01 Februari 2010

Waris Warisan

fikiran dan idea
pemikiran dan coraknya
pemikiran kritis bukan erotis
bercorakkan rasional
berteman hidayah
bersaksikan waras
berakarkan imej masa hadapan
disuntik azam mahu mengubah segala
yang busuk dijadikan harum
yang buruk dijadikan cantik

mahasiswa universiti
otak tekan tubi
mahu jadi lebih baik
lantik pengalaman jadi guru matapelajaran
subjek bagaimana mahu jadi manusia
mahu ubah segala
dengan wahana yang benar
tidak berbendaharakan tingkat pemikiran yang kosong
maka jangan amal tradisi yang jelas terpesong
dakwahkan diri sendiri
yang mana racun, yang mana madu
ubahnya jadi lebih bernas
janganlah menepuk air didulang, nanti terpercik ke muka sendiri

yang berdarah muda
mahu raba pelita dalam gelita?
ada yang mahu jadi raja cakerawala
berskalakan sekular
mahu tunjuk tenaga
maharajalela
bukan demi agama atau bangsa
maka terpisahlah risalah yang Maha Esa
terbuanglah tenaga sia-sia

rasional fikiran
pengalaman
jadikan tauladan
jangan keanak-anakkan
dendam tidak berakal
perlu upah selaut pengawal

semakin meningkat usia
semakin sedikit usia
semakin matang jadinya
harap tidak lupa
biar hati itu tetap tersisa agama
walau sedikit...

belajar cara belajar
belajar cara mengajar



-mahu terus usaha jadi lebih baik.. bukan usaha jadi lebih jahat.. (terkadang tersasar juga...) maaf..  -.-'

Tiada ulasan:

rákan-rákan