03 Jun 2009

Gurindam Dalam Berkasih

Dikala bunga harum berseri,
harus waspada berhati-hati.

Dikala kumbang datang melata,
pilih yang indah budi bahasa.

Dikala cinta datang menari,
jujur dan ikhlas menjadi kunci.

Dikala engkau mengejar pelangi,
jangan dilupa kanan dan kiri.

Dikala hati disirami duka,
harus pandai mengawal rasa.

Dikala senja melabuh tirai,
ayuh jemaah beramai-ramai.

Dikala diri dibanjiri rezeki,
lekas bersyukur tidak terperi.

Dikala dada diisi cahaya,
mohon berkat buat selamanya.

Dikala jiwa terlebih khayal,
mohon tersedar sedari awal.

Dikala engkau mencari pasti,
teruskan sehingga ke perut bumi.

1 ulasan:

zaidharis berkata...

bersih,
puisi yang bersih bagi aku.

rákan-rákan