04 Mac 2009

Tidak Mahu Kalah

aku yang sering kalah
tumbang di pertengahan jalan
condang akhirnya rebah
tewas dalam pertarungan

kalah tidakku mahu lama
bangkit aku dari lena
sembuh aku dari rebah
dua tanganku rapatkan
dahiku sujud menyembah

tidak mahuku lagi kalah
moga sempat teguh berteduh
sebelum nyawa berpisah dari tubuh..

4 ulasan:

MaNuSiA_RuMiT berkata...

semoga kau takkan kalah lagi kawan..

a.afandi berkata...

ya.bgitulah. trima kasih wahai sahabat. :)

♥ sOFIa ♥ berkata...

jangan pernah lupa untuk bangkit kembali :D

MaNuSiA_RuMiT berkata...

sama2...kan ke kita kawan...

rákan-rákan