16 Julai 2009

Cik Kiah Dan H1N1

Minggu kelmarin kampus bingit jerit-jerit suara rakyat, menahan kesihatan yang makin pudar. "H1N1 makin girang memeluk siswa-siswi!" pekik kata terlolong budak bilik aku. Cik kiah dewan makan mula memakai topeng muka, tinggal mata saja memanah makna gerakan mulut yang terlindung. "wow, macam cool je aku pakai benda ni" bisik penduduk hati cik kiah. Jadi, beliau memakai topeng lazim doktor pembedahan itu kemana saja. Aku tengok dengan tanda tanya yang berkobar-kobar.
Minggu kelmarin budak bilik aku semua demam, aku takut, tapi aku cuba kawal dengan penuh amanah. Sebab kesihatan aku pun baru saja pulang dari bercuti, masih batuk sana sini.
Minggu kelmarin aku rasa mahu pulang ke rumah, tapi tak dapat, banyak aktiviti kat kampus yang sedang menunggu untuk berlepas. Jadi, jerit pelahan aku dalam hati, "harap-haraplah tuan pengarah kampus akan bagi cuti", jeritan jiwa yang turut berlaku dalam hati semua siswa.
Hari ni, apa yang berlaku? cik kiah menaiki pajero bersama-sama ketua pengawal membuat pengumuman merdeka. "kampus ini akan ditutup mulai hari ini sehingga jumaat minggu depan". Maka bergema suara-suara raksasa menggila meraung kenikmatan mendengar perkhabaran indah itu. Dari hujung kolej siswi hingga ke blok aku sendiri.
Penamatnya, cik kiah dan aku dan semuanya harus pegi jauh meninggalkan tanah merah ini. H1N1 Sudah hampir kritikal! (barangkali)

7 ulasan:

bungasenget berkata...

wah.riangnya siswa siswi pabila mdengar pengumuman mdeka tuh. :D *mcm tawu2 jerh.haha :))

zy. berkata...

bimbang juga abg saya turut diserang.

ah wong berkata...

wah khabar nya indah dri rupa ...
pulang ke tanah air jgn berkata-kata...
tkt merebak segala kata ..
tkt juga berjangkit same...
haha ..

gurau senda ada makna ..
kerna mendengar cuti yg lama..
ptptn pun sudah bermula...
dapat lah kira nya diri ini d belanja

jannahhhhh* berkata...

oh time ney sy da berangkat pulang , heh ;)

a.afandi berkata...

haha. sangat bagus permainan kata
encik ah wong memutar makna rasa dalam kata
apa dia? ptptn?
oh ya
esok lusa aku belanja
hahaha.

♥ sOFIa ♥ berkata...

serius kau h1n1 makin kritikal?
waah. bahaya bahaya.

kena pakai topeng nih :)

a.afandi berkata...

saya ada jual topeng muka tu. beli kt saya saja ya? hihi. (;

tak kritikal sangatpunn.

rákan-rákan