26 Jun 2009

0 Hari Sebelum Pergi (Selamat Jalan)

aku akan bergerak hari ini, seawal ayam mula berkokok barangkali. tapi naluri berbisik mungkin seawal matahari baru mahu mula sarapan. hmm.. doakan saya dalam memburu ilmu. insyaAllah.

Untitled Poem - Rembering My Horrific Love History

someday my dear, we will see
all the flowers and all the trees
all the birds and all the bees
will vanish and will not be seen

somehow my dear, you will see
across the mountain and the sea
deep into the ground to the sky above
wherever you go, you will have my love

25 Jun 2009

Bawah Untuk Israhell

mulut palsu
bisulah bisu!
jangan merapu
harap kau beku
agar dunia
manis dan ayu

Aku Aktor

aku mendaki kronologi
dari mulaaaaa
sampai habis
tapi aku tidak tahu bila habisnya
-mohon panjang lagi cerita nyawa aku. amin. (untuk kita semua-kalian juga)

22 Jun 2009

Awawa Tu Bulan

Awawa tu bulan
waktu kecil
Main sampai tak ingat makan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Tak perlu risau cari duit nak makan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Tak perlu fikir tentang beban kewangan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Selalu sibuk, itupun dengan permainan

Awawa tu bulan
Waktu dewasa
Ingin kezaman waktu kecil punya kenangan

-teringat kenangan waktu dulu. aktor-aktornya ada yang sudah tiada. hari ini juga akan jadi kenangan.

21 Jun 2009

Janji-Janji Mustahil Tuan Presiden

habis masa
jalur pelangi makin pudar warna
semakin hari semakin hilang rasa

pertimbangan
cuba menimbang berat awan
mustahil
cuba mencongak debu pasir
takkan berhasil

Gurindam Usaha

Selagi hayat dikandung badan
Hujung pangkal dilupa jangan

Selagi waras fikiran akal
Sedari dunia bersiap bekal

Selagi mampu tubuh berlagu
Janganlah jemu memburu ilmu

Selagi kukuh hati berdenyut
Jika tenggelam lekas berpaut

Selagi semangat tidak terpadam
Kejarlah cita penuhi azam

19 Jun 2009

7 Hari Sebelum Pergi

Apa yang aku akan bawa ikut sama adalah kenangan bersama kawan-kawan lama.

16 Jun 2009

Orbit Cinta Mereka

Mereka yang paling berharga dalam dunia
Punya rasa punya bicara punya cinta
Untuk kita dari kecil sampai dewasa sampai tua

Apa hadiah paling mewah? paling indah? paling megah?
Tentulah hadiah daripada mereka
- pakej penginapan selama-lamanya disebuah rumah lengkap dengan bilik tidur, bilik air, kipas, televisyen, sofa, siap makanan pagi petang siang malam(tanpa had waktu), duit poket, segala keperluan peribadi, pengangkutan ke mana-mana destinasi, dan segala-galanya yang ada kini.
Dan segala hadiah-hadiah itu (termasuk botol susu semasa kecil)
Berapa nilainya?
Oh ya,
PERCUMA!!

Terima Kasih Abah & Mak.
(mohon kita sekeluarga berjaya di dunia dan akhirat) :)

15 Jun 2009

Romántiká #005

It hurts to love someone and not be loved in return,
but what is the most painful is to love someone
and never find the courage to let the person know how you feel..

Faksimili Ukhrawi

Indah angin malam
Menghembus fikiran
Sentosa buat semesta

Ada perkhabaran buat alam
Khabar bersalam
Dari angkasa yang ceria

Membawa sebuah kisah
Bahawa angkasa raya
Indah lagi sentosa

Lantas ternyata
Angkasa tidak kosong
Jadi jangan terlopong

Sisi Gelap Lorong Hitam Negaraku

Alam negaraku islamkah? Saat majoriti remajanya bertukar menjadi rempit, detik sang lelakinya memakai topeng seorang perempuan, waktu sang perempuannya memakai topeng seorang lelaki, saat yang cuba berhijrah akhlaknya diketepi, waktu yang mengajak kepada kebaikan itu ditakuti-dimarahi, detik politiknya banyak manipulasi, sampai islamnya cuba diliberalisasi, lantas darurat jiwa mereka cuba dihalalkan modenisasi, maka ketinggalanlah segala impian fakta menjadi fiksi...
tiada berkat hakiki.

Hurt is all you gave me

And with a tear in my eye
You give me goodbye

Pushing forward and arching back
Bring me closer to heart attack
Say goodbye and just fly away

DAMN

If you only knew
What I went through before..

14 Jun 2009

Falsafah Hidup

apa yang aku rancang mungkinkan terjadi dan mungkin tidakkan terjadi, dan jika perancangan aku tidak menjadi, aku percaya - perancangan-Nya lebih sentosa.

Buai Laju-Laju


(Buai Laju-Laju Sampai Kena Tipu)

Bertukar realiti pudar
jadi mimpi ilusi samar

puitis sungguh cik adik main kata-kata

mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya
mengidam menggapai langit, tanah dibawah tidak tercapai
minggu cedera sudah terlerai
memoir tenat
maka TAMAT!!

13 Jun 2009

Cik Siti Wan Kempis

 Cik siti, cik siti, bisakah kamu berkata benar? tidak berolah kata berputar-putar? katakanlah wahai cik siti. Kala dulu detik siang mencari-cari, kala malam termimpi-mimpi, langsung hati aku kau curi, dengan rela aku beri, namun kini? bunga mawarpun kehilangan wangi. Aduhai cik siti, ayam tak berkokok hari tetap akan siang..
  Habis aku kamu biar berhabuk, sampai mataharipun mula mengantuk, bahkan bulan jatuh terhantuk, kasih aku kamu memakuk, dibiar aku sakit terbatuk-batuk. Alahai cik siti, lain kali biar belajar setia, kasih bukan bersuka-suka. 
   Akhir kata di hujung purnama, setelah aku kamu angkarakan duka, semoga pandai kamu membaris, alahai dengarlah wahai cik siti wan kempis..
(cik siti wan kembang lebih jujur barangkali)

12 Jun 2009

Surat Dari Seorang Kakak

woit... hari tuh nmpk ko mcm malu2 jerk nak nyanyi kt public time camping dulu2...and then nmpk ko jln2 kat area sini2 dgn wajah yg bershj...pastuh terjumpa ko bersama2 rakan2 mu yg lain...semakin hari semakin hebat ya ko ?? hahaha....tau2 ko dh berumur. hehe, dulu dgr sora ko comel jerk...and then jmp balik, sora pun dh garau. cpt yup masa berlalu....so, gunakanlah masa yg singkat ini dgn pengalaman yg mengasyikkan. jgn biar ko menyesal pd hari esok....selagi ada peluang, buatlah yg termampu...biarpun sampai kne tanggung malu. hehe....at least ada r gak yg nk dikongsi bersama2 anak cucu.....

hermmm...aku dh mula melalut. tp dgr ckp aku...gunakanlah peluang yg ada. kang biler ko dh tua, menyesal x sudah....huhuhu....just wanna wish ya happy birthday. ko dh form 4...thun dpn amik spm and then tau2 member ko sorang tuh dh kawen. huh ! so, jgn r matang terlalu awal. enjoy life while you can! 

*aku terjumpa kata2  ini kembali. setelah sekian lama x baca. antik. sangat nostalgik. 

Romántiká #004

i have many friends.
but only one friend i don't call friend..
it's her.

10 Jun 2009

Persoalan Berfrekuensi Tinggi

Aku punya satu otak yang punya satu minda yang dalamnya punya berjuta perkampungan mikro masyarakat neuron yang saling berafiliasi secara prolifik bagi merungkai sesuatu gelisah yang datang menjengah.
Bermacam gelombang persoalan yang produktif hingga payah untuk mencari jawapannya. Adakah kita punya konfrontasi masalah yang sama? Jika ya, kita geng! hehehe.

Dalam berfikir perlu ada satu landasan, dalam penjelajahan mencari jawapan bagi persoalan. Agar tidak sesat dan menyesatkan. Laksana golongan 'free thinker'/'atheis' yang mempersoalkan kewujudan Allah. Mereka mencari jawapan bagi persoalan bukan di landasan yang betul, ibarat mahu belajar menyelam tapi pergi bertanyakan pada guru memanah, manalah nak dapat jawapan.
Akal manusia terhad pada tingkat tertentu, tentu saja tidakkan tercapai akal jika memikirkan bagaimana indahnya syurga dan bagaimana ngerinya neraka. Untuk golongan free thinker, carilah jawapan di tempat yang betul, bukan sendiri tanya sendiri jawab. Ada benda yang kita tak boleh persoalkan. (aku tulis ni melalui pengalaman sendiri)

*esok friday night futsal! jangan persoalkan. hihihi. (oh ya, ada malam baca puisi kat istana budaya esok)

Cik Kiah Dan Dot Dot Dot

Tidur semalam, cik kiah tidak tenteram, bergelora seakan taufan. Minda separa sedarnya terngiang-ngiang suara merdu itu, imejan realistik dalam fantasinya terfoto wajah indah yang dilihatnya saat matahari mahu tidur tadi. Cik kiah tergoda.
Dia gundah, hatinya parah, menanggung rindu tak sudah-sudah. "Fantastik sungguh dia tadi, comel", halus suara hatinya, tanda tergoda, boleh bikin gila.
Malam semalam juga menjadi saksi bahawasanya cik kiah mula berazam, bara api pun kan digenggam. Cik kiah akan berusaha untuk mendapatkannya. Vespa LX50!
hehehe.

09 Jun 2009

XY : LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

Isi Hati Puisi

Bait-bait puisi akan lebih ke puncak maksudnya dan terasa lazat mafhum katanya bilamana ia dilagukan, diiring gemersik muzik.

Suara Dosa

Berlenggang jalan
di tangga turun perhentian kerata api
pada langit petang di masjid jamek
terlihat orang beriktikaf di masjid
teringat aku yang daif ini..
astarfirullahalazim.

08 Jun 2009

Tuan Puteri Kampung Warisan

   Terbentuk suatu kisah akan citra puteri menari dari kampung warisan negeri, gemersik suara menarik hati.
"aku dibisikkan kata-kata daripada suara."
"aku tersentuh. jantungku rebah seketika."
    Demikianlah nyanyi tuan puteri, sekadar cuma dalam hati. Nyanyian akan tentang suatu suara, akan tentang suatu jiwa, yang jujur menyanyi puisi ke dalam hati tuan puteri. 

Demikian maka puisi, buat membalas nyanyi puteri :

kisah kita melangkah jauh
dari gembira beralih sunyi
kisah kita bermula teguh
akhirnya jatuh tinggal sendiri

takdir menentu akhir ketemu
melepas sunyi bertahun sepi
bila bertemu aku mengaku
meluah rindu cara sembunyi

aku gembira dapat berjumpa
setelah lama tak kunjung tiba

suaraku tidak sampai kepada mu
suaraku tidak menyentuh mu

 melalui "puisi itu" aku bisikkan
maafkan segala kesilapan...

Sepatah Dua Kata 4


"Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan."

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

04 Jun 2009

Hikayat Bunga Bermain Kata


   Mafhum sebermula cherita ini bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata. 
Maka mula cherita pada mata menikam mata, sampai detik lidah menyusun kata, sampai maka terdetik hati bersatu rasa.
   Sepurnama, sepurnama, sepurnama, sepurnama, sepurnama, akhirnya setia dipatah makna, maka girang dimusnah kecewa, yang bunga ditiup angin pergi jauh dari wangi yang pernah tersaji. 
Sedemikian maka sunyi.. 
   Akhirulkalam sejak sebermula cherita, tuntas dicantum maka terlihat absurb pada tingkahnya, pada mula girang suka gembira, akhir lantas terpudar segala, girang berganti curang!

03 Jun 2009

Gurindam Dalam Berkasih

Dikala bunga harum berseri,
harus waspada berhati-hati.

Dikala kumbang datang melata,
pilih yang indah budi bahasa.

Dikala cinta datang menari,
jujur dan ikhlas menjadi kunci.

Dikala engkau mengejar pelangi,
jangan dilupa kanan dan kiri.

Dikala hati disirami duka,
harus pandai mengawal rasa.

Dikala senja melabuh tirai,
ayuh jemaah beramai-ramai.

Dikala diri dibanjiri rezeki,
lekas bersyukur tidak terperi.

Dikala dada diisi cahaya,
mohon berkat buat selamanya.

Dikala jiwa terlebih khayal,
mohon tersedar sedari awal.

Dikala engkau mencari pasti,
teruskan sehingga ke perut bumi.

rákan-rákan