30 November 2009

Pengejar Masa




Aku sang pengejar masa
sering saja terlena
masa yang pantas menderu
terus pergi menjauh ke mana

Aku sang pengejar masa
sungguh masa nampak deras
hakikatnya ia berjalan biasa
cuma aku yang terasa kemana hilangnya

Aku sang pengejar masa
kitab diriku penuh cerita
setiap detik yang pergi menjauh
aku tidak sedikit merasakannya

Aku sang pengejar masa
kini beransur sedar dari lelap
perlunya aku seiring dengannya
agar aku tidak ditinggalkan lagi

Aku sang pengejar masa
aku tidak boleh memaafkannya
tetapi aku tidak pula menyalahkannya
cuma aku yang perlu pintar menewaskannya

Aku sang pengejar masa
semakin hari aku semakin usang
masa itu pula muda sejak dahulu kala
aku sedar aku akan pergi jua

4 ulasan:

i-SYA berkata...

suka puisi juga?

walaupun saya ulas di sini.

hakikatnya saya sebenarnya tertarik pada tulisan tepi itu.

yang bahagian awak cakap belum pernah jadi perempuan.

buat saya senyum. :)

a.afandi berkata...

:))))

terima kasih ya. baca ulasan kamu pula sudah buat saya tersenyum. :)

*ya benar kan? belum pernah jadi perempuan. hihi.

i-SYA berkata...

ahah... comel.

tulis lagi ya?

selamat berkenalan. :)

a.afandi berkata...

selamat bkenalan juga. :))

rákan-rákan