23 Februari 2009

Sepatah Dua Kata 2

"Kalian semua tidak peduli kalau kita sebagai sebuah bangsa terlungkup dan karam. Hilang jati diri. Sedang bangsa-bangsa lain kekal mempertahankan bahasa masing-masing. Tulisan Jawi kita telah hilang. Tetapi tulisan Cina dan India kekal dalam dakapan anak bangsanya"
" Bahasa Melayu jangan dinafikan kebolehannya untuk menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan kerana sejarah membuktikan tamadun Greek dan Roman dilanda strok mengejutkan setelah kemalapan bahasanya"
Petikan daripada penulisan Faisal Tehrani.
Untuk membaca dengan lebih lanjut sila ke alamat ini -  http://tehranifaisal.blogspot.com/

22 Februari 2009

Semakin Hilangnya Harum?

Sekarang ini di malaysia orang kafir juga sudah berani mempertikaikan fatwa juga membidas para ulama. Terkini tentang pengharaman pengkid dan yoga. Harus diingat tentang fatwa kiranya ia ditujukan untuk umat islam sahaja. Tidak diaju kepada mereka yang bukan islam. Mengapa ini terjadi? jawapannya mudah. Ini kerana sesetengah orang islam itu sendiri berani membidas kenyataan ulama juga menolak fatwa yang dibina untuk memantapkan lagi syakhsiah juga akidah umat islam. Yang peliknya yang membidas itu sudah tinggikah ilmunya tentang agama islam berbanding para ulama dan mufti? berapa kali seharikah mereka membaca Al-Quran? ada mereka mentafsir segenap yang ada dalam Al-Quran itu? berapa banyak hadis yang mereka hafal? satu? dua? 
Jika yang membidas itu dalam kalangan ulama, cendiakawan dan sarjana islam itu tidaklah mengapa. Mereka semua cerdik lagi bijaksana. 
Wallahualam.

21 Februari 2009

Mana Kau Pergi Kiah..

   Kehadapan kiah yang emak rindui. Mak sangat merindui kau kiah. Sudah lama mak merindui kau. Sejak kau lari dari rumah 2 tahun lalu, mak sunyi kiah. Mak tertanya-tanya tak penatkah kau lari. Kalau mak dulu masa sekolah menengah lari merentas desa tak sampai 10 minit dah mengah kiah. Kau pula dah 2 tahun lari. Mak heran dengan tenaga yang kau miliki. Mungkin kau mewarisi tenaga ayah kau yang sangat bertenaga itu.
   Kiah, pulanglah nak. Mak dan ayah di rumah ini tak tahan dengan penghinaan yang dilontarkan oleh penduduk kampung di sini. Habis pecah lampu minyak tanah yang mak sangkut kat luar tu. Mana mak nak cari duit lagi nak beli baru. Mereka lontar macam-macam kiah, kau tak kasihankah dengan orang yang melahirkan kau dan membelikan lampin utk kau ini? Pulanglah nak.. Mak dan ayah rindukan kamu. Pulang sahajalah, mak dan ayah tidak akan marah.
  Sepelarian kau dari rumah ini 2 tahun, orang kampung semua bilang kau sudah jadi remaja bermasalah di Kuala Lumpur. Kau jadi kutu rayau. Tetapi mak tak percaya, mak bantah mereka. Mak bilang kau ini manusia normal. Kau bukan seekor kutu. Kau anak mak yang sempurna sifatnya. Mungkin mereka dengki dengan kau kiah. Kau sudah bekerjaya di Kuala Lumpur. Kerana sepupu kamu bilang dia ada sering terlihat kau di kaki lima hotel tepi jalan di  waktu tengah malam. Mak bangga dengan kau nak. Kau kini telah miliki sebuah hotel sendiri.
  Oh anakku kiah. Emak dan ayah merayu supaya kau lekas pulang ke pangkuan kami. Emak dan ayah tidak tahan dengan karenah orang kampung. Mereka menghina, mengeji, mengejek emak. Mereka menuduh dan menyebar propaganda mengatakan emak dan ayah tidak reti jaga anak. Mereka semua itu tidak bersekolah mungkin. Macam manalah mak dan ayah nak jaga anak sedangkan kau dah lama lari meninggalkan kami. Ayah kamu dah tak tahan dengan penghinaan begitu. Dia asah parang panjang milik arwah datuk. Dia asah sampai berkilat-kilat. Kemudian dia pergi tebas lalang yang dah panjang-panjang kat belakang rumah tu. Barulah tenang sedikit jiwa dia.
  Terakhir buat anakku kiah. Mak sekali lagi merayu agar kau pulang. Emak dan ayah merindui kiah. Pulanglah.. Janganlah kau lari lagi dari kami. Kau pulanglah. Berjalan sahaja pulang, tak perlulah kau berlari. Sekian.
Daripada emak dan ayah kamu yang tersayang.

12 Februari 2009

Memoir Berdarah

Sembunyikan!!
Sembunyikan!!
Sembunyikan dirimu wahai wanita
Sembunyikan dirimu wahai kanak-kanak
Sembunyikan dirimu wahai orang tua!!

Aku tidak sanggup melihat perut kamu terburai
Aku tidak sanggup melihat tangan kamu terkulai
Aku tidak sanggup melihat kepala kamu berderai!!

Mujahiddin
Teruskan!!
Teruskan!!
Teruskan usahamu pertahankan Al-Aqsa!!
Teruskan jihadmu orang muda!!
Walau orang berkuasa semua memejamkan mata
Seolah-olah tiada apa-apa

Bertindaklah!!
Bertindaklah!!
Bertindaklah wahai OIC!
Bertindaklah wahai PBB!
Kamu asyik lena dibuai mimpi
Mesyuarat sana, mesyuarat sini
Berbincang sana, berbincang sini
Ibarat meludah ke langit
jatuh menimpa muka sendiri!!!

09 Februari 2009

Kepada Kawan Sekolah

memori kita bersama
tidak pernah terhapus
yang terhapus hanyalah
drama cerita kita
yang tak mungkin berulang kembali..

Maafkan


13 kali maaf,27 kali ampun,jadi 40 kali maaf dan ampun daripada saya.
kepada mereka cedera kerana saya.
kepada mereka yang pernah berduka kerana saya.
kepada yang menolak saya jatuh.
kepada yang mengangkat saya bangun.
kepada mereka yang bencikan saya.
kepada mereka yang sukakan saya.
kepada yang jatuh,yang parah,yang luka berdarah kerana saya.
40 kali maaf dan ampun.
saya mengaku kesalahan juga kesilapan.
kehinaan dan kekhilafan.
kepada kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu dan kamu.
maaf dan ampun 40 kali.
kerana saya banyak kurangnya..

06 Februari 2009

Puisi Buat Pelangi

Orang bilang pelangi itu indah
beraneka warna kamu
itu merah sama biru juga hijau
patutlah mereka bilang kamu indah
muncul kamu juga ketika udara sejuk
nyaman sentosa buat semua
patutlah mereka bilang kamu indah

Namun pelangi tidaklah indah
aku lihat pelangi berwarna-warni
aku hidu udara nyaman
maka pada diri aku
ada yang lebih indah dari kamu

Afsun

Di situ aku lihat ada satu mimpi
yang mana realitinya belum pasti
di situ aku lihat ada satu kata
yang tidak siapa bisa mendengarnya
di situ aku lihat ada satu senyuman
yang tidak siapa bisa melihatnya
di situ aku lihat ada satu kesabaran
yang tidak siapa dapat merasainya

Satu detik aku melihat
dua detik aku mendengar
tiga detik aku merasai
empat detik aku faham dan mengerti
"kalaulah dari awal aku sedari"
ferrari jangan dikejar,myvi ada menemani

03 Februari 2009

Globalisasi Jiwa?


Menangkap sejuta kisah

pada pohon melaka yang sudah rebah

bersama moral yang runtuh kalah,

sergah masalah menyergah

menyengat setiap roh

bangsa yang dahulu gagah!

Mana pergi adab sopan melangkah
lunturkah sudah wangi santun
bangsa yang masyur dengan budinya gah!

Adab mengalas langkah

melapik tutur berilmu

budi tidak merekah

mulia tiada cemburu.
Melayu,melayu,melayu
layu?
cuba tanya pada diri
-mengapa perlu orang atas melancarkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita? mengapa perlu orang atas melancarkan kempen Bahasa Jiwa Bangsa?

01 Februari 2009

Glosari Gaya Bahasa 3

Sudah lama aku tak menulis glosari ini. Mungkin kerana sedikit terlupa. Jadi di sini aku akan catatkan lebih daripada tiga jenis gaya bahasa untuk dikongsi bersama.

Ambiguiti
Kepelbagaian kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Puisi yang ambiguous/ambiguiti memang sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas.

Anafora
Satu jenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan pada awal baris-baris puisi.
Contohnnya :
Kau seperti hantu
Kau menganggu aku
Kau bunuh duniaku

Distikhon
Sejenis bentuk puisi yang didasarkan pada jumlah baris dalam bait atau rangkapnya, iaitu semua bait terdiri daripada dua baris. Gurindam selalunya bergaya bahasakan begini.

Elegi
Nama corak puisi, iaitu puisi yang bercorak nyanyian atau ratapan sedih. Isinya tentang kenangan terhadap peristiwa kematian atau perpisahan.

Kemalangan Ngeri 2 (ini cerpen maha pendek)

Satu hati itu sebenarnya pernah jatuh juga dahulu. Hati yang menyambut itu juga pernah jatuh. Namun hati yang jatuh itu akhirnya dilepaskan jatuh ke bumi selepas beberapa ketika disambut dan dijaga. Alangkah muram durja hati itu bukan?

Namun kini, selang berbelas purnama. Hati yang jatuh itu bernyawa kembali. Ditiup kembali jiwanya. Diwarnakan ia kembali. Harum kini berseri-seri. Kerana ada hati yang sudi menemani..

-

cukuplah..
tidak letihkah kau?
tidak serikkah kau?
sudahlah..jangan diseksa lagi hati itu
jangan dibiarkan luka itu semakin parah
luahkan!
luahkan semua yang tersimpan di dada
mengapa engkau begini?
tidak ada rasa simpati?
kasihan pada diri?
apa ertinya sebuah senyuman
jika itu hanya kepuraan?
hati sendiri dibiarkan merintih
mengapa pula dijaga hati yang lain?
mengapa juga rela menadahkan telinga mendengar
kekecewaan,tangisan lain
sedangkan kekecewaan sendiri tidak berani dilontarkan?
mengapa sanggup menelan kepahitan?
sudah tidak wujudkah kemanisan?
hatimu diremuk, diluka
tapi mengapa bibirmu masih tersenyum?
tidak adil bukan?
jadi mana perginya keadilan?
sedarlah, bangunlah
jangan terus begini
tapi bagaimana?
aku memang begini
sentiasa berperang dengan perasaan sendiri
ingin diluah tidak terluah
ingin bersuara tidak terdaya
jalan yang mudah
hanya berdiam diri
menelan saja
tapi tidak mengapa
aku sudah terbiasa,bukan?
ya,sudah biasa

rákan-rákan