03 Mac 2009

Syair Dua Rahsia

sebermulanya kisah baru bermula
tidaklah sampai sepuluh purnama
barunya jadi takdir ilahi
gembira jiwa tidak terperi

mulanya mula kenalan sahaja
jadinya jadi bergaul mesra
harinya hari berganti hari
makanya maka berdamping hati

kianlah rapat sampai berlaga
berlaga rasa beradulah mata
bibir dipahat senyuman raga
bergoncang dada bergelora rasa

segala rasa disembunyi sepi
sampai beredarnya tujuh puluh hari
maka tersulamlah dua hati
bersyukur kini ke hadrat ilahi

-aku dah melanggar peraturan rima syair. hahaha.

Tiada ulasan:

rákan-rákan