24 April 2009

Apa Ada Orang Muda - Darahnya Merah Pekat Mengalir

Masa yang berlari tanpa henti, memutarkan cakera perubahan alam.
Rohani tubuh yang segar, fikiran bercabang. 
Cabang-cabang yang menyelirati jasad menggoda langsung mengajak 
berkelakuan jernih dan keruh.
Bergelora lautan jiwa dan hatinya, bercerakin perasaan.
Akibat itu jiwanya adakala berdarah, adakala indah bercahaya.
Yang matanya masih bersinar-sinar, kilau – berkilau-kilauan menghunus pandangan. 
Kelak  semakin tua darahnya, akan semakin mengerti menjadi manusia. 
Semula jadinya begitu. Kiannya hilang semerbak kasturi, semakin mengerti...

definisi orang muda bagi aku -
Tubuh yang dalamnya mengalir sungai darah yang segar, wajahnya semerbak kasturi. Mewangi menyebar harum serata negeri, menongkat panji negara dari rebah menyembah bumi. Yang berdarah muda merupakan pemegang mohor kemajuan, pengikat tali perpaduan, setiausaha ketamadunan bangsa dan peneguh tiang agama. 

nota: oh ya. ini semua ingatan buat diri aku yang sering terleka, terlena, termalas, dan terus  tersungkur ke dalam gelita..................................
aduh. ampunkanlah aku.

4 ulasan:

♥ sOFIa ♥ berkata...

darah muda mmg begitu
masih bergelojak
masih mencari sesuatu tidak pasti

:)

n lee berkata...

kalau org muda darah merah pekat mengalir.dan org tua pula apa warnanya?

n lee berkata...

nti saya bg yang dlm bm punye okay:)

rara (; berkata...

alah bisa tegal biasa. menarik :D

rákan-rákan