihat di luar
pandang ke langit biru

yang cukup artistik itu
cuba rakam keindahannya
cuba catat kecantikkannya 
setiap hari

pasti kita akan sedar
hari-hari yang berlalu
langit itu tidak selalunya biru
dan walaupun ianya tidak biru
kita tetap di sini
walau hujan, ribut dan taufan
memadam kebiruan langit itu
                
kerana kita percaya selepas itu
pasti pelangi yang warna-warni pula
yang akan keluar
menemani kita yang rapuh
untuk kembali keluar
menghirup kemerduan udara
dan menikmati kesyahduan
langit yang biru itu lagi..


Rangkap Dua



bunga harum semakin harum
walau ribut datang melangkah
berdiri cantik berdiri
meningkah arus gelora dunia


30 Mei 2010

Rangkap Satu



suatu kisah mekar berbunga
suka duka alam dunia
yang mekarnya berwajah indah
bersongket ayu mengancam jiwa



Masih Ingat?

ada satu kotak di sudut sana
lutsinar warnanya
dalamnya ada gula-gula
manis dan sedap
cuba lihat di sudut sana
dengan pandangan mata
pasti tidak nampak

cuba pula lihat dengan mata hati
pasti tersergam kotak itu dilihat
kerana pandangan itulah
yang  dapat melunturkan lutsinarnya
dan beroleh kemanisan
untuk dinikmati mata
dan juga hati..

28 Mei 2010

Refleks

aku bukan menunggu kucing bertanduk
aku bukan bulan yang dipagar bintang
aku bukan menanti laut kering
aku bukan tidur bertilamkan wang
aku bukan menunggu matahari mati
aku bukan baik sebaik nabi
aku bukan apa-apa
aku cuma sebuah kereta
yang akan uzur
aku cuma seorang lelaki
yang lahir dari cinta sejati
aku cuma seorang manusia
yang masih punya perasaan!

Transformasi Yang Mengelektrik

menari
menari-nari
menari
menari-nari
aku menari-nari
dalam imaginasi yang gusar
kerana realiti yang luruh
dada aku bergetar
otak aku tak tenteram
redakan aku
redakan
redakan sentimental yang mula menjahit aku
redakan
dengan sekadar satu ayat
yang jujur dah ikhlas
dari bibir yang selalu terkunci itu...

Hello. Nama i Sally..

aku sumpah menyampah bila tengok pondan
mengalahkan perempuan sejati
bau wangi britney pun bisa dikalahkan
aku pelik dengan perempuan jadian ini

aku cakap pasal pondan
bukan pasal lelaki yang normal sedari kecilnya sudah lembut
itu sudah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi
jadi aku terima diorang sebagai lelaki

aku pelik tengok lelaki pondan
lahir-lahir lelaki tulen
dicop sirim oleh doktor - "tahniah! puan dapat anak lelaki"
bila besar-besar jadi perempuan
melanggar hukum hadis dan Al-Quran
jadi salah ke ni apa yang aku katakan?

aku menyampah tengok pondan
bila tanya kenapa nak jadi perempuan?
"oh. biarlah, memang dah ditakdirkan"
"eh, lantak i lah"
"bukanku pintaa..."

aku menyampah sebab aku patut menyampah
menganggu fikiran aku
yang suka lihat bangsa aku maju 

aku menyampah lelaki yang sebelum ni lelaki sejati
dah tetiba mau jadi perempuan sepenuh masa
(kecuali yang telah dihalalkan, oleh hukum yang telah ditetapkan)

konklusi petir
aku tak suka pondan yang memang nak jadi pondan.
bukan lelaki yang memang sah untuk bertukar jantina
itu aku tak anti.
titik.

27 Mei 2010

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.

bagus untuk kita semua hayati.

26 Mei 2010

Lidah Bercabang Kontemporari (ini sebuah satira)

Cahaya bulan berebut-rebut menembus awan malam. 
   Dalam genggam tangan kiri ada 20 biji panadol, suam kondisinya setelah sejam berbaris rapat dalam genggaman emosi yang rapuh. Zack menghadap cermin, terpantul wajah pucat, wajah dia yang sedang tenat selepas jambatan kasih yang dia bina roboh, tenggelam dalam lautan gelap, suram. semenjak konfrontasi sama Leeya tentang kejujuran tragis yang telah Leeya luahkan, pukul 9 tadi. 

   Ini gara-gara setianya yang patah, dek Leeya  yang curang, yang menggelabah cari laki yang lebih gagah poketnya, yang ada bot bersauh dan burung besi yang boleh pergi terbang jauh..laki yang sudah ada, sedang menunggu Leeya di luar.
Zack termenung, Leeya melihat tidak endah dan keluar beredar seperti baru selepas sambut hari jadi, tersenyum..

'Hahaha. lakonan aku sepuluh bintang" jerit Zack yang pucat, yang tiba-tiba  kembali segar seperti sayur yang dijual di pasar-pasar2 pagi. 

'Si perempuan gila tu dah tiada, aku dan Emma sekarang boleh bebas, bahagia' ...


25 Mei 2010

Hikayat MataHati (untuk maharani)

   Dia terlihat aku terlihat dia. aku terlihat dia mula rasa biasa saja.. bila dia terlihat aku ada rasa yang mengganggu.
Berdetik jarum masa dari saat ke saat. purnama berjalan dan berjalan. masih, dia terlihat aku terlihat dia terlihat aku. mula rasa..mula mahu..
Dan dalam kotak masa yang berdetik itu punya cerita dari jiwa yang terus menyimpan rahsia perdana kerajaan hati, masing-masing. terus lagi dia terlihat aku terlihat dia.
ada mahu lagi, lihat..
Kali ini tiada 'ter' lagi dalam melihat dia melihat aku. jadi terus langsung naratif teater hidup ini jadi atas sedar, dia lihat aku, aku lihat dia.

Langkah.
Aku lihat dia membuka langkah dahulu, aku berdiri di ruang menunggu, tunggu lagi langkah itu. lihat, aku lihat dia. dia lihat aku. aku mahu, tapi tunggu. ini manis laksana madu.
   Mata, dengan kondisi bibir mulut yang semacam dijahit dawai besi besimpang-siur bagai ada permata dan emas berkarat-karat dalam mulut, masing-masing. mata jalan peranan membahasakan lidah yang beku Bisu. maka mula permainan mata yang mula pandai bermain kata-kata. aneh, masing-masing punya kamus bahasa mata - semulajadi - lantas boleh faham bait-bait luahan kata-kata mata, yang menggoda tajam - bisa buat hati terguris berdarah rindu. 
Spekulasi berlari-lari, fiksi fantasi menari-nari, nak cari konklusi, mahu pastikan ini bukan rasa yang klise.

Purnama dan purnama terbang ke angkasa, pergi jauh, dan purnama baru masuk ke ruang bumi. 

   Masih, dia lihat aku lihat dia. pipi mula merah tanpa sedar semerah epal fuji, tersipu-sipu, malu-malu mula menyapu-nyapu lantai hati. bikin jiwa yang dahulu berdebu bersih berseri, wangi dan sentosa kembali, tiada awan mendung yang menjadi payung lagi..
Habis purnama, rahsia masih menetap teguh dalam perkampungan hati. rahsia tentang kasih yang mula tersedia untuk dia, yang terkadang rahsia itu berjaya lari keluar sedikit dari kampung hati. tapi ia tetap rahsia. 
Sampai habis purnama terakhir, habis tahun akhirnya.. dan kini, aku lihat dia lihat aku. sampai suatu masa, mata pula bisu dan mulut akhirnya mula berani besuara..

"Kerusi di sebelah ini masih kosong, sedang menunggu siapa yang akan sudi duduk diatasnya"


Satu Jeritan Batin Songsang

jerit keluh resah buat kulit tenggelam basah 
peluh silu-silu keluar menggelegak panas?
mata yang banjir 
hati yang rusuh
jiwa yang runtuh
diri tidak lagi konkrit
rapuh luruh
propaganda minda menjerit
batin goyah
termuntah sesal kecuaian sejarah
diri sendiri ditikam pisau soalan
suatu retorik kosong buat diri
nyawa putih yang telah dilongkangkan
jasad bersih yang engkau keluarkan
hasil dua nyawa gila
yang bersatu..

15 Mei 2010

Nota Romántiká

panasnya cuaca
tapi bila kau ada
tetiba sejuk
panas dah tak rasa
kenapa?

(oh.. aku dah jatuh cinta)

13 Mei 2010

Jerit Jiwa Rusuh

konfrontasi ironi bising sering
berkeroncong, bertempur, berdendang keras
sering 
paradoksnya persoalan terapung
diangkasa minda yang muda masih

tolong aku pecahkan tempurung
biar ayat-ayat pintar terlepas
guruh dan petir biar masih bersabung
tolong aku asyik tersadung

perang saudara di wilayah tubuh
diri sendiri
jiwa, jasad, dan roh
menjerit revolusi
mahu evolusi
jeritan yang aku saja yang dengar

tolong aku
istiqomah itu sukar
ajar aku belajar
aku di alam yang sungguh mencabar!


Hikayat Raja Sehari

mendayung perahu berat sebelah
patah dayung perahu terhenti
buruk wajah tidak ku kesah
asalkan pandai mengambil hati

buah anggur jatuh ke pasir
dimakan oleh si raja negeri
kasih dan sayang kian terukir
berputik sudah kedua hati

anak kecil bermain guli
dari petang sampai senja
mohon cinta sampai mati
dipegang kasih kekal setia

11 Mei 2010

Romántiká #006

berjaya dalam cinta itu juga satu kejayaan
dengan harta satu semestapun belum dapat redakan gundah mahu bercinta
seperti bernafas.
namun cinta itu ada batasnya bukan? 
syariat. 
-aku cuba patuh. -.-


Ke Hadapan #2

apa kata seluruh badan kita sekali keluar dari kotak,
jangan sekadar fikiran saja diluar kotak.

rákan-rákan