13 Jun 2009

Cik Siti Wan Kempis

 Cik siti, cik siti, bisakah kamu berkata benar? tidak berolah kata berputar-putar? katakanlah wahai cik siti. Kala dulu detik siang mencari-cari, kala malam termimpi-mimpi, langsung hati aku kau curi, dengan rela aku beri, namun kini? bunga mawarpun kehilangan wangi. Aduhai cik siti, ayam tak berkokok hari tetap akan siang..
  Habis aku kamu biar berhabuk, sampai mataharipun mula mengantuk, bahkan bulan jatuh terhantuk, kasih aku kamu memakuk, dibiar aku sakit terbatuk-batuk. Alahai cik siti, lain kali biar belajar setia, kasih bukan bersuka-suka. 
   Akhir kata di hujung purnama, setelah aku kamu angkarakan duka, semoga pandai kamu membaris, alahai dengarlah wahai cik siti wan kempis..
(cik siti wan kembang lebih jujur barangkali)

4 ulasan:

zy. berkata...

sudahlah, tidak ada jodoh barangkali. jaga diri ya di melaka. belajau elok2. tp sambil2 tu bleh la carik cik siti baru :p

a.afandi berkata...

yes madam! :P

n lee berkata...

kenapa wak?

Nadeeya Khair berkata...

uhu. titisan air mata membasahi pip. semua harapnya enak-enaknya belaka. perjalanan hidup masih jauh. jangan berhenti di tengah jalan. :)

rákan-rákan