05 Mei 2009

"Hikayat Kejiwangan & Keromantisan"

    Jiwang dan Romantis itu dua perkara berbeza, bezanya bagai barat dengan timur, bagai siang dengan malam, dan mungkin juga bagaikan cekodok dengan dorayaki. Mengikut tafsiran ahli kongres sel-sel neuron minda aku, berpendapat bahawa jiwang itu bermaksud sesuatu perkataan yang boleh menyebabkan kegelian organ dalaman, yang menyebabkan tubuh badan menggigil kegelian sambil membuat lakonan seperti orang yang sedang muntah.
Mengikut tafsiran ahli kongres sel-sel neuron minda aku tentang Romantis pula, mereka berpendapat bahawa romantis itu diklasifikasikan dalam perkara yang boleh membawa kepada ketenangan perasaan dan nyaman sentosa bahagia tubuh badan dan fikiran. 

    Persamaan ayat-ayat jiwang dan ayat-ayat romantis kedua-duanya termasuk dalam ayat-ayat cinta, dan mungkin termasuk dalam ayat-ayat penjual buah-buahan di pasar malam - contoh : "hai kak! akak nampak comel cantik berseri-seri indah laksana puteri gunung ledang campur dengan wajah ekin mawi. sungguh lawa akak hari ni. ha, mai lah beli buah rambutan ni. sekilo 5 hengget je kak".

    Walau bagaimanapun, maksud ayat jiwang dan ayat romantis sangatlah berbeza hakikatnya. Ayat jiwang isinya dilontarkan terus, tanpa berkias, adapun dengan cara yang sangatlah meleleh-leleh seperti air sirap yang tumpah atas meja lalu meleleh jatuh ke lantai (sangat tipikal dalam lirik-lirik lagu era 80-90an). Isi tentang cinta yang hendak disampaikan sangatlah mengikut belaian perasaan jiwa yang berada di awang-awangan, bagai dihembus bayu tepian pantai hawaii. Bagi aku, aku geli mehhh (perhatian : barangkali aku juga pernah terjiwang tanpa aku sedar. haha) .

    Mendiskusikan tentang ayat romantis, ayat romantis ini ideologinya jauh berbatu bezanya dari ayat jiwang. Ini kerana ayat romantis itu lebih kepada ayat-ayat cinta yang lebih ringan tetapi padat, dan bila ayat romantis itu ditembak maka tentulah tepat mengenai sasaran, yang akan membuatkan nyaman terasa dari hujung molokeul receptol sehinggalah ke cerebrum dan rakan-rakannya. Ayat romantis isinya tidaklah meleleh-leleh, bahkan isinya sangatlah tenang setenang air kolah bilik mandi. Ayat romantis bolehlah diklasifikasikan sebagai 'manis', kerana bila membaca atau mendengar ayat romantis ia akan membuatkan bibir kita tersenyum, tidak-tidakpun hati kita yang tersenyum, seperti sedang makan aiskrim cornetto love. 

Jadi, jika ditanya pada aku yang mana aku lebih suka, tentu saja aku akan jawab "aku lebih sukakan ayat romantis".

Sekian, sari berita utama,


Yang benar,
a.afandi


10 ulasan:

Iera Hanna berkata...

such a nice entry to be read for awhile.
instantly, my eyes laid on your post and cant stop until the fullstop :)

Nadeeya Khair berkata...

pada pendapat saya, ramai juga yang lebih sukakan ayat-ayat romantis berbanding ayat-ayat jiwang. namun, saya masih belum pasti sebab-sebab kejadian tersebut. jadinya, memang tepat. romantis dan jiwang jauh berbeza jika dilihat dari setiap sudut. cumanya, tak semua berjaya menjadikan setiap ayat itu menjadi romantis. ada juga yang mungkin akan tersasar semasa pengolahan ayat-ayat romantis ini lalu konsep romantis ini bertukar menjadi jiwang.

so, pendapat saya tentang jiwang dan romantis ini sama sepertinya pendapat awak.

jadi, saya setuju kata-kata awak tu! syabas! :)

a.afandi berkata...

iera hanna : ehey. thanx yaww. :DDDDDD

nadeeya : oho. rata-rata kata memang begitu. pndapat kamu yg ini enak skali - "ak semua berjaya menjadikan setiap ayat itu menjadi romantis. ada juga yang mungkin akan tersasar semasa pengolahan ayat-ayat romantis ini lalu konsep romantis ini bertukar menjadi jiwang"
:)

zaidharis berkata...

berbekal sejambak bunga, sambil makan new york chees di secret recipe, keluarkan sebentuk cincin dan berkata "sudi tak awak jadi kekasih saya?"

Oh! itu jiwangdia tak beli bunga, mahupun sediakan cincin untuk harapan lamaran diterima. tapi masih ada sepotong blueberry chees masih gugup tapi dengan tertib berkata "kalau awak sudi terima saya sebagai teman istimewa bermakna awak sudi untuk terima secubit kek yang akan saya suap kat awak" dan si gadis senyum malu sambil disuap secubitblueberry chees"Oh, sangat romantis

a.afandi berkata...

zaid hariss!! perumpamaan yang sangat bagus! ayat terakhir itu mmg benar-benar romantis. sangat berkesan. khalayak bisa tersenyum sendiri.

Nur Mariaminul Amalina berkata...

aku jga skekan ayt romantis lorh..

hihi
=)

n lee berkata...

kalau ditanyakan saya,saya juga suka ayt romantis lebih sesuai dgn jiwa saya:)

n lee berkata...

btol ke takpandai msk nasi?hihi

izzy. berkata...

kalau mengikut saya ayat-ayat romantis itu yang boleh buat saya tersenyum hingga ke telinga. ayat-ayat jiwang itu pula yang boleh buat saya terguling-guling kegelian. terbatuk-batuk, mungkin :p

SOFIA berkata...

okie aku baru baca entri ini. kenapa tidak bilang kalau kau ada entri ini?

haha :D aku suka ayat romantis dan kadang ayat jiwang melucukan.

kedua dua tidak masalah buat aku asal ia tulus dan bukan lahir dari mulut manis saja :)

rákan-rákan