09 Oktober 2009

2 Eterniti

senja
memanggil pulang anak alam pulang
melepas resah dan gundah
memungut sisa tenaga yang tercicir
dalam genggaman emosi

malam
sang algojo geram bersembunyi
melihat aktor dosa
keluar mengepak kasih sebentar
merempah harga diri
buat santapan sang diktator malam

subuh
mengakhiri kisah lara
bermula semula sentosa


1 ulasan:

manusia rumit berkata...

malam selalu menyimpan lara
mungkin kerana
matahari bersembunyi di balik sebelah sana

mungkin?

rákan-rákan