30 November 2009

Bahasa Artistik & Sains Sosial


 Seni dalam berbahasa, melangkau garis normal dalam berbahasa. Meningkatkan santun dan ramah, menjengah emosi dan falsafah. Bahasa punya seninya, bijak berbahasa maka kebarangkalian tinggilah nisbah kesantunannya.

Tentang bahasa melayu dan sosial :

  Bahasa juga punya "isme"? Jika diklasifikasikan mengikut "isme" aliran seni halus ("isme" bukanlah ilmu gaya bahasa), bahasa pasar sekarang semuanya barangkali dapat disimbolikkan dengan "isme" Pop Art. Kerana bahasanya yang 'Pop' yang mempunyai beraneka perkataan baru yang 'Pop' (popular-moden).
Kalau dahulu bahasa melayu banyak menceduk bahasa sanskrit dan arab, kini kita dapat dengar bahasa melayu banyak mengambil perkataan daripada  bahasa inggeris. Jadi tidak dapat dinafikan bahawa bahasa sememangnya sering terpengaruh dengan cara hidup dan lanskap sosial. Maka  kini bahasa melayu diera tranformasi kiranya, barangkali. Maka sebahagian besar para pendukung bahasa melayu pula kini menggelarkannya sebagai bahasa rojak dan bahasa melayu kini diambang keretakkan yang sedang menanti pecah. 


Tentang bahasa artistik :

  Setiap orang punya visa untuk cuba berartistik dalam bahasa, tiada larangan, asalkan punya ilmu. Jadi keteguhan bahasa kita dapat dikukuhkan lagi. Tidaklah nanti bahasa kita ghaib dilanggar globalisasi dan habis dijamah ilmu bahasa lain.

  Jadi, dalam cengkerang kacang (in a nutsheell-terjemahaan terus, jadi ini "Pop"?).  Bahasa juga merupakan entiti seni. Puisi (pantun,sajak,gurindam,peribahasa..), punya keindahan dan punya nilai estetika yang wajar diberi perhatian. Kerana ia juga merupakan satu karya seni dalam kepelbagaian cabang seni yang wujud kini. Apresiasi terhadapnya dapat memanjangkan hayat keteguhannya. Maka kita wajar mempertahankan seni ini juga.

Nota halus : "Budi Bahasa Budaya Kita" - itulah seni masyarakat kita sebenarnya, yang secara halus sudah pudar sikit demi sedikit.

Pengejar Masa




Aku sang pengejar masa
sering saja terlena
masa yang pantas menderu
terus pergi menjauh ke mana

Aku sang pengejar masa
sungguh masa nampak deras
hakikatnya ia berjalan biasa
cuma aku yang terasa kemana hilangnya

Aku sang pengejar masa
kitab diriku penuh cerita
setiap detik yang pergi menjauh
aku tidak sedikit merasakannya

Aku sang pengejar masa
kini beransur sedar dari lelap
perlunya aku seiring dengannya
agar aku tidak ditinggalkan lagi

Aku sang pengejar masa
aku tidak boleh memaafkannya
tetapi aku tidak pula menyalahkannya
cuma aku yang perlu pintar menewaskannya

Aku sang pengejar masa
semakin hari aku semakin usang
masa itu pula muda sejak dahulu kala
aku sedar aku akan pergi jua

Siapa Sarah?

pagi-pagi
subuh sawi
celik mata
terus mandi

siap sedia
segak bergaya
emak abah
ikut serta

tiba sudah
dalam sekolah
masuk kelas
tak tentu arah

bangun semua
jangan bising
hujah pertama
yang diiring

emak abah
tunggu luar
cikgu tanya
siapa sarah?


-kisah hari pertama sekolah darjah satu. cubaan bayangan fikiran sahaja. jadi, siapa nama dia sarah? haha.

29 November 2009

Suara Seni Puisi

rakan-rakan!
persembahan saya
jam dua
ketemu ya

jadual waktu? sini - http://www.myspace.com/rantai

24 November 2009

Takziah..

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Bagaimana rasanya bila kehilangan seorang bapa? kehilangan. hilang. hilang buat selama-lamanya. terhalang untuk meraih kasih darinya.
aduh, tersangat dalam sedih yang tertanam. tinggallah diri bagai terapung di awangan, telinga pekak seketika dan hanya dengar suara hati yang merintih sedih...

Takziah buat sahabatku yang telah kehilangan bapanya pada isnin lepas. semoga Allah s.w.t merahmati rohnya dan dimasukkannya ke dalam syurga. insyaAllah.


Al-Fatihah

22 November 2009

DKNY fresh blossom dan cK free

Segar, nyenyak minda dibelai harum mengusik emosi. Variasi, berbotol terpampang di pentas peragaan promosi haruman meniup perasaan. Berlaga, dalam pelbagai harum yang menjengah, dua harum yang diketengah. Bergabung, bila dua harum harmoni bergabung lewat kewaspadaan pada sekeliling, tentu akan melahirkan persekitaraan yang indah nyaman. Permai, dalam nyaman yang mengusik, kau sentosa berdamping dengan harum cK free, dan aku juga senang berdamping dengan DKNY fresh blossom.
fahamkan? (;

20 November 2009

Jalanraya Kotaraya

jalanraya kotaraya metropolitan
tidak pernah terlepas dari beban
memikul dibahu nisbah kenderaan
beribu tan, beribu geseran
24 jam penyeksaan

jalanraya kotaraya metropolitan
tidak pernah berhenti dari letih..
(begitu banyak pencemaran)

-kecuali cuti raya. jalanraya bisa tidur sebentar.

16 November 2009

Selepas Bulan Tidak Jatuh Ke Riba

zzzrrrrrrrrrettttt
tayar terseret parah
kemalangan

oh!
akulah tayar tu
sakit, parah
cuba bangkit
selepas rebah

-maaf sekali lagi

Masa Dan Lelaki Muda

satu suara terperangkap
dalam bungkusan lutsinar
tunggu untuk dipecahkan
oleh semangat yang kuat

-selepas ia pecah, maka suara mula berbisik, menyebar harum yang terperangkap, untuk apa yang diharap. menunggu masa, untuk dia.

06 November 2009

Selamat Hari Jadi!

mungkin kerana terlebih fokus pada pengajian sejarah seni dunia untuk periksa akhir semestar sampai terleka bahawa ada sejarah baru yang tercipta tapi aku terlupa. arghh. hari jadi teman sekelas sudah terlepas, nak sambut sudah terbabas, nak ucap selamat tapi terasa cemas. arghh. nah, hadiah pantun 2 kerat buat kamu penyambut ulangtahun kelahiran pada 4 november lepas.

ceduk air dalam perigi
selamat har jadi!! :))))

-semoga berjaya dunia akhirat. ampun dan maaf dipinta.

01 November 2009

Tiada Konspirasi

Ia terlalu abstrak.

Komposisi yang lari
Menjerit ketaksamaan
Campuran warna yang salah
Melakar lukisan suram
Disebalik lanskap yang megah

Ilustrasi cinta sepenuh masa
Bersalaman jujur tambah setia
Komposisi lari
Rapuh
Kerana melodi
Tidak seiring dengan lirik

Melodi maka tenggelam
Terpaksa
Dalam kekalutan
Terpaksa

-maaf..

rákan-rákan