28 Mei 2009

Romantiká #003

bukankah setiap perjalanan itu ada halangan?
ayuh kita teguh tempuh dengan sabar
lepas halangan ada kemenangan

26 Mei 2009

Truutt..Trutt..Telefon Berbunyi.

carinya. dapatnya. ambilnya. pegangnya. simpannya. 
gunanya. rasanya. sukanya. gembiranya. jaganya.
akhirnya. bosannya. tinggalkannya. sampahkannya.






24 Mei 2009

33 Hari Lagi Sebelum Pergi

Ye, lagi 33 hari lagi, sebelum berguling ke melaka untuk sambung belajau. mentaliti masih berkerja keras untuk dinaik taraf. fisiologi barangkali sudah cukup segar, mungkin. 

kerja harus yang masih belum beres :

1.bukak akaun kat bank islam.
2.cop pengetua sekolah kat atas sijil2 fotostat.
3.pemeriksaan kesihatan

23 Mei 2009

Email Daripada Saudara

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
  sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
  benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
  mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
  alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
  itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
  motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
  tgh2 bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
  Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
  pasti ada baik buruknya.

 "Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
  Dia datangkan petir dan kilat..
  kita menangis dan tertanya-tanya,
  kemana hilangnya sinar..
  Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
 
 Bersyukur dengan apa yang ada.

1 Rumpun, 1 Bahasa, 1 Nama


20 Mei 2009

kenapalah..

sedih aku karang kata-kata ini
sampai tiada kata lagi..

18 Mei 2009

Bila Bintang Berbicara

berbual bintang sama bulan
kisah siapa yang paling indah?
kerana bulan yang paling banyak
menyimpan cerita orang bercinta

bulan diam sepi sahaja
dan biarkan aku yang jawab
maka terus aku kata
"oh. tentulah kisah aku dan dia"

17 Mei 2009

Biar aku Bisikkan

aku sedar
mungkin tidak
aku perasan
mungkin tidak
aku tahu
mungkin tidak
aku nampak
mungkin tidak

maaf 
aku tidak
cuba melayan


aku jadi 
diam
aku jadi
sunyi
aku senyap
kerana aku
tidak mahu
perasan

jadi aku
diam lagi
malu bertanya
dan sesatlah
jalan..

maafkan  (- _ -)

14 Mei 2009

Maka Lelaki Itu Bermimpi

Mimpi?
di ruang angkasa minda ia berputar
tidak faham dan tidak acuh

lelaki yang bermimpi
"hey,malam tadi aku mimpi"
ingin saja mimpi direalisasi
tidak terima fantasi
walau realiti yang menanti

Mimpi?
aku pernah bermimpi
cerita pada dia dan dia
dan dia cerita pada aku 
cerita dia dan dia

sedap bermimpi
aku bermimpi aku akan bermimpi
mimpi yang seperti...
*aku masih sedang memikirkannya..

13 Mei 2009

Rómántiká #002

we pretend like nothing happen..
but deep inside..
our hearts beat with da same rhyme.

11 Mei 2009

Kewáyangán

paradoks yang terpampang sulit
tidak terlihat sedikit
yang memandang tidak perasan
ada yang telah tumbang
lari sebelum berperang

runcing makin kecundang
kerispun makin karat
tengkolokpun makin berhabuk
sampingpun kian pudar
imanpun makin bergoncang

bunga ada yang layu
kumbang ada yang tenat

perlu,bangkit sebelum terlambat
perlu, sedar sebelum terlewat
kerana segalanya sulit tidak terlihat..

10 Mei 2009

Rómántiká #001


bila si cantik itu bertudung,
"wah! dia bertambah cantik!"

09 Mei 2009

Engagement Ring

Serius, pertama kali mengambil upah ambil gambar majlis pertunangan orang, gementar resah segala menjengah. Duit dapat, kerja siap, lelah pun lesap. 

Dan Bila Bermain Gitar Di Hari Guru...

Waktu itu
sudah berlalu
sengaja mengenangkannya
semula
sebelum melangkah
ke aras
 seterusnya

07 Mei 2009

And The Time Goes By...

when the rose spread their wings
nostalgic story as a contemporary epic arrives
definition between reality and fantasy
kept locked in the room of heart
the special word will never be heard again

when the bleeding is an objective of sickness
then the ego is an objective of hurt
critical accident between love and hate!

Cubaan Nodaan Dan Godaan!!

    Tadi aku pergi makan malam kat sebuah food court, dengan kawan-kawan. Masa nak bayar makanan, aku bergeraklah ke kaunter. Sampai kat kaunter, tiba-tiba datang seorang akak ke sebelah aku. Dia pun nak bayar makanan kat kaunter tu kot rasanya.
   Tiba-tiba dia cakap "hye awak (sambil tersenyum2)". Ah aku buat tak layan je lah, jeling-jeling dah lah. Tak berminat aku. Tapi dia bersuara lagi, "eh, perfume ape eh awak pakai?". Hah, aku pening. aku tak tahu nak jawab apa. Aku ingat nak cakap je aku pakai minyak wangi Hugo Boss ke ape ke yang mahal-mahal, tapi macam tak biasa nak menipu pulak an. Jadi aku buat tak layan je lah. 
    Apa terjadi lepas itu? Oh no! dia makin lama makin rapat kat badan aku, makin rapat, punggung dia bergesel dengan tangan kiri aku! Perrghh!(ape hal lak akak ni) . Kurang siuman punya akak, kurang ajar punya akak, kurang tatasusila punya akak, kurang didikan agama punya akak, kurang belaian manja seorang lelaki punya akak. Aku terkena kejutan eletrik sintetik, sampaikan makcik kat kauter tu tanye aku makan n minum ape tadi pun aku lupe, tak tahu nak jawab ape, tergagap jadinya. Otak aku jadi sesak nafas.
    Lepas bayar aku terus blah, malas nak berbla bla bla dengan dia. Nak sound pun cam tak tahu nak cakap apa. Jadi aku pun pulang.  *dalam keadaan geli-geliman.
noktah.

06 Mei 2009

Kromozom xx xx xy xy #001

sesungguhnya waktu sekolah itulah waktu kita dan para sahabat pertaliannya sangat rapat.

Simple Letter From Melayu Dari Hokkaido

Ohayo gozaimasu sayang. Ogenki desuka?
Ohishashiburi desu. anata ni aitai, anata to hanashi..rindu.
Watrashi to hanashitakka? Anata no koto wo kangaeteiru. 
Hmm.. k lah, mata ai masho lah k? btw, anatawo eien ni aishi masu! Aishitemasu!

Yang shippitsu,
Secret Of Rahsia

05 Mei 2009

"Hikayat Kejiwangan & Keromantisan"

    Jiwang dan Romantis itu dua perkara berbeza, bezanya bagai barat dengan timur, bagai siang dengan malam, dan mungkin juga bagaikan cekodok dengan dorayaki. Mengikut tafsiran ahli kongres sel-sel neuron minda aku, berpendapat bahawa jiwang itu bermaksud sesuatu perkataan yang boleh menyebabkan kegelian organ dalaman, yang menyebabkan tubuh badan menggigil kegelian sambil membuat lakonan seperti orang yang sedang muntah.
Mengikut tafsiran ahli kongres sel-sel neuron minda aku tentang Romantis pula, mereka berpendapat bahawa romantis itu diklasifikasikan dalam perkara yang boleh membawa kepada ketenangan perasaan dan nyaman sentosa bahagia tubuh badan dan fikiran. 

    Persamaan ayat-ayat jiwang dan ayat-ayat romantis kedua-duanya termasuk dalam ayat-ayat cinta, dan mungkin termasuk dalam ayat-ayat penjual buah-buahan di pasar malam - contoh : "hai kak! akak nampak comel cantik berseri-seri indah laksana puteri gunung ledang campur dengan wajah ekin mawi. sungguh lawa akak hari ni. ha, mai lah beli buah rambutan ni. sekilo 5 hengget je kak".

    Walau bagaimanapun, maksud ayat jiwang dan ayat romantis sangatlah berbeza hakikatnya. Ayat jiwang isinya dilontarkan terus, tanpa berkias, adapun dengan cara yang sangatlah meleleh-leleh seperti air sirap yang tumpah atas meja lalu meleleh jatuh ke lantai (sangat tipikal dalam lirik-lirik lagu era 80-90an). Isi tentang cinta yang hendak disampaikan sangatlah mengikut belaian perasaan jiwa yang berada di awang-awangan, bagai dihembus bayu tepian pantai hawaii. Bagi aku, aku geli mehhh (perhatian : barangkali aku juga pernah terjiwang tanpa aku sedar. haha) .

    Mendiskusikan tentang ayat romantis, ayat romantis ini ideologinya jauh berbatu bezanya dari ayat jiwang. Ini kerana ayat romantis itu lebih kepada ayat-ayat cinta yang lebih ringan tetapi padat, dan bila ayat romantis itu ditembak maka tentulah tepat mengenai sasaran, yang akan membuatkan nyaman terasa dari hujung molokeul receptol sehinggalah ke cerebrum dan rakan-rakannya. Ayat romantis isinya tidaklah meleleh-leleh, bahkan isinya sangatlah tenang setenang air kolah bilik mandi. Ayat romantis bolehlah diklasifikasikan sebagai 'manis', kerana bila membaca atau mendengar ayat romantis ia akan membuatkan bibir kita tersenyum, tidak-tidakpun hati kita yang tersenyum, seperti sedang makan aiskrim cornetto love. 

Jadi, jika ditanya pada aku yang mana aku lebih suka, tentu saja aku akan jawab "aku lebih sukakan ayat romantis".

Sekian, sari berita utama,


Yang benar,
a.afandi


Balada Raga Tidak Berjiwa

Bertempur diri sendiri
  berperang
    sergah sebatalion nafsu merempuh barisan iman
kukuh! jangan roboh baris-baris mulia!
sampai mentari memanah cahaya
hingga purnama terbang bersama bintang
lagi dan lagi batalion hitam rempuh
hingga diri tersungkur..

Punah ranah kota jiwa
   kalah
digoda ayat indah sang bayangan hitam
yang kelam gelap membasah iman
kalah! kalah!!
   aku sering kalahh!

Ya Ilahi
terimalah sujudku kembali..

04 Mei 2009

Epifora Rasa Buat Dang Setia



terang senang datang melayang
gelap datang bayang melayang
hitam bayang kelam menyerang
suram hati usang menyerang

lama suram hari ke hari
mendung hujan berganti hari
harap tenang timbul kembali
cerah hati mohon kembali

maka datang aku dipayung
suram hati segera dipayung
sejuk alam kita bertembung
segera hati kita bertembung

sambut kasih buat Dang Setia
pahatan kisah tanda setia

03 Mei 2009

1 Tikaman 2 Terbunuh

Saat malam nan sejuk bercumbu dengan bibir perasaan nan rindu terhadap kamu, saat malam nan bulannya separa mengambang disamping tarian beribu bintang, saat itu aku membeku - terpaku kaku - sebak mengalir dalam darah, mendegar bisik halus kenangan kamu..

Sumpah! aku terasa hibanya, sumpah! aku terasa sedihnya, memang mata hanya tahu memandang, memang bahu yang tahu beratnya, kerana itu aku tewas, kerana itu aku lemas.

Sedih kamu aku terasa, hiba kamu aku terasa, lambang akrab jiwa dan raga.
Untuk kamu yang berhati tabah, disini aku ikut melangkah..

02 Mei 2009

Dialog Drama Babak Lara


Lelaki : hey kau, yang sudah mula diam seribu bahasa kebelakangan ni? yang makin susut bicara dengan aku, yang makin pudar gelak tawa yang selalu, sudah lupe ke kau kat aku? makin hari makin jauh, makin mencari makin menjauh. kenapa? alam tak seindah dulu?

Perempuan : bukannya ape. alam masih indah. aku just sibuklah, aku banyak kerje, hp aku takde credit. manakan bulan lupakan bintang. btw, nanti aku dah top up nanti aku message k?

Lelaki : yelah. (kenapa dengan dia ni. dia tak perasan ke apa yang aku rasa? ah. kecewa lagi. sudahlah aku call dia susah nak angkat sejak kebelakangan ni. mana taknye aku tak rasa something. dia ada sorok sesuatu ke?)

Perempuan : dah lah, dah lah. kau janganlah risau, fikiran jangan melayang jauh. bukannye ade apa-apa.dah lah,  jomlah sambung masak.

Lelaki :   hurmm .  .  .  .  .  .  .  .  .  .   ( dia ni memang takde apa-apa ke atau sekadar nak menutup kecewa aku? dah lah. biarkan je lah. mungkin dia tak tahu apa yang aku rasa )

rákan-rákan