20 Julai 2009

Dasar Serigala

Berjuta fakta
Berlari angin fakta fantasi
Cubaan cinta wayang cermin
Terpateri khabar bayang hitam
Dari hati segelap malam

Puas
Dia menikam kata
Cuba membentang rasa
Palsu
Indah sungguh dia
Bermain kata-kata

Uda dan Dara
Arjuna dan Sita
Cinta dan Rangga
Luka tiada berduka
Sama melarang curang
Bersatu
Dalam konspirasi setia

Tidak seperti dia
Keranjang mata beribu-ribu
Cuba timbus segala ragu
Terbit cinta penipu
Untuk bunuh
Harum wangi yang berlalu
PEMBUNUH!

3 ulasan:

Wolfis Black berkata...

nice..:)

a.afandi berkata...

thank you. (:

♥ sOFIa ♥ berkata...

OMG.

i like the cinta and rangga verse.
heee :)

rákan-rákan