30 Disember 2009

Malam Genta Puisi Pena - Aswara III

TARIKH DAN MASA: 31 DISEMBER 2009; 8:30 MALAM
TEMPAT: RUMAH PENA, 961-7, JALAN DEWAN BAHASA



ini acara puisi bagi aku boleh dikira sebagai acara besar baca puisi buat penutup tahun 2009. banyak nama2 besar yang menyumbang bait2 puisi mereka di sana. jadi kalian yang penggemar puisi, kiranya bolehlah ke sana. percuma saja. memeriahkan majlis. mahu lebih info? mari tekan butang belah kiri tetikus anda disisi -> http://minggupenulisremaja.blogspot.com

28 Disember 2009

Glosari Gaya Bahasa 5

 Selamat bertemu lagi di hadapan skrin pc. kiranya sudah lama tak menulis tentang gaya bahasa ni. dekat 5 - 6 bulan gak lah, kiranya sekarang mau kongsi lagi sama kalian ilmu ini. tergerak hati nak menulis lagi. sebab apa? oho. adapun sekadar mau berkongsi ilmu. apa salahnya kan? asyik berkongsi cerita pengalaman hidup je, sesekali nak gak nulis benda ilmiah sikit.  aha.


ok, mari mula.


Imaginasi
imaginasi merupakan daya bayang yang menimbulkan perasaan dan pemikiran yang luas serta lebih jauh jangkauannya daripada  yang di dalam kenyataan. daya bayang ini penting untuk mencipta puisi.




Imajan
gambaran yang terhasil kesan daripada penggunaan perkataan, ungkapan atau ayat.




Imej
imej ni maksudnya, perkataan atau ungkapan yang menimbulkan gambaran dan memberi kesan tertentu kepada perasaan, imaginasi dan pemikiran.


yang terakhir pula ni mesti kalian biasa dengar. jadi mau aku cerita sikit.




Klise
kata2 atau ungkapan yang sudah biasa dan sudah lama digunakan. jika diulang lagi penggunaannya, dikatakan bahasa tersebut adalah klise dan kesannya tidak bertenaga lagi.




25 Disember 2009

Bicara Suara Hati

mafhum bicara suara hati dalam diam berbisik
terkadang dengar dan dibiar tidak terusik
bicara suara dari mulut perasaan
yang mahu hati ini diletak di tepian jalan
dan menunggu siapa yang akan mencurinya
kerana sudah lama ia dibiar dalam gelita

23 Disember 2009

Bendahara

aku bendahara
melihat, mendengar
meneliti, mengkaji
cerita dan masalah
kisah dan sejarah
manusia dan dunia
ceria dan duka
mereka semua

memeluk segala cerita
diri sendiri dan sekalian manusia
dari gembira ke sedih
dari suka ke benci
dan mencoraknya jadi kata-kata
indah dan bermakna
jadi inferen dan konklusi

aku bendahara
penyusun kata-kata
yang menyusunkannya
buat mengisi falsafah diri
dan santapan para pemerhati
dan sekalian bendahara
yang ada..

Resepi

ada sesiapa tahu apa resipi untuk rasa bebas?
yang bebasnya tidaklah sebebas burung merpati yang terbang itu
tidak juga seperti pokok yang bebas bergerak tapi tidak bebas berjalan

. . . . . . ....... fikir

ada sesiapa tahu apa resipi untuk jadi berani?
berani untuk melepaskan teori minda sendiri untuk tantapan umum
berani untuk tidak berdengki dan beraninya tidaklah seperti peragut
yang berani mempamerkan kedaifannya dengan meragut ibu mengandung anak pertama

aku benci peragut

21 Disember 2009

Romántiká #005

mahu petik itu bintang paling jauh buat jadi brooch dia.

20 Disember 2009

Metafora Hati

Yang terikat sudah terlerai,
Yang terlena sudah tersedar,
Sedar apa yang terpapar.

Segala isyarat tersirat
Mata ini melihat cermat.

Sungguh kita sedar
Sedar segalanya mekar.

19 Disember 2009

Kejutan Eletrik Tepi Pinggang

Selama ini aku yang sering melihat pejuang bahasa/sasterawan negara itu mendeklamasi puisi.
Kelmarin bawah kesedaran aku, tiba-tiba dia muncul, dia pula yang melihat aku yang sedang berpuisi.
Oh, degup jantung makin kencang, terkesima. Walau tak lama mana, aku rasa teruja.
"wah, a.samad said berhenti sebentar lihat aku berpuisi, dia dengar, dia senyum".
aduh, merah lagi pipi aku, terus bertambah baku suara aku. hahaha. terbaik.
(tapi sayang, tak sempat bergambar)

Duniaku Yang Nazak

(sempena 1 muharram)

dunia kini
semakin lemah
jantungnya, semakin resah
dunia kini
banyak musibah
semakin hari, semakin parah

konflik manusia
menazakkannya
haru biru
menyakitkannya
dingin angin
tiada terasa
semakin lama, semakin gila

perang-perang yang memetir
benci-membenci yang makin getir
pencemaran yang mekar terukir
hilanglah nyaman, derita yang hampir

dunia ini
dunia kita
kita jaga
kita siram
kita yang baja


dunia ini
dunia kita
di sini
kita ketua
mari ubah, mari berubah
demi kita, demi dunia
demi masa depan
yang lebih sentosa


semoga dunia akan jadi lebih baik.

18 Disember 2009

Kasih Untuk Kalian

Terima kasih untuk khalayak yang sudi dengar lelaki ini menjerit-jerit semalam di depan.

17 Disember 2009

Notte Sento - stop motion short film

http://www.youtube.com/watch?v=NsAhqEDFhb4

Nasi Lemak Ais Dan Teh O Goreng

Banyak sangat makan dan perutpun penuh hingga otakpun senget dan mahu tidur. arghh.
"nasi lemak ais satu kak". kau gila ape, ngantok sangat dah ni. selamat malam.

9.30 p.m

11 Disember 2009

Syhh...Jangan Cerita Orang

mari
kita sejukkan badan kita
dibelai angin kipas
bayangkannya dingin
dan lelapkan mata
kita bayangkan sekarang
ada orang yang sedang kita cinta
harap-harap dia sedang cintakan kita juga
aduhh..gembiranya.
*merah pipi.


09 Disember 2009

Hikayat Lendu Ke London

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
  Ini-lah chérita orang sekarang-sekarang, bélum pérnah-lah ia di-bawa dalam mafhum kata lama.

Séhari bagai séminggu
Séminggu bagai sébulan
Sébulan bagai sétahun
Sétahun bagai séabad

Al-kisah, maka térsebutlah khabar pemuda-pemudi  sérata négéri sangat-lah arif bijaksana-nya.
Maka térlalu-lah kaseh ayahanda-bunda-nya, di-kirim pérgi pémuda-pémudi ké sa-buah négéri bér-nama Bandar Mélaka, dalam jajahan-nya ada sa-buah daerah bér-nama Léndu.

Médannya indah bukan képalang,
Rantaunya luas bagai dibéntang.

Maka mérantau-lah sekalian méréka, ké négéri mahsyur ilmu itu. Di-turut nasihat ayahanda-bunda agar bérkat sékalian ilmu, hikmat-nya semua ménjadi belaka dengan kurnia Tuhan séru sékalian alam.
Déngan wajah gilang-gemilang bérsama mémakai kain yang indah2 lalu bérangkat-lah sékalian-nya ké négéri térsebut.

Lémah mélapis condong ménopang,
Lunak térsudu kéras tak tértoréh,
Lupa méngingat-kan tér-lélap ménjagakan
Lurah sama di-turuni bukit sama di-daki

Maka, sé-télah bértahun lama-nya mémenuh ilmu di-dada, térus tér-gambar indah pérmai semakin hampir, sa-télah di-dengar oléh sekalian pémuda-pémudi bunyi khabar tamat penghajian ilmu itu. Maka ada mélahir gémbira, ada méngeluh gélisah kerana tiada untung nasib, séraya bérshair pula, démikian bunyi-nya :

'Sudah nasib yang malang,
   Tiada-lah dapat aku nan pulang,
Képak dan sayap di-sambar élang,
Apa-kah kélak gerangan yang datang?'

Hatta, yang lain-nya ténang-ménenangi mereka, tidaklah méréka méndabik dada, yang kurang di-tambah, yang péndék di-sambung, tak dahaga si pénunggu telaga. Maka di-téruskan ménuntut ilmu pémuda-pémudi  sékalian itu sampai habis hari bérganti hari, habis minggu bérganti minggu, sampai tamat péngajian ilmu purnama térakhir ménjéngah lalu.

Sampailah waktu bérpisah-pisah,
Sambung ménuntut ilmu tak sudah,
Ké témpat baru mahu di-tuju,
Masuk ké négéri orang mahu bértanam ubi,
Tiadalah niat bértanam témbilang

Maka bérpikirlah sékalian-nya mahu mérantau ké négéri luar, bérpikir sé-dalam lautan mahu ménimba péngétahuan sé-dalam-dalam. Maka akhir-nya bérlangsung-lah ia, ayahanda-bunda bérsiap bér-iring  doa sélamat, bérsiapkan sépérsalinan yang indah2 héndak mengarak putéra-putéri dengan sé-chukup kéalatan-nya ménantikan sampai saat kétika-nya sahaja.

Maka bérangkatlah sékalian-nya ké negeri baru, hatta sambil mata bérairkan duka méninggalkan ayahanda-bunda jauh di-mata. Arakian, maka méréka pun sélalu-lah bérhubung sampai saat tiba-nya masa bertemu lagi.  Maka térkadang-kadang téringat méréka akan Léndu témpat bérsuka-sukaan, bérlumba-lumbaan méraih ilmu. Tiadalah bérputus ingatan akan ségalanya, walau sékarang-nya bérada dalam négéri orang, bér-nama London.

Démikian-lah chérita késudahan-nya dari mula sampai habis. Hikayat ménuntu ilmu tiada-lah putus. Di-karangkan oleh Amir Afandi bértémankan naskah dahulu-kala di-negeri Selangor darul-ehsan. 


Raungan Murung

ini cerita duka mencuka
cerita kehidupan yang terbuang
cerita sang ibu menagih simpati
cerita sang anak laparkan nasi

sendu menyentap suara
mendidih peluh dibakar mentari
berlari memecut nada tenaga
lelah demi merangkul rezeki

mencari sisa-sisa nostalgia manusia
memungut lara demi sentosa
merangkak mencari sinar gembira
demi mengendong keluarga tercinta

ohh..duka makin mencuka
saban hari persis neraka
dia tetap terus usaha
mencari gembira, mencari bahagia

oh..duka kelak bertukar gula
kerana kuat nurani hatinya
sering mengadu pada yang Esa
meratap tangis di sejadah mulia
meraung syukur walau tersungkur

08 Disember 2009

Dendang Megah Rebah

megah disebalik jendela
bersuara disebalik bayang
menikam menggunakan sudu
meludah berairkan madu
bersekutu dengan yang dungu
tenat
mahu meningkatkan mutu
segala yang baik mahu disapu

lupa dunia selepas dunia

06 Disember 2009

Rusuhan Fikiran

ketenteraman minda
kejernihan sanubari
kelangsuangan idea
kecergasan diri
kian merosot
makin bingung
bingit dek dentuman
rusuhan hati yang bosan



rákan-rákan