10 Jun 2009

Persoalan Berfrekuensi Tinggi

Aku punya satu otak yang punya satu minda yang dalamnya punya berjuta perkampungan mikro masyarakat neuron yang saling berafiliasi secara prolifik bagi merungkai sesuatu gelisah yang datang menjengah.
Bermacam gelombang persoalan yang produktif hingga payah untuk mencari jawapannya. Adakah kita punya konfrontasi masalah yang sama? Jika ya, kita geng! hehehe.

Dalam berfikir perlu ada satu landasan, dalam penjelajahan mencari jawapan bagi persoalan. Agar tidak sesat dan menyesatkan. Laksana golongan 'free thinker'/'atheis' yang mempersoalkan kewujudan Allah. Mereka mencari jawapan bagi persoalan bukan di landasan yang betul, ibarat mahu belajar menyelam tapi pergi bertanyakan pada guru memanah, manalah nak dapat jawapan.
Akal manusia terhad pada tingkat tertentu, tentu saja tidakkan tercapai akal jika memikirkan bagaimana indahnya syurga dan bagaimana ngerinya neraka. Untuk golongan free thinker, carilah jawapan di tempat yang betul, bukan sendiri tanya sendiri jawab. Ada benda yang kita tak boleh persoalkan. (aku tulis ni melalui pengalaman sendiri)

*esok friday night futsal! jangan persoalkan. hihihi. (oh ya, ada malam baca puisi kat istana budaya esok)

3 ulasan:

izzy. berkata...

nak pergi istana budaya tu. tapi tak boleh ish ish :l

Syarah berkata...

ahha.kita geng (kot).haha

izzy. berkata...

haha tulah, kalau tak boleh la kita bertegur sapa tanpa perlu teragak-agak, tanpa perlu pandang atas pandang bawah lagi en en :p

rákan-rákan