31 Mac 2009

Ditembak Kata

Sangat hebat, kata-kata sangat memberi kesan kepada manusia. tetapi jika kata-kata itu tidak difahami,maka tiadalah kesannya kepada manusia atau barangkali juga akan memberi kesan tetapi dalam tempoh waktu yang lama. 

29 Mac 2009

10 Bintang Untuk Abah

seperti itu katanya
aku diamkan saja
berkata bila ditanya
jujur melempar kata

apapun aku bersyukur
aku terpelajar darinya
menjadi bijak mengalas langkah
walau terkadang terhantuk,
baru nak terngadah

tetap kini aku aman
walau kadang terluka hati
cuma tiada sefahaman
panas lagi dan sejuk kembali

dia suatu mutiara
anugerah dari yang-Esa

alhamdulillah


23 Mac 2009

Nada Yang Baru

mengapa bergini
mengapa begitu
kala berdiri
diam membisu
langkah berlari
mulut membeku
jangan bergini
maafkan aku

mari berubah
kita beramah
tersalah langkah
jangan mengalah
aku bersalah

padam kepahitan
kisah lalu
tulis senyuman
lembaran baru
terus berkawan
harapan aku


22 Mac 2009

Marvellous archaeological

On tuesday the 29th May 2008 there was an article about a coin in the biggest norwegian national 
newspaper, aftenposten, titled ' Fant fra 805' which translates to 'found euro from yr 805'. 

The coin was found in Hurum, about 50 km west of Oslo (less than 10 km from my place) at a new 
construction site. But what was special about this coin other than been from yr 805? 

From the inscription on the coin, the newspaper was fast to call the coin Arabic coin. 
When presented to an archaeology researcher at the university of Oslo , who happened to be a Muslim, 
he saw that the coin was more than just an Arabic coin. 
The inscriptions say 'Bismillah, Laa ilaha illa'llah, wahdahu Laa sharikalak(in Arabic)' . 
Subhanallah! 

Analysis of the coin, showed that it was a silver coin that is dated back to 805 during the reign of 
Khalifa Haroun Rashid, the most known of the Abbasids khalifas. At that time, Norway and Europe was still 
under the grip of the pagan vikings. Trade was already done at that time using Islamic currency all over Europe . 
That's why they called it 'euro from 805'. Europe started monetary union few years ago, something Muslims did 1200 yrs ago. How about that! 

This shows how Muslims were in control of the economy, not only in the Middle East, but Europe and definitely the world. 

19 Mac 2009

Kisah Peribahasa Dan Idiom Untuk Tantapan Umum

Kita terkadang terlihat ada beberapa persamaan antara peribahasa melayu dan peribahasa inggeris. Sebelum itu mari kita lihat apa erti peribahasa dalam sastera melayu. Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama. Peribahasa bolehlah dikatakan sebagai suatu perumpamaan. Jika diteliti apa itu peribahasa, peribahasa itu berasal dari tiga sumber. Sumber pertama iaitu rakyat jelata(melalui pengalaman hidup), kedua melalui orang-orang arif bijaksana(yang terbentuk daripada renungan dan pemikiran yang jitu dan kritis), dan sumber yang ketiga pula ialah kitab suci(nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan,).
Dalam bahasa inggeris pula ia dipanggil "idiom" yang membawa maksud "a natural manner of speaking to a native speaker of a language".

Ada persamaan antara peribahasa melayu dan peribahasa-peribahasa bangsa lain yang dapat kita ketemukan. Satu contoh adalah Pukul anjing tengok-tengok tuannya. Peribahasa ini juga terdapat dalam peribahasa cina yang terjemahannya berbunyi bergini : in beating a dog, first find who the owner is.
Dalam peribahasa inggeris(idiom) ada peribahasanya yang ada persamaan dengan peribahasa melayu. Antaranya ialah : cut your cout according to your cloth.

Demikianlah sedikit sebanyak tentang peribahasa. Kini peribahasa sudah jarang digunakan. Hal ini serupa dengan peribahasa inggeris dan peribahasa-peribahasa bangsa lain. Seperti yang tercatat dalam sejarah, penggunaan peribahasa dalam masyarakat melayu (terutamanya di majlis2 perkahwinan-yang menjadi medan kiasan,usik-mengusik dan pantun -juga antara perbualan orang tua dan orang muda) gemilang digunakan semasa zaman sebelum merdeka (selepas merdekapun masih banyak juga digunakan,tetapi semakin hari semakin luput). Demikianlah juga dengan peribahasa inggeris yang dahulu berada dipuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Ratu Elizabeth (1558-1603), yang mana ratunya sendiri berkata-kata dan menulis dengan menggunakan peribahasa (bahkan menciptanya juga!). Dan kini seperti juga peribahasa melayu, hampir-hampir sahaja dilupakan orang.

sumber rujukan : koleksi2 buku dalam almari kayu aku dan laman-laman sesawang yang bermula dari Google.

Sepatah Dua Kata 3

"Banyak orang mengarang dan mengubah bunga kehidupan yang mewah-mewah, melukis istana raja-raja, puteri yang kaya dan cantik, orang muda-muda yang disayangi ayah dan perkahwinan yang berbahagia. Maka tersenyumlah orang membaca cerita yang demikian, gembiralah hatinya. Pada hal di dalam lembah yang dalam sekali, di dalam jurang yang tidak ditempuh mereka itu, iaitu dalam lembah dan jurang kehidupan, adalah sekumpulan makhluk yang merintih. Tidak berapa orang yang mendengar rintihan itu - tidak tahu ......"
- PROF. DR. HAMKA

18 Mac 2009

Syair Laksamana

Di situ maka tercatatlah kisah
Dua belas purnama kisahnya telah
Segala durja datanglah sudah
Mendung berubah menjadi cerah

Alkisah laksamana bersanding gundah
Arakian tawa mula merekah
Mendengar khabar duka menjengah
Hatinya maka retaklah musnah

Ditakdirkan selang berpurnamalah sudah
Akhirnya retak tidaklah pecah
Khabarnya duka maka berolah
Tersenyum laksamana berseri indah

Bunga kembang bewarna cerah
Serata negeri harum menjengah
Duka laksamana beralih telah
Jiwa diseri haruman indah

Bukan kepalang syukur tak sudah
Laksamana gembira angan bernikah
Arakian hidup berseri sudah
Permailah laksamana berkasih mewah

10 Mac 2009

Mukadimah - Assalamualaikum Warahmatullah

bulan bintang pengantin malam
ingin berkawan kirimkan salam

bicara beralas mutiara kelam
bukan adab diajar kalam
itu adab budaya kejam

adab sebenar dipayung islam
dialas budaya melayu silam

To Somebody

To a man who trigger the alarm
Let me ask you something
About the rain and river
The climate that you had changed
About the sky and land
The peaceful that u had burnt
Such a tragic tragedy
And u can never answer it
Because u dont have a brain

08 Mac 2009

Menunggu

haru biru
aduh,bising
ketawa girang
manusia rungsing
mendatar udara
nyaman berpusing

meredah masa
separuh lena
-syhh..diam
  usah masa dibuang
  kelak jiwakan tumbang

aduh
masa berlalu
bukan salahmu
bukan salahku,
dada berilmu
juga lambat
selalu?

-(riuh semasa menanti penceramah datang. 27 ogos ) imbasan kembali. aku baru terjumpa sajak ini semula, sajak yang aku tulis masa sekolah dahulu.

Konotasi Duniawi

bila mata bertentang mata
bila ia turun ke hati
jika cinta pada hartanya
cinta tak kekal lalu mati

enggang sama enggang
tidak terbang sama pipit
jika darjat yang kau pandang
ruang fikiran makin sempit

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain
moraliti cantik lagi dihilang
sutera indah bertukar kain

Tragedi Hati (melintasi peribahasa)

   Enggang sama enggang
  Pipit sama pipit
 Tetap tidak renggang
Walau diri tersepit

-Aku bagai mencurah garam ke laut
Pasrah walau pernah terpaut
 
Enggang sama enggang
 Bagai cincin dengan permata
  Pipit sama pipit
   Bagai pinang dibelah dua

  -Harusnya aku ukur baju di badan sendiri
  Agar tidak jadi bergini
 Subur terkubur
Nasi sudah menjadi bubur

04 Mac 2009

Tidak Mahu Kalah

aku yang sering kalah
tumbang di pertengahan jalan
condang akhirnya rebah
tewas dalam pertarungan

kalah tidakku mahu lama
bangkit aku dari lena
sembuh aku dari rebah
dua tanganku rapatkan
dahiku sujud menyembah

tidak mahuku lagi kalah
moga sempat teguh berteduh
sebelum nyawa berpisah dari tubuh..

Glosari Gaya Bahasa 4

Ingin dikongsikan lagi tentang gaya bahasa. Supaya kita dapat mahir bersama-sama. :)

Epigram
nama corak puisi, iaitu puisi yang berbentuk nasihat atau pengajaran mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia.

Epifora
Gaya pengulangan perkataan, iaitu pengulangan perkataan diakhir baris-baris puisi. 

03 Mac 2009

Syair Dua Rahsia

sebermulanya kisah baru bermula
tidaklah sampai sepuluh purnama
barunya jadi takdir ilahi
gembira jiwa tidak terperi

mulanya mula kenalan sahaja
jadinya jadi bergaul mesra
harinya hari berganti hari
makanya maka berdamping hati

kianlah rapat sampai berlaga
berlaga rasa beradulah mata
bibir dipahat senyuman raga
bergoncang dada bergelora rasa

segala rasa disembunyi sepi
sampai beredarnya tujuh puluh hari
maka tersulamlah dua hati
bersyukur kini ke hadrat ilahi

-aku dah melanggar peraturan rima syair. hahaha.

rákan-rákan