27 Disember 2010

Aku Dah Berhabuk


semakin pudar idea
mahu berehat sebentar 
dan aku akan menulis lagi

(mahu himpun segala puisi dalam satu buku antologi-akan datang)

21 Disember 2010

Rangkap Syukur


masa menikmati kita
buat jantung degup lara
buat kita lupa leka
ahh..
sukar untuk menikmat syukur
dan menikmati masa..

...........
Alhamdulillah
atas segala nikmat

Lihat


dua jasad beradu mata
seteru roh satu jiwa
lintas satu percikkan rasa
panas
mencairkan perasaan yang beku
dalam satu tempoh
masa yang terpegun

Memorandum Anti-Romantis


(masa untuk diam redha)

sudah kau tidak mahu aku lagi
jadi aku sekarang mahu pergi 
kau duduk diam-diam sana
aku duduk diam-diam sini

aku sekarang mahu pergi
kerana engkaukan tidak mahu aku lagi?
selamat tinggal, jaga diri

ada jodoh jumpa lagi


15 Disember 2010

Biar Lepas.. Atau Mungkin...


seindah apa yang sering kita harapkan
yang dapat menyembuh cedera rasa 
yang meresahkan..

secantik mana yang sering kita mahukan
saat segalanya seperti meragui semuanya
yang mengikat bibir dari tersenyum..

mungkin telah sampai masanya untuk aku lupa
meninggalkan segala apa yang telah berlaku
dan merasakan sesal
 yang bakal menyelimut aku


07 Disember 2010

Dua Baris Optimis


jeritkan segala sangsi dendam
biar habis hilang lepas

maka jika masih ada mahu
genggam ia sehabis mahu

kerana tidakkan lari gunung di kejar
berdoa serah Qada' dan Qadar

01 Disember 2010

Asa Yang Terputus


mula kaki melangkah
tidakkan mengaku kalah
baru dua kali langkah
badan sakit telah lelah

bagaimana mahu berjaya?

24 November 2010

Getaran Hati Terpadu


dua dinding yang terpisah
menciptakan jarak
empat dinding yang berjauhan
mewujudkan ruang
dua hati dan dua mata kita yang bersama
menciptakan getaran
bila terpisah dan berjauhan
mewujudkan emosi yang bergetar laju
antara benci dan juga rindu

21 November 2010

Rasa Hati dan Bumi


duduk kita atas bumi
mempuitiskannya seiring syurga
sampai sering kita alami
kemuncak degup lupa dan leka

14 November 2010

Lepas


sememangnya rasa itu masih ada
tetapi terpaksa dikurung
dalam sangkar besi
berkunci

01 November 2010

Perempuan


perempuan itu seperti lukisan abstrak. 
cantik dan indah
tapi sukar untuk aku faham. 

29 Oktober 2010

4 Rangkap Menangkap Tipu


sememangnya
wujud satu pembohongan
mangsanya
aku

26 Oktober 2010

Bergraviti Surrealisme


berlari atas angin
menari atas bunyi
berjalan atas angkasa
sememangnya surreal
aku gemar surreal
kerana disitu imaginasi terbebas lepas
tidak diikat fakta
adapun masih terikat
atas hukum 
seni islam

19 Oktober 2010

Biar Tenang


sudah cukuplah lamanya bersandar saling kita
sedih yang menimpa tak siapa yang tahu
kita saja yang sama sedar kemana tuju
berdamping rakan dan usaha kita kerjakan
rindu cinta kita di masa hadapan
jujur rasanya hilang tak berdaya
bagai meraba pelita di tengah gelita
korbanan rasa untuk kita juga
untuk kitalah juga bukan siapa lagi
untuk kita juga
itu yang harusku mengerti


Ini Itu Ini Itu Ini Itu

memang aku sangat percayakan takdir
dan oleh kerana itu 
malam ini aku rasa mau senyum dengan sangat
 :))))))

17 Oktober 2010

Sayang Setahun Cahaya

arjuna kini sendiri
dan sita? kemana pergi
kini kita sunyi
kita senyum diam dan sendiri
hingga sampai masa nanti
kita ceria kembali
arjuna sita

Topeng

hari semakin bertambah
dan topeng masih terpampang
semakin payah untuk ditanggalkan

16 Oktober 2010

Sudah Kita Bilang

sememangnya kau sudah bilang
"hey sayang aku akan pulang"
sayu wajah kau bilang
"aku takkan curang"
jadi kaupun tahu
bagaimana rasa aku terharu
maka mata cantik kau aku pandang
dengan manja aku bilang
"aku juga tidakkan curang"
jadi itu kita punya pantang
kan sayang?

15 Oktober 2010

Monarki


untuk apa ada rasa kasta dalam nyawa
barangkali terbiasa dengan kuasa
yang terkubur rasional fakta
langsung dimatikan imaginasi
berlari terus fiksi jauh ke angkasa
maka tak diserap, terus dibenci!

07 Oktober 2010

Sana Lelaki

sana lelaki
ada benci
ada marah

sana lelaki
ada baik
ada bijak

sana lelaki
ada jahat
ada kolot

sana lelaki
ada ceria
ada senyum

sana lelaki
ada kosong
ada bohong

sana lelaki
ada berani
ada semangat

sana lelaki
ada ego
ada ganas

sana lelaki
ada rasional
ada emosional

sana lelaki
ada taat
ada sabar

sana lelaki
ada gila
ada goblok

sana lelaki
ada adab
ada adat

sana lelaki
ada lembab
ada barat

sana lelaki
ada jati
ada simpati

sana lelaki
ada rapuh
ada kukuh

sana lelaki
ada lembut
ada keras

sana lelaki
ada setia
ada usaha

sana lelaki
sini lelaki
aku lelaki

kedudukannya
masih belum pasti

04 Oktober 2010

Hipokrit atau Penipuan Yang Jalang


tidak mau pacakkan panji hipokrasi
ditanah yang masih segar berbau darah
kerabat tuah yang gugur syahid!


02 Oktober 2010

Yang Tetap Satu


ALLAH
baru lepas aku rasakan tekanan yang maha dahsyat
yang kalian tidak akan pernah tahu
tekanan yang berat untuk usiaku yang masih muda
terkadang terfikir mahu putus asa
mahu terbang bebas sama udara

aku buntu bercelaru
aku termenung seminggu
bersembunyi disebalik senyum palsu

mungkin ini balasan awal dari dosa yang aku kerjakan
atau ini sebagai satu ujian cabaran untuk aku jadi lebih pintar

dan semestinya
sejadah itulah tempat terakhir untuk mengadu
untuk aku yang tidak mahu mati dalam kekufuran..


(terima kasih kpd  kawan baik aku yg sangat memberi semangat)



Kepala Post-Imperialis!!


dentum dinding paradigma! suara dalam meronta keluar. menentang otoritarianisma post-imperialis yang terlalu sensitif! putar-lingkar-belit melaga cerita pecah perintah untuk lepas diri yang konon kalis dosa!!



Sesat


harap maaf, nombor yg anda dail tidak ada dalam sistem meritokrasi post-kleptokrasi kami. sila cuba lagi.



Untuk Keturunan Tuah dan Mahsuri Kini



sana dermaga rasa. atas pelantar apa hingga mahu kafan kuburkan apa yang sebenarnya dirasa. memang rela suka ikut telunjuk dari meneraju? jadi kosongkan biar sampai jadi vakum!! 

(jadi bima sakti yg kehilangan sakti)



Bangkit! Kau Punya Hak Yang Halal!


maka dengan paradoks sistem tubuh yang arteri dan neukleus2 bahasa sainsnya itu dengan realiti sisa arkeologi sistem2 dunia, maka cuba cerdik dengan ilham kemampuan daripada kafein idealis turut perintah!



Sedar dan Tenang Seminit


 frekuensi denting distorsi semakin terlazim dan terpandu, tidak lagi sampai menikam angkasa merejam bumi dalam erti kata yang saling berasonan - goncangan magnitud tinggi semakin termigrasi jauh!!



Distorsi Tahap Gaban


dampingi distorsi dan hari2 didirektor paksi yang simpang. ruang yang semakin vakum!



27 September 2010

Sini Masih Konstan

aku tuah kau tuah
kau jebat aku jebat
kita merah sama darah
gaduh tetap akhir jabat
tangan

tetap jaga tingkah laku
aku masih lagi melayu!

19 September 2010

Anak Tanah Merah Berdarah

 
dalam diam yang menggaung dalam
dalam sepi yang membunuh bunyi
tersembunyi jasad disebalik alam
menahan resah bernada tinggi

kesabaran maka teruji
berfrekuensi tajam menikam langit!

15 September 2010

Kuasa Imaginasi

imaginasi itu fiksi
teori-teori yang bermomentum tinggi
meroboh logikal fakta 
memberi impak kuat ke kosmos diri
yang bisa jadi realiti
sangat berkuasa

14 September 2010

Balik Terbalik Disebalik


mungkin ianya buruk
tapi iakan tetap punya rima
barangkali punya isi
punya sesuatu...
yang berguna

Belon Bentuk Petak

itu ini itu ini 
hari selepas belum pasti
jadi sungging senyum
kecil mata tawa
bawa belon bentuk petak
merah jambu
jadi teman ratu

Putaran


maka karma itupun berputar...


11 September 2010

Doa, Nafas, Melodi, Anggun

lenggok lemah longlai gemalai kini jadi halus alunan rentak menuju takdir yang tidak kelihatan
maka doa penuh sentosa ikhlas jadi sendi mengkonkrit senyum cita redha jodoh


- selamat menyambut aidilfitri kepada kalian yang datang beraya ke blog saya. :)

07 September 2010

Melastik Hati Merah

sudah hampir tujuh langkah tapi masih gagah
melastik kapsul cerita kepada dia
satu langkah dan satu das menerjah
tapi masih belum punya tuah untuk dia sedar

dilastiknya bagi afiliasi kefahaman

sepertiga dekad terapung cerita itu
dihiperkan drastik dalam satu kapsul
yang tak henti-henti disasar kepada dia
surrealistik, entah kena entah tidak

kerana saat itu disasarkan dengan malu
maka rabun, pejam mata tersipu-sipu
main lepas berdas-das tanpa tahu tuju
jadi nisbah tinggi rendah peratusan kena atau tidak
tidak diketahui aku

jadi akan terus lastik
sampai dia tahu cerita
kerana aku dapat rasakan
dia sedang melastik aku juga

terasa manislah pula..

05 September 2010

. . .. .. . . . .. . ...


Aku sedang diuji dengan kesabaran yang sangat berat...

Resah Sebenar

islam mengajar tentang kesabaran dan keikhlasan
cinta pada yang satu
satu kepada punca segala-galanya

kepada yang Esa
kita selalu cuba untuk terus berdamping
selalu

tetapi aku
sering terhina dengan dirinya sendiri
yang tak bisa sujud dan berdiri
seharus-harusnya sebagai manusiawi

konflik diri ini yang membuntukan aku
yang menggelisahkan aku setiap hari
tapi aku sorok, tak pernah ada orang tahu
kerana aku seorang hipokrit terbesar
kepada tuhan


-.- ...

31 Ogos 2010

Kepada Serabut

aman jadi kabut
cerah jadi ribut
tenang!
bumi ini masih belum berhenti berputar
masih bisa cuba dan cuba

22 Ogos 2010

Subjektif


TERTEKAN
tenang sebentar dan
TERTEKAN
kembali

tenangkan aku, jangan pernah hilang lagi..

15 Ogos 2010

Hikayat Hari Enam Belas

bismillah
maka datanglah enam belas setelah tepat jam dua belas purnama lapan hari enam belas senyum bebas tiada batas, selamat hari lahir ke sembilan belas untuk kamu yang sangat bernas. 

13 Ogos 2010

Mimpi

bila tidur
otak ni makin aktif
kebelakangan ni
bermimpi
tak tipu

(mungkin sebab terlalu rindu)

12 Ogos 2010

Enam Belas

enam belas! 
yang aku tunggu
dan yang dia tunggu
sudah makin dekat

tunggu kau enam belas
aku sambut!

:D

Salah Satu Dua Tiga Empat Lima Enam

terkadang aku lupa yang aku ini muslim
terkadang aku ingat dan bertaubat
ahhh.... macam mana ni
aku lelaki yang tidak konkrit

ampun dengan sangat kepada sekaliannya

Tahu Tak?

ada orang tahu
ada orang tak tahu
ada orang buat-buat tahu
ada orang buat-buat tak tahu
jadi siapa yang tak tahu
baik tanya
jadi siapa yang tahu
baik bantu
itupun kalau ada yang mau bertanya
ah..melayu
mau cemburu dengki saja
tak baik begitu..

-tapi bukan semua begitu ya.

selamat berpuasa.

09 Ogos 2010

Ramadan Aku

aku sering terfikir, setiap kita pasti akan merasakan perpisahan yang mutlak.
setiap kita pasti merasakannya
aku, kau, dia, mereka, kita
sepanjang aku bernafas
cuma satu saja perpisahan mutlak yang aku rasai
dan akan datang, pasti akan aku rasakannya lagi
ibu, abah, adik, abang, kakak, saudara, jiran, kawan-kawan, jodoh
apa yang pasti, aku masih rapuh untuk itu semua..

alhamdulillah
ramadan tahun ini sudah mau datang
dan aku, masih punya keluarga dan sekalian yang lain untuk bersama merainya
tapi aku tahu
sampai masa nanti, aku akan kehilangan juga mereka sedikit demi sedikit

ya Allah
panjangkanlah umur sekalian keluarga, saudara dan teman aku
dan berkatilah pula mereka yang telahpun pergi dahulu..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN KEPADA KALIAN SEMUA YANG MEMBACA

:) senyumm!!

11 Julai 2010

Ceria

melihat
lihat
senyuman
terlihat
senyum
aku tersenyum

10 Julai 2010

Doa

perlahan-lahan sukma pudar
sungai di wajah mulai mengalir
menampakkan alir usia
yang meningkat

ini doa untuk ibu dan ayah
untuk usianya dipanjangkan
aku masih bernaung dibawah mereka
aku ini masih muda

amin..

09 Julai 2010

Selamat Berjuang

selepas tumbangnya pokok melaka
terbit cahaya benci
selepas api datang dari barat

selepas padamnya api dari barat
terbit matahari sengsara dari timur
mengundang tangis dan gundah

selepas terbenamnya matahari timur
dan selepas padamnya api yang menyala
tumbuh pohon baru
pohon bangsa yang semakin meningkat segar..

Lapar

asam pedas ikan pari
mari kemari
aku lapar..

08 Julai 2010

Di Saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.

Disaat kamu mulai tidak mencintainya,
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.

Disaat kamu mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya.

Disaat kamu ingin menduakannya,
bayangkan jika dia selalu setia.

Saat kamu ingin membohonginya,
ingatlah disaat dia jujur padamu.

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu.

Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu.

 

-ayat yang membuatkan aku tabah . dinding egois lelaki ini runtuh dilanggar baris kata yang mengapung kalbu ke awangan.. terasa benar . sayu terasa disini masih . sokong filosof diatas . -.-  buat aku fikir positif.. 
: puisi ini dari kak fairuz yang tag aku didalamnya di facebook .

04 Julai 2010

Setelah

setelah semakin lama bernafas
akhirnya kitaakan sedar
sesuatu yang kita tidak sedar
selama ini...

29 Jun 2010

Monolog & Gadis Boneka

MONOLOG

Menjauhi roda pusingan masa
Perlakuan menyentuh
Rasa,hati,mata

Dia tidak lagi menjadi agenda
Jiwa perasaan beku membisu
Kata hilang dihimpit perasaan

Kesal semakin menggila
Melawan tangis melankolik
Hujan segenap kekosongan
Tikaman cahaya sebuah cerita
Apa?


GADIS BONEKA

Kau kata dengan indah
Setiap bait emosi
Penuh harapan kepada gadis boneka
Datangnya noda
Dengan tiba habislah sudah
habis!

Punah segala harapan yang dititip
Sekian lama pada hati nurani
Sekelip mata
datang si gadis itu
Perilaku sang arjuna tidak menentu

Jelas
Kata membeku
Jiwa tak menentu
Terdengar rintih si gadis boneka itu
sepi
sunyi
sayu...


(dalam semak-semak. aku terjumpa 2 sajak ini. dalam simpanan. tulisan seorang teman waktu sekolah dulu. yang aku ambil untuk pamer di art fest kat sekolah dulu. 2008. sekarang dia tingkatan 5. lama dah tak jumpa)

Kromosom xx xx xy xy #002

apa itu curang?
sila dengar dik
curang itu tidak baik

tapi apa itu poligami?
sila dengar dik
sayapun tak mengerti

tapi apa yang pasti itu bukan curang aku rasa..

-banyak lagi perkara mau fikir. daripada mau curang. seorang sudah cukup.

Jiwang?

apa kau bilang jiwang? mereka yang menulis puisi itu dan ini kedengaran seperti jiwang langsung jiwanya? aku sering diaju filosof sebegitu. hurm. aku sangkal. tidak semestinya. aku pernah cerakinkan teori aku tentangnya. nah - http://puitisarchive.blogspot.com/2009/05/hikayat-kejiwangan-keromantisan.html

Ulang Tayang

terdorong aku untuk baca puisi lama yang aku tulis.  

28 Jun 2010

Berhenti Dan Rasai Keindahan

langkah perlahan-lahan kaki itu
nikmati kesegaran alam
yang memberi ilham
berhenti seketika dan pejamkan mata
angankan nyaman meniup tubuh
ringankan badan dan bermimpilah
hilangkan segala masalah yang membukit
segarkan roh dan jasad kembali

Rangkap Lapan


pulang sudah bunga kemari
mulalah hari berganti hari
sampai masa takdir ilahi
bunga pergi seribu sunyi

(maka tamat hikayat)

22 Jun 2010

Maharani

dalam genggam tangan aku
masih tersimpan bintang
yang terjaga rapi
istimewa untuk kamu
hingga sampai masa
akan kamu genggam
selamanya..

Teleport

kemari
bawa aku ke harapan -
aku setuju

Kukuh

seluas bimasakti
galaksi
kosmo tanpa sempadan
jantung
dibiar jatuh 
kesakitan
kerana pelangi
doakan
agar nyaman
bawah panji 
ikhlas

21 Jun 2010

Jangan Pergi

lepas minum air, dia terus pergi. keluar, aku tak sempat ucap selamat. makanan baru saja dihidang.
semalaman aku tunggu. sampai pagi hampir tiba.
sunyi. hingga cahaya pagi masuk ke kamar.

sunyi pecah.
......telefon berbunyi..
polis ditalian..

keluarnya dia malam tadi, takkan kembali lagi. selamanya.

aku terduduk..
janganlah pergi..
mata tak tertahan menanggung sebak...
AKU RINDU KAU!

Lukisan Abstrak Aku

engkau lukisan abstrak
abstraknya lain dari yang lain
engkau cantik
engkau mahal
aku ceria bila lihat kau

engkau lukisan abstrak yang menarik
aku rindu bila engkau tiada
aku gila bila kau hilang

tetapi engkau lukisan abstrak
yang susah untuk aku tafsir
tapi tak mustahil untuk aku faham
cuma perlukan masa

engkau lukisan yang aku sayang
engkau lebih dari sekadar lukisan
jadi aku akan jaga
dengan penuh setia

Kabus

tafsirlah
segala rahsia
yang telah aku beritahu
tanpa kau sedar
cita-cita harapan
tanpa kau tahu

doakanlah

Diskusi

pejam mata
ingat semula
kisah, cerita
sebermula cerita
indah ceria
normal kita
manusia

12 Jun 2010

Hikayat Tafsir Mentafsir

bahasa punya pakaian. pakaiannya dipanggil gaya bahasa. perlu diteliti. perlu difikir. setinggi mana susunan kata itu, jika tidak terlahir dari naluri dan pengetahuan yang sepatutnya. maka ianya kosong. tatabahasa menggaris laluan khas ke destinasi tepat dalam berbahasa. gaya bahasa pula melakar keindahan dalam berbahasa. seperti manusia yang memakai pakaian cantik untuk kelihatan cantik.

dalam mentafsir bahasa. mentafsir ayat. aku terdorong untuk menyelinap masuk ke dalam isinya. bertitahkan tajuk utama, aku melingkar mentafsir sesuatu ayat disebalik tirai normal. contoh : "hari yang mendung itu kelak akan cerah juga". ada apa dengan ayat ini? jika ditafsir secara umum. ia berkaitan cuaca. hari mendung akan cerah. tetapi bergantung pada isi dan situasi yang mendorong ayat itu diketengahkan, maka tafsiranya tentu sekali berbeza. ayat tadi semacam perumpamaan atau kiasan-itulah yang dipanggil gaya bahasa.
ayat itu menunjukkan bahawa hidup yang susah ni kelak akan senang. atau setiap masalah itu kelak pasti akan ada penyelesaian.

jadi sebelum mentafsir sesuatu ayat/ucapan perkataan, perlu sekali ada kefahaman tentang bait2 kata yang digunakan. dan pandang dengan keseluruhan-situasi dan nada suara (jika ianya diucapkan). takut2 nanti tersalah tafsir.

(terkadang aku berkonfrontasi sama diri aku sendiri. terlalu memikirkan apa yang orang kata. bagi aku jika ada satu kata2 yang bagi orang lain ianya sekadar omong kosong, aku bertindak untuk memikirkannya dahulu. adakah ia benar2 omong kosong atau ada isi yang tersirat. ia membuatkan aku memahami bahawa orang yang beradab itu suka menjaga tutur katanya, dan terkadang membuatkan aku pening. haha.)

07 Jun 2010

Rangkap Tujuh


bunga merantau lima hari
menikmati hari idaman hati
kenangannya manis tidak terperi 
maka pulanglah dia kembali

05 Jun 2010

Rangkap Enam


maka bunga berangkatlah pergi
meninggalkan wangi harum berseri
tidaklah lama membawa diri
cukup waktunya pulang kembali


Peti Suara Sangsi

dengarkan suara aku
yang berbisik
melintasi kebisuan malam

yang ikhlas dari dalam hati aku
sebuah lagi rahsia indah sebuah renungan

lihatlah ke dalam mata aku
yang tertanya-tanya
kenapa ia sangat sukar

dengan pistol di tangan aku
bersedia untuk menembak bintang yang tercerah..

(sangat sukar ya untuk kita meluahkan rasa secara tepat kepada orang yang kita suka agar dia mengerti dengan dalam.. aku pernah merasainya)

04 Jun 2010

Lelaki Melankolik Dan Gadis Koma

malam ini adalah malam berdarah
kau berada di sebalah aku
kita bercakap tentang hidup kita
kita kenal antara satu sama lain selamanya

masa itu telah tiba
hidup kau sudah dekat dengan keindahan
pengakhirannya pasti datang

aku tidak akan benarkan kau pergi
kita sudah di persimpangan
kau toleh ke arahku dan berkata
'aku akan laluinya juga'

dan aku
tak mahu cakap perkataan ini lagi
kenapa malam ini harus berakhir...

(terbayang kisah cinta dibawah langit palestin yang berhujan kesedihan sentiasa)

02 Jun 2010

Rangkap Lima


demikiannya kini tidak terperi
diterima bunga khabar negeri
terpaksa membawa dirinya pergi
memetik sedikit pengalaman murni


01 Jun 2010

Rangkap Empat


bunga cantik dia menarik
cerdik alam tertarik
gelaknya segala mengusik rasa
rakan semua turut berbunga


31 Mei 2010

Rangkap Tiga


girang sang bunga indah
cemerlang sang bunga muda
kala garang dia bertingkah
kala sayu menghembus wajah

Rahsia Keempat



cuba lihat di luar
pandang ke langit biru

yang cukup artistik itu
cuba rakam keindahannya
cuba catat kecantikkannya 
setiap hari

pasti kita akan sedar
hari-hari yang berlalu
langit itu tidak selalunya biru
dan walaupun ianya tidak biru
kita tetap di sini
walau hujan, ribut dan taufan
memadam kebiruan langit itu
                
kerana kita percaya selepas itu
pasti pelangi yang warna-warni pula
yang akan keluar
menemani kita yang rapuh
untuk kembali keluar
menghirup kemerduan udara
dan menikmati kesyahduan
langit yang biru itu lagi..


Rangkap Dua



bunga harum semakin harum
walau ribut datang melangkah
berdiri cantik berdiri
meningkah arus gelora dunia


30 Mei 2010

Rangkap Satu



suatu kisah mekar berbunga
suka duka alam dunia
yang mekarnya berwajah indah
bersongket ayu mengancam jiwa



Masih Ingat?

ada satu kotak di sudut sana
lutsinar warnanya
dalamnya ada gula-gula
manis dan sedap
cuba lihat di sudut sana
dengan pandangan mata
pasti tidak nampak

cuba pula lihat dengan mata hati
pasti tersergam kotak itu dilihat
kerana pandangan itulah
yang  dapat melunturkan lutsinarnya
dan beroleh kemanisan
untuk dinikmati mata
dan juga hati..

28 Mei 2010

Refleks

aku bukan menunggu kucing bertanduk
aku bukan bulan yang dipagar bintang
aku bukan menanti laut kering
aku bukan tidur bertilamkan wang
aku bukan menunggu matahari mati
aku bukan baik sebaik nabi
aku bukan apa-apa
aku cuma sebuah kereta
yang akan uzur
aku cuma seorang lelaki
yang lahir dari cinta sejati
aku cuma seorang manusia
yang masih punya perasaan!

Transformasi Yang Mengelektrik

menari
menari-nari
menari
menari-nari
aku menari-nari
dalam imaginasi yang gusar
kerana realiti yang luruh
dada aku bergetar
otak aku tak tenteram
redakan aku
redakan
redakan sentimental yang mula menjahit aku
redakan
dengan sekadar satu ayat
yang jujur dah ikhlas
dari bibir yang selalu terkunci itu...

Hello. Nama i Sally..

aku sumpah menyampah bila tengok pondan
mengalahkan perempuan sejati
bau wangi britney pun bisa dikalahkan
aku pelik dengan perempuan jadian ini

aku cakap pasal pondan
bukan pasal lelaki yang normal sedari kecilnya sudah lembut
itu sudah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi
jadi aku terima diorang sebagai lelaki

aku pelik tengok lelaki pondan
lahir-lahir lelaki tulen
dicop sirim oleh doktor - "tahniah! puan dapat anak lelaki"
bila besar-besar jadi perempuan
melanggar hukum hadis dan Al-Quran
jadi salah ke ni apa yang aku katakan?

aku menyampah tengok pondan
bila tanya kenapa nak jadi perempuan?
"oh. biarlah, memang dah ditakdirkan"
"eh, lantak i lah"
"bukanku pintaa..."

aku menyampah sebab aku patut menyampah
menganggu fikiran aku
yang suka lihat bangsa aku maju 

aku menyampah lelaki yang sebelum ni lelaki sejati
dah tetiba mau jadi perempuan sepenuh masa
(kecuali yang telah dihalalkan, oleh hukum yang telah ditetapkan)

konklusi petir
aku tak suka pondan yang memang nak jadi pondan.
bukan lelaki yang memang sah untuk bertukar jantina
itu aku tak anti.
titik.

27 Mei 2010

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.

bagus untuk kita semua hayati.

26 Mei 2010

Lidah Bercabang Kontemporari (ini sebuah satira)

Cahaya bulan berebut-rebut menembus awan malam. 
   Dalam genggam tangan kiri ada 20 biji panadol, suam kondisinya setelah sejam berbaris rapat dalam genggaman emosi yang rapuh. Zack menghadap cermin, terpantul wajah pucat, wajah dia yang sedang tenat selepas jambatan kasih yang dia bina roboh, tenggelam dalam lautan gelap, suram. semenjak konfrontasi sama Leeya tentang kejujuran tragis yang telah Leeya luahkan, pukul 9 tadi. 

   Ini gara-gara setianya yang patah, dek Leeya  yang curang, yang menggelabah cari laki yang lebih gagah poketnya, yang ada bot bersauh dan burung besi yang boleh pergi terbang jauh..laki yang sudah ada, sedang menunggu Leeya di luar.
Zack termenung, Leeya melihat tidak endah dan keluar beredar seperti baru selepas sambut hari jadi, tersenyum..

'Hahaha. lakonan aku sepuluh bintang" jerit Zack yang pucat, yang tiba-tiba  kembali segar seperti sayur yang dijual di pasar-pasar2 pagi. 

'Si perempuan gila tu dah tiada, aku dan Emma sekarang boleh bebas, bahagia' ...


25 Mei 2010

Hikayat MataHati (untuk maharani)

   Dia terlihat aku terlihat dia. aku terlihat dia mula rasa biasa saja.. bila dia terlihat aku ada rasa yang mengganggu.
Berdetik jarum masa dari saat ke saat. purnama berjalan dan berjalan. masih, dia terlihat aku terlihat dia terlihat aku. mula rasa..mula mahu..
Dan dalam kotak masa yang berdetik itu punya cerita dari jiwa yang terus menyimpan rahsia perdana kerajaan hati, masing-masing. terus lagi dia terlihat aku terlihat dia.
ada mahu lagi, lihat..
Kali ini tiada 'ter' lagi dalam melihat dia melihat aku. jadi terus langsung naratif teater hidup ini jadi atas sedar, dia lihat aku, aku lihat dia.

Langkah.
Aku lihat dia membuka langkah dahulu, aku berdiri di ruang menunggu, tunggu lagi langkah itu. lihat, aku lihat dia. dia lihat aku. aku mahu, tapi tunggu. ini manis laksana madu.
   Mata, dengan kondisi bibir mulut yang semacam dijahit dawai besi besimpang-siur bagai ada permata dan emas berkarat-karat dalam mulut, masing-masing. mata jalan peranan membahasakan lidah yang beku Bisu. maka mula permainan mata yang mula pandai bermain kata-kata. aneh, masing-masing punya kamus bahasa mata - semulajadi - lantas boleh faham bait-bait luahan kata-kata mata, yang menggoda tajam - bisa buat hati terguris berdarah rindu. 
Spekulasi berlari-lari, fiksi fantasi menari-nari, nak cari konklusi, mahu pastikan ini bukan rasa yang klise.

Purnama dan purnama terbang ke angkasa, pergi jauh, dan purnama baru masuk ke ruang bumi. 

   Masih, dia lihat aku lihat dia. pipi mula merah tanpa sedar semerah epal fuji, tersipu-sipu, malu-malu mula menyapu-nyapu lantai hati. bikin jiwa yang dahulu berdebu bersih berseri, wangi dan sentosa kembali, tiada awan mendung yang menjadi payung lagi..
Habis purnama, rahsia masih menetap teguh dalam perkampungan hati. rahsia tentang kasih yang mula tersedia untuk dia, yang terkadang rahsia itu berjaya lari keluar sedikit dari kampung hati. tapi ia tetap rahsia. 
Sampai habis purnama terakhir, habis tahun akhirnya.. dan kini, aku lihat dia lihat aku. sampai suatu masa, mata pula bisu dan mulut akhirnya mula berani besuara..

"Kerusi di sebelah ini masih kosong, sedang menunggu siapa yang akan sudi duduk diatasnya"


Satu Jeritan Batin Songsang

jerit keluh resah buat kulit tenggelam basah 
peluh silu-silu keluar menggelegak panas?
mata yang banjir 
hati yang rusuh
jiwa yang runtuh
diri tidak lagi konkrit
rapuh luruh
propaganda minda menjerit
batin goyah
termuntah sesal kecuaian sejarah
diri sendiri ditikam pisau soalan
suatu retorik kosong buat diri
nyawa putih yang telah dilongkangkan
jasad bersih yang engkau keluarkan
hasil dua nyawa gila
yang bersatu..

15 Mei 2010

Nota Romántiká

panasnya cuaca
tapi bila kau ada
tetiba sejuk
panas dah tak rasa
kenapa?

(oh.. aku dah jatuh cinta)

13 Mei 2010

Jerit Jiwa Rusuh

konfrontasi ironi bising sering
berkeroncong, bertempur, berdendang keras
sering 
paradoksnya persoalan terapung
diangkasa minda yang muda masih

tolong aku pecahkan tempurung
biar ayat-ayat pintar terlepas
guruh dan petir biar masih bersabung
tolong aku asyik tersadung

perang saudara di wilayah tubuh
diri sendiri
jiwa, jasad, dan roh
menjerit revolusi
mahu evolusi
jeritan yang aku saja yang dengar

tolong aku
istiqomah itu sukar
ajar aku belajar
aku di alam yang sungguh mencabar!


Hikayat Raja Sehari

mendayung perahu berat sebelah
patah dayung perahu terhenti
buruk wajah tidak ku kesah
asalkan pandai mengambil hati

buah anggur jatuh ke pasir
dimakan oleh si raja negeri
kasih dan sayang kian terukir
berputik sudah kedua hati

anak kecil bermain guli
dari petang sampai senja
mohon cinta sampai mati
dipegang kasih kekal setia

11 Mei 2010

Romántiká #006

berjaya dalam cinta itu juga satu kejayaan
dengan harta satu semestapun belum dapat redakan gundah mahu bercinta
seperti bernafas.
namun cinta itu ada batasnya bukan? 
syariat. 
-aku cuba patuh. -.-


Ke Hadapan #2

apa kata seluruh badan kita sekali keluar dari kotak,
jangan sekadar fikiran saja diluar kotak.

28 April 2010

Resah Melingkar

aku masih seorang lelaki normal
darahnya masih muda
kulitnya masih mekar
seperti orang muda yang kebanyakkan
langkahnya masih tempang
matanya masih melilau
jadi maafkan
jika aku terjatuh
dan terjatuh..

24 April 2010

Ke Hadapan #1

dengan pisau di tangan kiri
dan epal di tangan kanan
kita selalu bebas untuk membuat pilihan
yang mana satu untuk dijadikan santapan

22 April 2010

Diam. Jangan Bising.

hey! kalian sengaja letak tangan atas api lalu rasa panas terbakar diri
sudah terbakar, mau bakar orang lain juga ya
sengaja letak tangan atas itu api lalu rasa panas terbakar diri
oh api panas. jangan bakar mereka lagi
mereka sudah sedar
barangkali
titik.

21 April 2010

Kita Dan Jalan Tanpa Noktah

fikiran terbangkan kita jauh
ke awan biru
fikiran maka nyaman dihembus angin langit
dan jika awan biru lesap
maka beralih awan itu jadi hitam
dan ingatlah aku tetap terbang
sama kau untuk kita
bahagia

18 April 2010

Belum Noktah

berjalan kita di atas bumi ini
berimaginasi, berusaha
berjalan dan berlari
mengejar ketenangan
yang bersembunyi di sebalik kacau

28 Mac 2010

Nafas Sebelum Tamat

dengan seribu nafas yang berterusan
jasmani masih punya roh 
bergerak selari dengan minda
yang terkadang fikiran menghalalkan tindakkan
meskipun tindakan itu haram
tiada wangi

dengan seribu nafas yang berterusan
roh yang masih melekat di tubuh
merayu keinsafan
atas jasad dan fikiran yang bakal musnah
jika tidak mengaku salah

26 Mac 2010

Sekarang Malam Sabtu

malam ni budak fine art buat event kat galeri
dan aku nak pergi
sebab pertandingan futsal jabatan foto macam tak jadi
sebab hujan lagi malam ni..

21 Mac 2010

Puisi

aku gemar puisi kerana aku gemar seni
seni dalam bahasa itu puisi
jadinya aku kurang gemar baca novel
-mungkin kerana novel itu sangat tebal untuk dibaca
aha.
selamat malam.

16 Mac 2010

Faks Dari Otak Yang Normal

seluruh langit itu bagai diletak di atas bahu
tiba-tiba
sedangkan ia sepatutnya dibahagikan
mengikut apa yang telah dirancang
kita

mendaratnya sebuah kekalutan
(tapi aku percaya rancangan-Nya lebih sentosa)

-pening aku.

Rahsia Kata

ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.
ataupun objek yang tidak diketahui.
gimik cerita ini melangsungkan kepadatan dalam imaginasi.
kemunculannya akan mencetuskan kesesakkan dalam otak.
akan tetapi pemikiran itu harus didorong dengan fikiran yang pandai.
dengan itu lambakkan kotak-kotak pertanyaan itu akan dapat dibuka.
maka ia akan mengujakan, ataupun menyakitkan.

14 Mac 2010

Iklim Jiwa

masih waras
(menjelang purnama akhir semestar yang melangit kerja)

04 Mac 2010

Mendaratnya Sebuah Keserabutan

berat
kepayahan dalam mengurus
menjejaki kekemasan dalam kepincangan
letih merasuk diri
lemas dalam kekalutan

kelak terlepas
resah gelisah yang terkandung
mencukupi segala nahu
membentuk rentak anggun
selepas lelah menggulung..

semoga segala berjalan lancar..

(dalam urusan sebuah pameran)

23 Februari 2010

Sillaturrahim


Dentum dendam tidak berakal perlu sejuta pengawal mengawal harum adab yang pudar terang-terangan dibisik dendang syaitan laknatullah tanpa analisa yang mana benar yang mana salah. 

Otak tekan tubi hati jangan mati-ditarik benci, jaga-jaga berhati-hati sillaturrahim.

Mendung, Hujan, Dan..

Rengek tangis gelisah dalam diam menjerit
 tabah saja
Segala pasti ada indah selepas gundah..

19 Februari 2010

Temurahsia

dia afsun
merah pipi aku
. . . . . .

18 Februari 2010

M A T A K U

sering melihat dunia dengan mata
dengan hati sering juga
ganggu diri dengan bicara
derita masalah-dirinya
itu tulisan jiwa
dendang cerita
yang pernah negatif
kala dahulu sebelum mula fikir
hala tuju

milenia kini
detak tapak pemikiran
yang makin suka fikir
sebelum mengikut telunjuk
yang roh, firasat dan jasad suka diikat
falsafah
dan agama
-yang walaupun kerap pudar..namun kerap juga dibendung

masih seorang lelaki normal..
biasa-biasa saja.

16 Februari 2010

Percutian Musim Panas

sekarang musim panas
tapi masih bisa senyum
kalian senyum sekali

:)) <- senyum

sabar sudah..

(sedang menikmati cuti musim panas)

06 Februari 2010

Rahsia Ketiga

selalu bintang-bintang jadi saksi
bulan jadi khalayak
langit jadi peguam
dalam mahkamah pelangi
yang waktu jadi hakimnya
untuk hukuman yang dinanti
atas impian dan harapan
yang ditujui
berteman senyum di pipi..

semakin dekat dengan letupan rahsia terbesar

01 Februari 2010

Waris Warisan

fikiran dan idea
pemikiran dan coraknya
pemikiran kritis bukan erotis
bercorakkan rasional
berteman hidayah
bersaksikan waras
berakarkan imej masa hadapan
disuntik azam mahu mengubah segala
yang busuk dijadikan harum
yang buruk dijadikan cantik

mahasiswa universiti
otak tekan tubi
mahu jadi lebih baik
lantik pengalaman jadi guru matapelajaran
subjek bagaimana mahu jadi manusia
mahu ubah segala
dengan wahana yang benar
tidak berbendaharakan tingkat pemikiran yang kosong
maka jangan amal tradisi yang jelas terpesong
dakwahkan diri sendiri
yang mana racun, yang mana madu
ubahnya jadi lebih bernas
janganlah menepuk air didulang, nanti terpercik ke muka sendiri

yang berdarah muda
mahu raba pelita dalam gelita?
ada yang mahu jadi raja cakerawala
berskalakan sekular
mahu tunjuk tenaga
maharajalela
bukan demi agama atau bangsa
maka terpisahlah risalah yang Maha Esa
terbuanglah tenaga sia-sia

rasional fikiran
pengalaman
jadikan tauladan
jangan keanak-anakkan
dendam tidak berakal
perlu upah selaut pengawal

semakin meningkat usia
semakin sedikit usia
semakin matang jadinya
harap tidak lupa
biar hati itu tetap tersisa agama
walau sedikit...

belajar cara belajar
belajar cara mengajar



-mahu terus usaha jadi lebih baik.. bukan usaha jadi lebih jahat.. (terkadang tersasar juga...) maaf..  -.-'

22 Januari 2010

Rahsia Kedua

improvisasi bawah sedar
berolah manis

berdentum dendang jantung
bedetak kuat

terkecil mata ditarik senyum
terbawa ke muka bibir

memetir memori berputar
membeku tubuh dalam sedar

maka terbit naskah rahsia
menunggu masa untuk didedah

19 Januari 2010

artistik

fokus
genggam otak
perah
sampai kering
idea
imaginasi
dan basahkannya
kembali

seni

17 Januari 2010

Sering Tsunami

sering kali gagal
dalam memperteguhkan imannya
tapi usia usaha itu infiniti
asal punya mahu
segalanya jadi..

15 Januari 2010

Rahsia Pertama

mata yang memandang
 tajam merenung dalam,
  sumpah berpantang curang
    dibalut rindu
                    diharam karam

Bingung (bengong)

bercinta
gadis melankolik
          (dan lelaki gila)
dibisik hiba
          diganggu jiwa
berdendang dendam
           ke hujung nyawa

01 Januari 2010

Drama Koma

engkau koma
bila lihat aku koma
tidak sedar
kita sama-sama koma
dalam rindu yang
tidak bersuara

rákan-rákan