23 April 2009

Sajak Antik Ditemui Kembali



berpijak, berpijak engkau di bumi ini
luas terbentang pelbagai peluang
dalam dirimu mengalir seni
penuhi impian masa terluang

berdiri, berdiri engkau teguh berdiri
meniti harimu penuh dugaan
teman di sisi tak pernah sendiri
bersama harungi semua cabaran

berjalan, berjalan engkau terus berjalan
mencari sinar mencari cahaya
walau ke hujung tak berpengkalan
iman di dada tak mudah diperdaya

terbang, terbang engkau tinggi di awan
lebarkan sayap terus ke sana
kisah cintamu bukanlah angan
layari bersama penuh bermakna


nota : aku baru terjumpa semula puisi ini. sudah lama tak membacanya. ini hadiah daripada seorang sahabat alam maya. karangan beliau sendiri. kiranya hadiah puisi pertama buat aku. aku juga ada membalas hadiah puisinya juga. terima kasih ya izzy berskala! (sekarang dia sudah jarang on9)     :)

3 ulasan:

n lee berkata...

ouh saye pernah bace puisi nih satu masa dulu :) saye suke yang rangkap pertama sekali:)

♥ sOFIa ♥ berkata...

puisi cantik.

rasa macam mau gigit gigit dan makan

sangat meaningful oh :)

izzy. berkata...

puisi antik ini, kian pudar serinya. ingin tahu mengapa? kerana pengarangnya sudah hilang skill berpuisi. :/

rákan-rákan