16 April 2009

Rima Romantis Buat Si Gadis Puitis

Wahai pelangi sejuta warna
Berkurun rasa direndam duka

Sampai langit mengandung hujan
Sampai bumi diselimut awan

Rasa cerah  yang patah
Tetap kekal terperosok patah 

Walau teduh datang meningkah
Walau hujan datang membasah

Namun pewarna alam yang maha kaya

Yang patah tidak direbah
Yang luka tidak dinanah

Pelangi muncul memayung duka
Sejuta warna menyinari dada

Pelangi diharap tidak terlupa
Rasa diharap tidak kemana


4 ulasan:

n lee berkata...

siapakah gadis si puitis yang bertuah itu?

♥ sOFIa ♥ berkata...

pelangi.

warnai hari aku.

indah

aku suka :)

Nur Mariaminul Amalina berkata...

fuhh..
nice!!

Joanna R. berkata...

puisi yg mbr penuh makna buat "dia"

rákan-rákan