08 Mac 2009

Konotasi Duniawi

bila mata bertentang mata
bila ia turun ke hati
jika cinta pada hartanya
cinta tak kekal lalu mati

enggang sama enggang
tidak terbang sama pipit
jika darjat yang kau pandang
ruang fikiran makin sempit

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain
moraliti cantik lagi dihilang
sutera indah bertukar kain

1 ulasan:

aniqa berkata...

mana airnya?penat nih tgu HAHAHA
bgs sgt puisi

rákan-rákan