26 Januari 2009

Satu Soalan Emas

Kenapa bila seseorang itu berkata atau menulis tentang cinta dalam bahasa melayu lazimnya orang akan berkata benda itu JIWANG???? Namun bila ianya ditulis atau dituturkan dalam bahasa inggeris lazimnya pula orang tidak akan berkata atau mengata benda itu JIWANG?? Tak pelik ke? Ada jawapan juga pandangan daripada anda yang sedang membaca soalan ini mungkin???

24 Januari 2009

Kemalangan Ngeri - Satu Hati Telah Terjatuh

Satu hati telah terjatuh, bahagia pula ia disambut oleh satu tangan yang putih. Satu kemalangan jiwa berlaku. Benar ia satu kemalangan jiwa. Dua jiwa telah berlaga! Hati mereka jatuh bersama. Ngeri! ia benar satu perkara yang ngeri. Ngeri kerana dua jiwa itu berlaga langsung dua hati mereka itu tertukar..
Ini satu kemalangan ngeri tanpa darah yang tertumpah. .

14 Januari 2009

Kiriman Hadiah Dari Jauh


Kelihatan di hadapan aku ada coklat dan cup cake. Lelah bekerja terputus dan gembira timbul ke permukaan hati. Hadiah hari jadi aku daripada para sahabat akrab. Cup cake buatan tangan mereka dan sekotak coklat daripada seorang dari jauh. Menggetarkan perasaan aku, segalanya ini kejutan daripada mereka.
Di sini aku ingin mengambil satu busur panah, dan menarik talinya lalu melepaskan anak panah "terima kasih " kepada mereka2 tersebut. Terimalah kasih ya kawan2. :D *terharu masih.

12 Januari 2009

Syair Si Bunga Mekar

suatu kisah mekar berbunga
suka duka alam dunia
yang mekarnya berwajah indah
bersongket ayu mengancam jiwa

bunga harum semakin harum
walau ribut datang melangkah
berdiri cantik berdiri
meningkah arus gelora dunia

girang sang bunga indah
cemerlang sang bunga muda
kala garang dia bertingkah
kala sayu menghembus wajah

bunga cantik dia menarik
cerdik alam tertarik
gelaknya segala mengusik rasa
rakan semua turut berbunga

demikiannya kini tidak terperi
diterima bunga khabar negeri
terpaksa membawa dirinya pergi
memetik sedikit pengalaman murni

oh bunga yang kian mekar
tidaklah dilupa akan segala
tergaris sudah nostalgia didada
harap berhubung kita selamanya..
-syair ini buat seorang sahabat karib.

06 Januari 2009

11 Cerita Aku Tentang Sekolah


1. Aku suka datang ke sekolah tepat-tepat pada waktunya. Satu langkah kehadapan melintasi garisan lutsinar perkarangan sekolah maka locengpun berbunyi menandakan buku catatan datang lewat akan dibuka dan para pelajar bolehlah berarak masuk ke kelas,lantas aku bertepuklah tangan dalam hati. Teruja sebab pengawas tak dapat tulis nama aku. hahaha.

2. Waktu spot-check aku akan berasa gentar dan lutut aku agak bergoyang-goyang seperti menari dangdut. Aku paling berpeluh-peluh bilamana cikgu ambil beg sekolah aku untuk di dianogsis, walaupun aku tahu dalam tu hanya ada slip datang lewat bulan lepas punya, buku-buku dan duit syiling. *alat tulis aku suka simpan dalam poket, dan selalu hilang akibat kecuaian sendiri.

3. Menghabiskan waktu rehat di pusat sumber. Aktiviti yang paling aku suka semasa terlupa bawa duit belanja ataupun ketika aku sedang mencarum dalam skim SWUCK.(simpanan wang untuk cuti sekolah).

4. Waktu PJK. Waktu bilamana seluar sekolah aku selalu terkoyak. Asal PJK je seluar aku pasti akan mengalami kecederaan serius. Namun aku pandai menyorokkannya daripada diketahui khalayak. *tak tahan bila aku kena gelak dengan kawan-kawan, aku akan cover kemalangan itu dengan membuat muka macam tiada apa-apa yang berlaku.

5. Semasa perhimpunan berlangsung. Aku suka tengok cikgu memberi sepatah seribu kata kat atas pentas sambil aku duduk kat atas tar jalan sambil membuat latihan matematik(mengira berapa jumlah batu yang ada kat atas tar tersebut).

6. Sewaktu hari guru dan hari-hari yang sewaktu dengannya. Sebab waktu itulah aku dapat tengok wajah-wajah yang aku sendiri tak pernah tengok sebelum ini.

7. Waktu loceng berbunyi buat kali ke 5. Menandakan telah masuk waktu pulang bagi pelajar-pelajar pagi. Waktu itulah aku dapat melihat junior2 lelaki tingkatan 1 dan 2 yang berkelakuan ganjil iaitu berlagak seperti seorang gangster yang membuatkan aku rasa nak tergelak dan kadang2 rasa nak melepaskan beberapa das sepakan kepada mereka. Mujur tiada sebarang sepakan yang dilepaskan ketika itu. Dan juga melihat junior2 perempuan yang TSKS(tudung singkat kain senteng) berjalan seolah2 mereka adalah perempuan paling panas di sekolah. Dan kelakuan itu menggelikan aku lantas aku bergegas pulang.*sambil menoleh ketempat lain untuk melihat perempuan yang berwajah suci dan murni. haha.

8. Semasa kokurikulum! Aku paling suka. Sebab aku dapat berpengakap dan berseni dan bersuai kenal dengan mereka2 yang aku belum kenal.

9. Sewaktu sukan tahunan. Acara yang paling aku tunggu2 setiap tahun. Sebab aku sukakan debaran ketika nak tunggu pistol meletup. Pistol tu meletup membuatkan aku bersemangat seolah-olah berada dalam sukan olimpik.

10. Sewaktu lalu di sebelah kelas-kelas lain. Babak ini aku paling sensitif. Aku menghidapi penyakit malu-malu kucing. Dengan siapa aku malupun aku tak tahu. Aku sendiri musykil.

11. Ketika menjalankan aktiviti study group! yeah! waktu itulah study group itu bertukar menjadi aktiviti berkelah dan bertukar kembali menjadi aktiviti study group. hahaha. Seronok dapat lepak dengan kawan2.

01 Januari 2009

Bersilat Dalam Bertarung

Bertemu buku dengan ruas
yang mana hebat yang mana pantas
genggam sang sakti dihayun
lekas sang helang menepis
Bunga membuka kelopak
Harum langkah bersilang mekar
Mata bermain pandang
Jejak selangkah keris dihunus
Badan tercalar darah meletus
Memanah jeling sang pendekar
Melangkah disanggah
Menghayun dikunci
Bertarung hingga ke pagi
Sampai menunggu siapa yang mati
-ceritera dua pendekar bersilat
-aku suka tengok orang bersilat,berbanding taekwando dan lain2.

rákan-rákan