21 Februari 2009

Mana Kau Pergi Kiah..

   Kehadapan kiah yang emak rindui. Mak sangat merindui kau kiah. Sudah lama mak merindui kau. Sejak kau lari dari rumah 2 tahun lalu, mak sunyi kiah. Mak tertanya-tanya tak penatkah kau lari. Kalau mak dulu masa sekolah menengah lari merentas desa tak sampai 10 minit dah mengah kiah. Kau pula dah 2 tahun lari. Mak heran dengan tenaga yang kau miliki. Mungkin kau mewarisi tenaga ayah kau yang sangat bertenaga itu.
   Kiah, pulanglah nak. Mak dan ayah di rumah ini tak tahan dengan penghinaan yang dilontarkan oleh penduduk kampung di sini. Habis pecah lampu minyak tanah yang mak sangkut kat luar tu. Mana mak nak cari duit lagi nak beli baru. Mereka lontar macam-macam kiah, kau tak kasihankah dengan orang yang melahirkan kau dan membelikan lampin utk kau ini? Pulanglah nak.. Mak dan ayah rindukan kamu. Pulang sahajalah, mak dan ayah tidak akan marah.
  Sepelarian kau dari rumah ini 2 tahun, orang kampung semua bilang kau sudah jadi remaja bermasalah di Kuala Lumpur. Kau jadi kutu rayau. Tetapi mak tak percaya, mak bantah mereka. Mak bilang kau ini manusia normal. Kau bukan seekor kutu. Kau anak mak yang sempurna sifatnya. Mungkin mereka dengki dengan kau kiah. Kau sudah bekerjaya di Kuala Lumpur. Kerana sepupu kamu bilang dia ada sering terlihat kau di kaki lima hotel tepi jalan di  waktu tengah malam. Mak bangga dengan kau nak. Kau kini telah miliki sebuah hotel sendiri.
  Oh anakku kiah. Emak dan ayah merayu supaya kau lekas pulang ke pangkuan kami. Emak dan ayah tidak tahan dengan karenah orang kampung. Mereka menghina, mengeji, mengejek emak. Mereka menuduh dan menyebar propaganda mengatakan emak dan ayah tidak reti jaga anak. Mereka semua itu tidak bersekolah mungkin. Macam manalah mak dan ayah nak jaga anak sedangkan kau dah lama lari meninggalkan kami. Ayah kamu dah tak tahan dengan penghinaan begitu. Dia asah parang panjang milik arwah datuk. Dia asah sampai berkilat-kilat. Kemudian dia pergi tebas lalang yang dah panjang-panjang kat belakang rumah tu. Barulah tenang sedikit jiwa dia.
  Terakhir buat anakku kiah. Mak sekali lagi merayu agar kau pulang. Emak dan ayah merindui kiah. Pulanglah.. Janganlah kau lari lagi dari kami. Kau pulanglah. Berjalan sahaja pulang, tak perlulah kau berlari. Sekian.
Daripada emak dan ayah kamu yang tersayang.

5 ulasan:

MaNuSiA_RuMiT berkata...

lawak2..
hak3

MaNuSiA_RuMiT berkata...

afandi...
cerita cinta perempuan itu bukan sahaja sudah tamat, malah seluruhnya kerana nyawanya sudah habis..

cerita kamu ini memang kelakar. Sungguh!

aniqa berkata...

hahahahahahahahahahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

haha kamu memng mempunyai otak setajam kancil yg x habis2 diasah mncari helah ...

miraeydora berkata...

sangat2 kelakar la...

rákan-rákan