06 Februari 2010

Rahsia Ketiga

selalu bintang-bintang jadi saksi
bulan jadi khalayak
langit jadi peguam
dalam mahkamah pelangi
yang waktu jadi hakimnya
untuk hukuman yang dinanti
atas impian dan harapan
yang ditujui
berteman senyum di pipi..

semakin dekat dengan letupan rahsia terbesar

4 ulasan:

i-SYA berkata...

cantik

tapi, saya rasa

saya rasalah

SAYA rasa.

bulan lebih patut jadi peguam

dan langit jadi khalayak.

kerana bulan hanya satu

mana mungkin jadi ramai. :)

Tapi,

ini hanya apa yang SAYA rasa.

afandi berkata...

terima kasih. ^^,
betul jugak tu.
apa2pun bulan itu lah yg paling banyak menyimpan cerita.
sering kebanyakkan jiwa bercerita dengan bulan.
dalam brmacam perkara,
kebanyakkannya cerita manis.
ye tak?

i-SYA berkata...

betul3.

tak akan bosan orang sebut bulan sebagai saksi.

dan sering sahaja masalah dimengadukan pada bulan.

manusia rumit berkata...

saya lebih suka bintang
ehehe

rákan-rákan