30 Disember 2009

Malam Genta Puisi Pena - Aswara III

TARIKH DAN MASA: 31 DISEMBER 2009; 8:30 MALAM
TEMPAT: RUMAH PENA, 961-7, JALAN DEWAN BAHASA



ini acara puisi bagi aku boleh dikira sebagai acara besar baca puisi buat penutup tahun 2009. banyak nama2 besar yang menyumbang bait2 puisi mereka di sana. jadi kalian yang penggemar puisi, kiranya bolehlah ke sana. percuma saja. memeriahkan majlis. mahu lebih info? mari tekan butang belah kiri tetikus anda disisi -> http://minggupenulisremaja.blogspot.com

28 Disember 2009

Glosari Gaya Bahasa 5

 Selamat bertemu lagi di hadapan skrin pc. kiranya sudah lama tak menulis tentang gaya bahasa ni. dekat 5 - 6 bulan gak lah, kiranya sekarang mau kongsi lagi sama kalian ilmu ini. tergerak hati nak menulis lagi. sebab apa? oho. adapun sekadar mau berkongsi ilmu. apa salahnya kan? asyik berkongsi cerita pengalaman hidup je, sesekali nak gak nulis benda ilmiah sikit.  aha.


ok, mari mula.


Imaginasi
imaginasi merupakan daya bayang yang menimbulkan perasaan dan pemikiran yang luas serta lebih jauh jangkauannya daripada  yang di dalam kenyataan. daya bayang ini penting untuk mencipta puisi.




Imajan
gambaran yang terhasil kesan daripada penggunaan perkataan, ungkapan atau ayat.




Imej
imej ni maksudnya, perkataan atau ungkapan yang menimbulkan gambaran dan memberi kesan tertentu kepada perasaan, imaginasi dan pemikiran.


yang terakhir pula ni mesti kalian biasa dengar. jadi mau aku cerita sikit.




Klise
kata2 atau ungkapan yang sudah biasa dan sudah lama digunakan. jika diulang lagi penggunaannya, dikatakan bahasa tersebut adalah klise dan kesannya tidak bertenaga lagi.




25 Disember 2009

Bicara Suara Hati

mafhum bicara suara hati dalam diam berbisik
terkadang dengar dan dibiar tidak terusik
bicara suara dari mulut perasaan
yang mahu hati ini diletak di tepian jalan
dan menunggu siapa yang akan mencurinya
kerana sudah lama ia dibiar dalam gelita

23 Disember 2009

Bendahara

aku bendahara
melihat, mendengar
meneliti, mengkaji
cerita dan masalah
kisah dan sejarah
manusia dan dunia
ceria dan duka
mereka semua

memeluk segala cerita
diri sendiri dan sekalian manusia
dari gembira ke sedih
dari suka ke benci
dan mencoraknya jadi kata-kata
indah dan bermakna
jadi inferen dan konklusi

aku bendahara
penyusun kata-kata
yang menyusunkannya
buat mengisi falsafah diri
dan santapan para pemerhati
dan sekalian bendahara
yang ada..

Resepi

ada sesiapa tahu apa resipi untuk rasa bebas?
yang bebasnya tidaklah sebebas burung merpati yang terbang itu
tidak juga seperti pokok yang bebas bergerak tapi tidak bebas berjalan

. . . . . . ....... fikir

ada sesiapa tahu apa resipi untuk jadi berani?
berani untuk melepaskan teori minda sendiri untuk tantapan umum
berani untuk tidak berdengki dan beraninya tidaklah seperti peragut
yang berani mempamerkan kedaifannya dengan meragut ibu mengandung anak pertama

aku benci peragut

21 Disember 2009

Romántiká #005

mahu petik itu bintang paling jauh buat jadi brooch dia.

20 Disember 2009

Metafora Hati

Yang terikat sudah terlerai,
Yang terlena sudah tersedar,
Sedar apa yang terpapar.

Segala isyarat tersirat
Mata ini melihat cermat.

Sungguh kita sedar
Sedar segalanya mekar.

19 Disember 2009

Kejutan Eletrik Tepi Pinggang

Selama ini aku yang sering melihat pejuang bahasa/sasterawan negara itu mendeklamasi puisi.
Kelmarin bawah kesedaran aku, tiba-tiba dia muncul, dia pula yang melihat aku yang sedang berpuisi.
Oh, degup jantung makin kencang, terkesima. Walau tak lama mana, aku rasa teruja.
"wah, a.samad said berhenti sebentar lihat aku berpuisi, dia dengar, dia senyum".
aduh, merah lagi pipi aku, terus bertambah baku suara aku. hahaha. terbaik.
(tapi sayang, tak sempat bergambar)

Duniaku Yang Nazak

(sempena 1 muharram)

dunia kini
semakin lemah
jantungnya, semakin resah
dunia kini
banyak musibah
semakin hari, semakin parah

konflik manusia
menazakkannya
haru biru
menyakitkannya
dingin angin
tiada terasa
semakin lama, semakin gila

perang-perang yang memetir
benci-membenci yang makin getir
pencemaran yang mekar terukir
hilanglah nyaman, derita yang hampir

dunia ini
dunia kita
kita jaga
kita siram
kita yang baja


dunia ini
dunia kita
di sini
kita ketua
mari ubah, mari berubah
demi kita, demi dunia
demi masa depan
yang lebih sentosa


semoga dunia akan jadi lebih baik.

18 Disember 2009

Kasih Untuk Kalian

Terima kasih untuk khalayak yang sudi dengar lelaki ini menjerit-jerit semalam di depan.

17 Disember 2009

Notte Sento - stop motion short film

http://www.youtube.com/watch?v=NsAhqEDFhb4

Nasi Lemak Ais Dan Teh O Goreng

Banyak sangat makan dan perutpun penuh hingga otakpun senget dan mahu tidur. arghh.
"nasi lemak ais satu kak". kau gila ape, ngantok sangat dah ni. selamat malam.

9.30 p.m

11 Disember 2009

Syhh...Jangan Cerita Orang

mari
kita sejukkan badan kita
dibelai angin kipas
bayangkannya dingin
dan lelapkan mata
kita bayangkan sekarang
ada orang yang sedang kita cinta
harap-harap dia sedang cintakan kita juga
aduhh..gembiranya.
*merah pipi.


09 Disember 2009

Hikayat Lendu Ke London

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
  Ini-lah chérita orang sekarang-sekarang, bélum pérnah-lah ia di-bawa dalam mafhum kata lama.

Séhari bagai séminggu
Séminggu bagai sébulan
Sébulan bagai sétahun
Sétahun bagai séabad

Al-kisah, maka térsebutlah khabar pemuda-pemudi  sérata négéri sangat-lah arif bijaksana-nya.
Maka térlalu-lah kaseh ayahanda-bunda-nya, di-kirim pérgi pémuda-pémudi ké sa-buah négéri bér-nama Bandar Mélaka, dalam jajahan-nya ada sa-buah daerah bér-nama Léndu.

Médannya indah bukan képalang,
Rantaunya luas bagai dibéntang.

Maka mérantau-lah sekalian méréka, ké négéri mahsyur ilmu itu. Di-turut nasihat ayahanda-bunda agar bérkat sékalian ilmu, hikmat-nya semua ménjadi belaka dengan kurnia Tuhan séru sékalian alam.
Déngan wajah gilang-gemilang bérsama mémakai kain yang indah2 lalu bérangkat-lah sékalian-nya ké négéri térsebut.

Lémah mélapis condong ménopang,
Lunak térsudu kéras tak tértoréh,
Lupa méngingat-kan tér-lélap ménjagakan
Lurah sama di-turuni bukit sama di-daki

Maka, sé-télah bértahun lama-nya mémenuh ilmu di-dada, térus tér-gambar indah pérmai semakin hampir, sa-télah di-dengar oléh sekalian pémuda-pémudi bunyi khabar tamat penghajian ilmu itu. Maka ada mélahir gémbira, ada méngeluh gélisah kerana tiada untung nasib, séraya bérshair pula, démikian bunyi-nya :

'Sudah nasib yang malang,
   Tiada-lah dapat aku nan pulang,
Képak dan sayap di-sambar élang,
Apa-kah kélak gerangan yang datang?'

Hatta, yang lain-nya ténang-ménenangi mereka, tidaklah méréka méndabik dada, yang kurang di-tambah, yang péndék di-sambung, tak dahaga si pénunggu telaga. Maka di-téruskan ménuntut ilmu pémuda-pémudi  sékalian itu sampai habis hari bérganti hari, habis minggu bérganti minggu, sampai tamat péngajian ilmu purnama térakhir ménjéngah lalu.

Sampailah waktu bérpisah-pisah,
Sambung ménuntut ilmu tak sudah,
Ké témpat baru mahu di-tuju,
Masuk ké négéri orang mahu bértanam ubi,
Tiadalah niat bértanam témbilang

Maka bérpikirlah sékalian-nya mahu mérantau ké négéri luar, bérpikir sé-dalam lautan mahu ménimba péngétahuan sé-dalam-dalam. Maka akhir-nya bérlangsung-lah ia, ayahanda-bunda bérsiap bér-iring  doa sélamat, bérsiapkan sépérsalinan yang indah2 héndak mengarak putéra-putéri dengan sé-chukup kéalatan-nya ménantikan sampai saat kétika-nya sahaja.

Maka bérangkatlah sékalian-nya ké negeri baru, hatta sambil mata bérairkan duka méninggalkan ayahanda-bunda jauh di-mata. Arakian, maka méréka pun sélalu-lah bérhubung sampai saat tiba-nya masa bertemu lagi.  Maka térkadang-kadang téringat méréka akan Léndu témpat bérsuka-sukaan, bérlumba-lumbaan méraih ilmu. Tiadalah bérputus ingatan akan ségalanya, walau sékarang-nya bérada dalam négéri orang, bér-nama London.

Démikian-lah chérita késudahan-nya dari mula sampai habis. Hikayat ménuntu ilmu tiada-lah putus. Di-karangkan oleh Amir Afandi bértémankan naskah dahulu-kala di-negeri Selangor darul-ehsan. 


Raungan Murung

ini cerita duka mencuka
cerita kehidupan yang terbuang
cerita sang ibu menagih simpati
cerita sang anak laparkan nasi

sendu menyentap suara
mendidih peluh dibakar mentari
berlari memecut nada tenaga
lelah demi merangkul rezeki

mencari sisa-sisa nostalgia manusia
memungut lara demi sentosa
merangkak mencari sinar gembira
demi mengendong keluarga tercinta

ohh..duka makin mencuka
saban hari persis neraka
dia tetap terus usaha
mencari gembira, mencari bahagia

oh..duka kelak bertukar gula
kerana kuat nurani hatinya
sering mengadu pada yang Esa
meratap tangis di sejadah mulia
meraung syukur walau tersungkur

08 Disember 2009

Dendang Megah Rebah

megah disebalik jendela
bersuara disebalik bayang
menikam menggunakan sudu
meludah berairkan madu
bersekutu dengan yang dungu
tenat
mahu meningkatkan mutu
segala yang baik mahu disapu

lupa dunia selepas dunia

06 Disember 2009

Rusuhan Fikiran

ketenteraman minda
kejernihan sanubari
kelangsuangan idea
kecergasan diri
kian merosot
makin bingung
bingit dek dentuman
rusuhan hati yang bosan



30 November 2009

Bahasa Artistik & Sains Sosial


 Seni dalam berbahasa, melangkau garis normal dalam berbahasa. Meningkatkan santun dan ramah, menjengah emosi dan falsafah. Bahasa punya seninya, bijak berbahasa maka kebarangkalian tinggilah nisbah kesantunannya.

Tentang bahasa melayu dan sosial :

  Bahasa juga punya "isme"? Jika diklasifikasikan mengikut "isme" aliran seni halus ("isme" bukanlah ilmu gaya bahasa), bahasa pasar sekarang semuanya barangkali dapat disimbolikkan dengan "isme" Pop Art. Kerana bahasanya yang 'Pop' yang mempunyai beraneka perkataan baru yang 'Pop' (popular-moden).
Kalau dahulu bahasa melayu banyak menceduk bahasa sanskrit dan arab, kini kita dapat dengar bahasa melayu banyak mengambil perkataan daripada  bahasa inggeris. Jadi tidak dapat dinafikan bahawa bahasa sememangnya sering terpengaruh dengan cara hidup dan lanskap sosial. Maka  kini bahasa melayu diera tranformasi kiranya, barangkali. Maka sebahagian besar para pendukung bahasa melayu pula kini menggelarkannya sebagai bahasa rojak dan bahasa melayu kini diambang keretakkan yang sedang menanti pecah. 


Tentang bahasa artistik :

  Setiap orang punya visa untuk cuba berartistik dalam bahasa, tiada larangan, asalkan punya ilmu. Jadi keteguhan bahasa kita dapat dikukuhkan lagi. Tidaklah nanti bahasa kita ghaib dilanggar globalisasi dan habis dijamah ilmu bahasa lain.

  Jadi, dalam cengkerang kacang (in a nutsheell-terjemahaan terus, jadi ini "Pop"?).  Bahasa juga merupakan entiti seni. Puisi (pantun,sajak,gurindam,peribahasa..), punya keindahan dan punya nilai estetika yang wajar diberi perhatian. Kerana ia juga merupakan satu karya seni dalam kepelbagaian cabang seni yang wujud kini. Apresiasi terhadapnya dapat memanjangkan hayat keteguhannya. Maka kita wajar mempertahankan seni ini juga.

Nota halus : "Budi Bahasa Budaya Kita" - itulah seni masyarakat kita sebenarnya, yang secara halus sudah pudar sikit demi sedikit.

Pengejar Masa




Aku sang pengejar masa
sering saja terlena
masa yang pantas menderu
terus pergi menjauh ke mana

Aku sang pengejar masa
sungguh masa nampak deras
hakikatnya ia berjalan biasa
cuma aku yang terasa kemana hilangnya

Aku sang pengejar masa
kitab diriku penuh cerita
setiap detik yang pergi menjauh
aku tidak sedikit merasakannya

Aku sang pengejar masa
kini beransur sedar dari lelap
perlunya aku seiring dengannya
agar aku tidak ditinggalkan lagi

Aku sang pengejar masa
aku tidak boleh memaafkannya
tetapi aku tidak pula menyalahkannya
cuma aku yang perlu pintar menewaskannya

Aku sang pengejar masa
semakin hari aku semakin usang
masa itu pula muda sejak dahulu kala
aku sedar aku akan pergi jua

Siapa Sarah?

pagi-pagi
subuh sawi
celik mata
terus mandi

siap sedia
segak bergaya
emak abah
ikut serta

tiba sudah
dalam sekolah
masuk kelas
tak tentu arah

bangun semua
jangan bising
hujah pertama
yang diiring

emak abah
tunggu luar
cikgu tanya
siapa sarah?


-kisah hari pertama sekolah darjah satu. cubaan bayangan fikiran sahaja. jadi, siapa nama dia sarah? haha.

29 November 2009

Suara Seni Puisi

rakan-rakan!
persembahan saya
jam dua
ketemu ya

jadual waktu? sini - http://www.myspace.com/rantai

24 November 2009

Takziah..

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Bagaimana rasanya bila kehilangan seorang bapa? kehilangan. hilang. hilang buat selama-lamanya. terhalang untuk meraih kasih darinya.
aduh, tersangat dalam sedih yang tertanam. tinggallah diri bagai terapung di awangan, telinga pekak seketika dan hanya dengar suara hati yang merintih sedih...

Takziah buat sahabatku yang telah kehilangan bapanya pada isnin lepas. semoga Allah s.w.t merahmati rohnya dan dimasukkannya ke dalam syurga. insyaAllah.


Al-Fatihah

22 November 2009

DKNY fresh blossom dan cK free

Segar, nyenyak minda dibelai harum mengusik emosi. Variasi, berbotol terpampang di pentas peragaan promosi haruman meniup perasaan. Berlaga, dalam pelbagai harum yang menjengah, dua harum yang diketengah. Bergabung, bila dua harum harmoni bergabung lewat kewaspadaan pada sekeliling, tentu akan melahirkan persekitaraan yang indah nyaman. Permai, dalam nyaman yang mengusik, kau sentosa berdamping dengan harum cK free, dan aku juga senang berdamping dengan DKNY fresh blossom.
fahamkan? (;

20 November 2009

Jalanraya Kotaraya

jalanraya kotaraya metropolitan
tidak pernah terlepas dari beban
memikul dibahu nisbah kenderaan
beribu tan, beribu geseran
24 jam penyeksaan

jalanraya kotaraya metropolitan
tidak pernah berhenti dari letih..
(begitu banyak pencemaran)

-kecuali cuti raya. jalanraya bisa tidur sebentar.

16 November 2009

Selepas Bulan Tidak Jatuh Ke Riba

zzzrrrrrrrrrettttt
tayar terseret parah
kemalangan

oh!
akulah tayar tu
sakit, parah
cuba bangkit
selepas rebah

-maaf sekali lagi

Masa Dan Lelaki Muda

satu suara terperangkap
dalam bungkusan lutsinar
tunggu untuk dipecahkan
oleh semangat yang kuat

-selepas ia pecah, maka suara mula berbisik, menyebar harum yang terperangkap, untuk apa yang diharap. menunggu masa, untuk dia.

06 November 2009

Selamat Hari Jadi!

mungkin kerana terlebih fokus pada pengajian sejarah seni dunia untuk periksa akhir semestar sampai terleka bahawa ada sejarah baru yang tercipta tapi aku terlupa. arghh. hari jadi teman sekelas sudah terlepas, nak sambut sudah terbabas, nak ucap selamat tapi terasa cemas. arghh. nah, hadiah pantun 2 kerat buat kamu penyambut ulangtahun kelahiran pada 4 november lepas.

ceduk air dalam perigi
selamat har jadi!! :))))

-semoga berjaya dunia akhirat. ampun dan maaf dipinta.

01 November 2009

Tiada Konspirasi

Ia terlalu abstrak.

Komposisi yang lari
Menjerit ketaksamaan
Campuran warna yang salah
Melakar lukisan suram
Disebalik lanskap yang megah

Ilustrasi cinta sepenuh masa
Bersalaman jujur tambah setia
Komposisi lari
Rapuh
Kerana melodi
Tidak seiring dengan lirik

Melodi maka tenggelam
Terpaksa
Dalam kekalutan
Terpaksa

-maaf..

24 Oktober 2009

Kejutan Eletrik Tepi Pinggang

cik bom bom terlihat cik bum bum. cik bum bum terjatuh terlihat cik bom bom tergelincir selepas terlihat cik bum bum. sama-sama terjatuh. bom! bum! tergelincir hati jatuh, sama-sama. tepi pingggang tekena kejutan eletrik dari tikaman jari. arghh..
*minggu ni mula final!

22 Oktober 2009

Second Sonata

I am your secret admire
Secretly love you covered by mask of an actor
Love will rise higher and higher

Maskara Hitam


Indah angin malam menghembus fikiran
Sentosa buat semesta,
Ada perkhabaran buat alam
Khabar bersalam,
Dari angkasa yang ceria

Dalam ruang putih ini,
Segala rungsing
Yang menyinsing
Segala resah
Yang bersepah
Segala sunyi
Yang menari
Segala persoalan
Yang ditelan
Segala gelora
Yang lara
Segala duka
Yang mencuka
Segala geram
Yang karam
Segala gembira
Yang terasa,
Akan aku sirami
Agar segar bumi kembali

Namun bintang yang terang
Mengapa tidak memberi terang
Supaya jelas terpampang
Kepada minda yang menunggu
Tanpa tahu
Apa yang sebenarnya dimahu
Ayuh,terangkan
Wahai bintang yang bergemalapan!!

Kain Yang Sudah Berkarat

selepas lemparan putih yang nyaman
bernafas sentosa dipayungi awan
membalut tubuh suci membelai
meragut sedih membawa damai

dan semakin antik usia darah
yang mengalir di bawah tanah
semakin berkarat lemparan-lemparan
indah yang harumnya sudah bertebaran

terlepas dan bebas

kelak lemparan putih akan datang bersalaman
kembali seperti mana darah masih suci
bezanya nanti antara nyaman
ataupun berhaba api


18 Oktober 2009

Perempuan

yang cantik itu budi

yang indah itu kata

yang baik itu wajah

yang ayu itu mata

yang manis itu tingkah

yang jujur itu rasa

perlengkapnya

solehah

Aktor Berdarah Dosa

dalam kegelapan yang mencengkam
kuku-kuku besi menikam mata hati
dibutakan dari melihat aman
membunuh segala saksi yang membenci

10 Oktober 2009

Bacaan Khalayak Visual

ada kelapangan mahu pergi.

09 Oktober 2009

2 Eterniti

senja
memanggil pulang anak alam pulang
melepas resah dan gundah
memungut sisa tenaga yang tercicir
dalam genggaman emosi

malam
sang algojo geram bersembunyi
melihat aktor dosa
keluar mengepak kasih sebentar
merempah harga diri
buat santapan sang diktator malam

subuh
mengakhiri kisah lara
bermula semula sentosa


08 Oktober 2009

Literally Continous Tense


Should i tell you now?
Need a sixth sense to let you know
Nor a pleasure to meet you
Perhaps then i will show
No fullstops about you that i know

Muka Surat 1

13 keris seragam menari
5 bunga mekar berdiri

1 langkah berputar
9 langkah berpusing
6 langkah tersalah
9 langkah musnah

. . . . 1 Malaysia
aman sentosa

27 September 2009

First Sonata

O deep inside my clumsy heart
There's a thing I kept inside
Surely want the brightest light
The light that can show me the wind
The wind that can blow me to fin

O now I found the brightest light
That changed my life from dark to bright

O now it wil be history
That will always make me happy

Letup Asmara

Waktu makin menjadi beku
Kala mata memanah makna
Mulut bising jadi kaku
Terhenti darah jadi beku

Maka rasa dibiar mati
Tinggallah raga dibiar sendiri

Benci
Bercampur rindu..

25 September 2009

Hikáyat Ráya Ké-Tujúh

Jeritan jiwa pemuda disini agak kuat kiranya kini, bergabung dua macam gula-gula manis dalam satu sampul. Manisnya yang pertama teramat manis jika dicerita bisa menangis rasa terharu tak mudah habis. Yang kedua manisnya ialah akhirnya aku dapat bertemu dengan sekalian sahabat yang sudah 12 bulan tidak bertepuk bahu. Jadinya jeritan jiwa pemuda disini hebat berdondang sayang nampaknya, berzapin mengikut rentak jantung yang gembira.

- hurmm..hari ini raya ke 7. jadi, selamat hari raya ke-tujuh kepada kalian yang sedang menikmati kuih-kuih raya di hadapan pc itu. (juga kepada yg sedang menikmati ketupat, lemang, dodol, meehun sup, mee kari, dan lain-lain lagi)

19 September 2009

Pesanan Ringkas Dari Kerajaan Hati


Bergini,hai mafhum pesanan diberi bertitah asal dari menteri pemerintah jasad dan juga hati dipasak ikhlas seluas bumi, habislah hari berganti hari dosa pahala bersilih ganti dikias ia setinggi-tinggi demikian maka mafhum erti jasad disini melutut diri merendah hati minta ampun diberi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.


16 September 2009

Malam-Malam Terakhir

Detik waktu semakin terhakis
Lazat Ramadhan semakin habis

Aidilfitri mula tersenyum
Untuk muncul menyebar harum

Muslimin muslimat dijahit rindu
Sekalian hati gembira menunggu

Sebulan kita memburu pahala
Tiba masa nikmati raya

-Selamat Hari Raya Kepada Kalian Semua.
(tahap disibel suara rakyat di sini semakin rendah, ramai dah pulang ke kampung halaman)



11.05 p.m
16 September 2009
Dalam bilik(seorang diri)
UiTM Melaka


13 September 2009

Oh Mrs.Alone

I'm freezing
Gasping for air
The air
The air that can make sure i'm okay

Fullstop?

There's a thing upon a star
When we see
It seems too far

And the time goes by
Locked our eyes from cry
Just try
Until all the stars
Start to die

12 September 2009

Rakyat Hati Bersuara

Hadapan mata kita
berjuta perkara
suka - duka
itu salah satunya

Jika roh dan jasad ini
dalam diam
telah mencampak kalian
dalam duka
seangkasa maaf
dipersembah
mohon ampun
segala dosa


Selamat 10 malam terakhir ramadhan

09 September 2009

Opss. Tercerita Sudah.

Ada suatu cerita yang hendak diceritakan kepada mereka yang mahu dengar ini cerita diceritakan. Cerita ini tentang suatu cerita yang bermula dari sebuah cerita yang diceritakan oleh pencerita yang mahu namanya dirahsia.


Sejujurnya kerusi disebelah ini masih kosong, masih menunggu siapa yang akan sudi duduk di atasnya.

manalah mana
tak kunjung tiba
Setipunya duduk seorang diri diatas kerusi ini bertemankan kerusi tanpa penghuni sangatlah menyeronokkan.
barangkali sudah tiba
atau masih dalam perjalanan?
Konklusi disimpul, jadi akan terus tunggu disini, sampai masa nanti jantung ini akan jatuh juga, dan kerusi disebelah ini tidak akan kosong lagi. Setuju?
(ini cerita retorik, metafora kepada cerita sang pengarang ini karangan yang kononnya mahu ianya dirahsiakan, namun terbongkar juga akhirnya-disini-tiada lagi rahsia)

27 Ogos 2009

3 Hari Sebelum Merdeka













3 hari sebelum merdeka
Dalam hati berkobar-kobar
Meletup jantung menahan debar
Lelah menunggu bergetar sabar
Berair mata mendengar khabar
Tidakkan lagi menanggung lapar
Kita akan kembali segar
Mimpi-mimpi menjadi benar
Tanah Melayu akan merdeka
Meraung syukur mendengar isytihar
Mohon segala berjalan lancar

Hari ini
3 hari sebelum merdeka
Apa pula yang kita rasa
Belum pernah jatuh derita
Tidak pernah lagi merasa
Seksa rasa juga jiwa
Dijajah raga juga nyawa
Bersyukurlah wahai sekalian kita
Selagi merdeka masih ada



Encik Seni Lukis & Seni Reka

Kelmarin
encik
pensyarah
bertitah
"apakah maksud art & design?"

-tinggal bunyi angin yang berlalu dalam kelas-sepi

"art & design adalah tentang cantik & sempurna"

baru sekarang aku faham
apa itu art dan design

Hikayat Raksasa Berkeris

Mafhum kisah raksasa berkeris di sini, maka bermulalah cerita yang dipasakkan atas sebuah bayangan fikiran, bertunjangkan kisah alam nyata dibawa dalam erti kata metafora yang harum berbunga.
Dalam jiwa-jiwa tiap manusia tanpa kira kuasa atau hina, miskin atau kaya, setia atau derhaka, ada sisi gelap sedang bersiap untuk sedia menghimpap raga-raga juga jiwa-jiwa manusia-manusia dunia. Maka ia untuknya mempersembah leka dalam kerja, melihat kaca bagai permata. Kiranya mafhum apa hikayat ini, ia sekadar menyeru para pemikir-sekalian manusia-sila berjaga, dalam jiwa-jiwa kita ada raksasa berkeris selalu sedia menikam kita agar lena leka hanyut dalam jaga, amanah iman diamarahkan, hilang seri nyawa berkali terkena tikaman..

21 Ogos 2009

Selamat Jalan Syaitan

selamat datang Ramadhan
teruja
tinggal aku dan nafsu sahaja
peperangan akan lebih mudah

15 Ogos 2009

Memori Tatabahasa

~diam~
-tinggal memori barangkali.

29 Julai 2009

Apa? Banyak Kerja?

Aku di bawah langit Melaka

zzzzzzzzzzz

Nak tidurlah wehh!!!!


Di bawah payung mimpi
Berteduh lena

-banyak nau kerja ni ha.

20 Julai 2009

Dasar Serigala

Berjuta fakta
Berlari angin fakta fantasi
Cubaan cinta wayang cermin
Terpateri khabar bayang hitam
Dari hati segelap malam

Puas
Dia menikam kata
Cuba membentang rasa
Palsu
Indah sungguh dia
Bermain kata-kata

Uda dan Dara
Arjuna dan Sita
Cinta dan Rangga
Luka tiada berduka
Sama melarang curang
Bersatu
Dalam konspirasi setia

Tidak seperti dia
Keranjang mata beribu-ribu
Cuba timbus segala ragu
Terbit cinta penipu
Untuk bunuh
Harum wangi yang berlalu
PEMBUNUH!

16 Julai 2009

Cik Kiah Dan H1N1

Minggu kelmarin kampus bingit jerit-jerit suara rakyat, menahan kesihatan yang makin pudar. "H1N1 makin girang memeluk siswa-siswi!" pekik kata terlolong budak bilik aku. Cik kiah dewan makan mula memakai topeng muka, tinggal mata saja memanah makna gerakan mulut yang terlindung. "wow, macam cool je aku pakai benda ni" bisik penduduk hati cik kiah. Jadi, beliau memakai topeng lazim doktor pembedahan itu kemana saja. Aku tengok dengan tanda tanya yang berkobar-kobar.
Minggu kelmarin budak bilik aku semua demam, aku takut, tapi aku cuba kawal dengan penuh amanah. Sebab kesihatan aku pun baru saja pulang dari bercuti, masih batuk sana sini.
Minggu kelmarin aku rasa mahu pulang ke rumah, tapi tak dapat, banyak aktiviti kat kampus yang sedang menunggu untuk berlepas. Jadi, jerit pelahan aku dalam hati, "harap-haraplah tuan pengarah kampus akan bagi cuti", jeritan jiwa yang turut berlaku dalam hati semua siswa.
Hari ni, apa yang berlaku? cik kiah menaiki pajero bersama-sama ketua pengawal membuat pengumuman merdeka. "kampus ini akan ditutup mulai hari ini sehingga jumaat minggu depan". Maka bergema suara-suara raksasa menggila meraung kenikmatan mendengar perkhabaran indah itu. Dari hujung kolej siswi hingga ke blok aku sendiri.
Penamatnya, cik kiah dan aku dan semuanya harus pegi jauh meninggalkan tanah merah ini. H1N1 Sudah hampir kritikal! (barangkali)

26 Jun 2009

0 Hari Sebelum Pergi (Selamat Jalan)

aku akan bergerak hari ini, seawal ayam mula berkokok barangkali. tapi naluri berbisik mungkin seawal matahari baru mahu mula sarapan. hmm.. doakan saya dalam memburu ilmu. insyaAllah.

Untitled Poem - Rembering My Horrific Love History

someday my dear, we will see
all the flowers and all the trees
all the birds and all the bees
will vanish and will not be seen

somehow my dear, you will see
across the mountain and the sea
deep into the ground to the sky above
wherever you go, you will have my love

25 Jun 2009

Bawah Untuk Israhell

mulut palsu
bisulah bisu!
jangan merapu
harap kau beku
agar dunia
manis dan ayu

Aku Aktor

aku mendaki kronologi
dari mulaaaaa
sampai habis
tapi aku tidak tahu bila habisnya
-mohon panjang lagi cerita nyawa aku. amin. (untuk kita semua-kalian juga)

22 Jun 2009

Awawa Tu Bulan

Awawa tu bulan
waktu kecil
Main sampai tak ingat makan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Tak perlu risau cari duit nak makan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Tak perlu fikir tentang beban kewangan

Awawa tu bulan
Waktu kecil
Selalu sibuk, itupun dengan permainan

Awawa tu bulan
Waktu dewasa
Ingin kezaman waktu kecil punya kenangan

-teringat kenangan waktu dulu. aktor-aktornya ada yang sudah tiada. hari ini juga akan jadi kenangan.

21 Jun 2009

Janji-Janji Mustahil Tuan Presiden

habis masa
jalur pelangi makin pudar warna
semakin hari semakin hilang rasa

pertimbangan
cuba menimbang berat awan
mustahil
cuba mencongak debu pasir
takkan berhasil

Gurindam Usaha

Selagi hayat dikandung badan
Hujung pangkal dilupa jangan

Selagi waras fikiran akal
Sedari dunia bersiap bekal

Selagi mampu tubuh berlagu
Janganlah jemu memburu ilmu

Selagi kukuh hati berdenyut
Jika tenggelam lekas berpaut

Selagi semangat tidak terpadam
Kejarlah cita penuhi azam

19 Jun 2009

7 Hari Sebelum Pergi

Apa yang aku akan bawa ikut sama adalah kenangan bersama kawan-kawan lama.

16 Jun 2009

Orbit Cinta Mereka

Mereka yang paling berharga dalam dunia
Punya rasa punya bicara punya cinta
Untuk kita dari kecil sampai dewasa sampai tua

Apa hadiah paling mewah? paling indah? paling megah?
Tentulah hadiah daripada mereka
- pakej penginapan selama-lamanya disebuah rumah lengkap dengan bilik tidur, bilik air, kipas, televisyen, sofa, siap makanan pagi petang siang malam(tanpa had waktu), duit poket, segala keperluan peribadi, pengangkutan ke mana-mana destinasi, dan segala-galanya yang ada kini.
Dan segala hadiah-hadiah itu (termasuk botol susu semasa kecil)
Berapa nilainya?
Oh ya,
PERCUMA!!

Terima Kasih Abah & Mak.
(mohon kita sekeluarga berjaya di dunia dan akhirat) :)

15 Jun 2009

Romántiká #005

It hurts to love someone and not be loved in return,
but what is the most painful is to love someone
and never find the courage to let the person know how you feel..

Faksimili Ukhrawi

Indah angin malam
Menghembus fikiran
Sentosa buat semesta

Ada perkhabaran buat alam
Khabar bersalam
Dari angkasa yang ceria

Membawa sebuah kisah
Bahawa angkasa raya
Indah lagi sentosa

Lantas ternyata
Angkasa tidak kosong
Jadi jangan terlopong

Sisi Gelap Lorong Hitam Negaraku

Alam negaraku islamkah? Saat majoriti remajanya bertukar menjadi rempit, detik sang lelakinya memakai topeng seorang perempuan, waktu sang perempuannya memakai topeng seorang lelaki, saat yang cuba berhijrah akhlaknya diketepi, waktu yang mengajak kepada kebaikan itu ditakuti-dimarahi, detik politiknya banyak manipulasi, sampai islamnya cuba diliberalisasi, lantas darurat jiwa mereka cuba dihalalkan modenisasi, maka ketinggalanlah segala impian fakta menjadi fiksi...
tiada berkat hakiki.

Hurt is all you gave me

And with a tear in my eye
You give me goodbye

Pushing forward and arching back
Bring me closer to heart attack
Say goodbye and just fly away

DAMN

If you only knew
What I went through before..

14 Jun 2009

Falsafah Hidup

apa yang aku rancang mungkinkan terjadi dan mungkin tidakkan terjadi, dan jika perancangan aku tidak menjadi, aku percaya - perancangan-Nya lebih sentosa.

Buai Laju-Laju


(Buai Laju-Laju Sampai Kena Tipu)

Bertukar realiti pudar
jadi mimpi ilusi samar

puitis sungguh cik adik main kata-kata

mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya
mengidam menggapai langit, tanah dibawah tidak tercapai
minggu cedera sudah terlerai
memoir tenat
maka TAMAT!!

13 Jun 2009

Cik Siti Wan Kempis

 Cik siti, cik siti, bisakah kamu berkata benar? tidak berolah kata berputar-putar? katakanlah wahai cik siti. Kala dulu detik siang mencari-cari, kala malam termimpi-mimpi, langsung hati aku kau curi, dengan rela aku beri, namun kini? bunga mawarpun kehilangan wangi. Aduhai cik siti, ayam tak berkokok hari tetap akan siang..
  Habis aku kamu biar berhabuk, sampai mataharipun mula mengantuk, bahkan bulan jatuh terhantuk, kasih aku kamu memakuk, dibiar aku sakit terbatuk-batuk. Alahai cik siti, lain kali biar belajar setia, kasih bukan bersuka-suka. 
   Akhir kata di hujung purnama, setelah aku kamu angkarakan duka, semoga pandai kamu membaris, alahai dengarlah wahai cik siti wan kempis..
(cik siti wan kembang lebih jujur barangkali)

12 Jun 2009

Surat Dari Seorang Kakak

woit... hari tuh nmpk ko mcm malu2 jerk nak nyanyi kt public time camping dulu2...and then nmpk ko jln2 kat area sini2 dgn wajah yg bershj...pastuh terjumpa ko bersama2 rakan2 mu yg lain...semakin hari semakin hebat ya ko ?? hahaha....tau2 ko dh berumur. hehe, dulu dgr sora ko comel jerk...and then jmp balik, sora pun dh garau. cpt yup masa berlalu....so, gunakanlah masa yg singkat ini dgn pengalaman yg mengasyikkan. jgn biar ko menyesal pd hari esok....selagi ada peluang, buatlah yg termampu...biarpun sampai kne tanggung malu. hehe....at least ada r gak yg nk dikongsi bersama2 anak cucu.....

hermmm...aku dh mula melalut. tp dgr ckp aku...gunakanlah peluang yg ada. kang biler ko dh tua, menyesal x sudah....huhuhu....just wanna wish ya happy birthday. ko dh form 4...thun dpn amik spm and then tau2 member ko sorang tuh dh kawen. huh ! so, jgn r matang terlalu awal. enjoy life while you can! 

*aku terjumpa kata2  ini kembali. setelah sekian lama x baca. antik. sangat nostalgik. 

Romántiká #004

i have many friends.
but only one friend i don't call friend..
it's her.

10 Jun 2009

Persoalan Berfrekuensi Tinggi

Aku punya satu otak yang punya satu minda yang dalamnya punya berjuta perkampungan mikro masyarakat neuron yang saling berafiliasi secara prolifik bagi merungkai sesuatu gelisah yang datang menjengah.
Bermacam gelombang persoalan yang produktif hingga payah untuk mencari jawapannya. Adakah kita punya konfrontasi masalah yang sama? Jika ya, kita geng! hehehe.

Dalam berfikir perlu ada satu landasan, dalam penjelajahan mencari jawapan bagi persoalan. Agar tidak sesat dan menyesatkan. Laksana golongan 'free thinker'/'atheis' yang mempersoalkan kewujudan Allah. Mereka mencari jawapan bagi persoalan bukan di landasan yang betul, ibarat mahu belajar menyelam tapi pergi bertanyakan pada guru memanah, manalah nak dapat jawapan.
Akal manusia terhad pada tingkat tertentu, tentu saja tidakkan tercapai akal jika memikirkan bagaimana indahnya syurga dan bagaimana ngerinya neraka. Untuk golongan free thinker, carilah jawapan di tempat yang betul, bukan sendiri tanya sendiri jawab. Ada benda yang kita tak boleh persoalkan. (aku tulis ni melalui pengalaman sendiri)

*esok friday night futsal! jangan persoalkan. hihihi. (oh ya, ada malam baca puisi kat istana budaya esok)

Cik Kiah Dan Dot Dot Dot

Tidur semalam, cik kiah tidak tenteram, bergelora seakan taufan. Minda separa sedarnya terngiang-ngiang suara merdu itu, imejan realistik dalam fantasinya terfoto wajah indah yang dilihatnya saat matahari mahu tidur tadi. Cik kiah tergoda.
Dia gundah, hatinya parah, menanggung rindu tak sudah-sudah. "Fantastik sungguh dia tadi, comel", halus suara hatinya, tanda tergoda, boleh bikin gila.
Malam semalam juga menjadi saksi bahawasanya cik kiah mula berazam, bara api pun kan digenggam. Cik kiah akan berusaha untuk mendapatkannya. Vespa LX50!
hehehe.

09 Jun 2009

XY : LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

Isi Hati Puisi

Bait-bait puisi akan lebih ke puncak maksudnya dan terasa lazat mafhum katanya bilamana ia dilagukan, diiring gemersik muzik.

Suara Dosa

Berlenggang jalan
di tangga turun perhentian kerata api
pada langit petang di masjid jamek
terlihat orang beriktikaf di masjid
teringat aku yang daif ini..
astarfirullahalazim.

08 Jun 2009

Tuan Puteri Kampung Warisan

   Terbentuk suatu kisah akan citra puteri menari dari kampung warisan negeri, gemersik suara menarik hati.
"aku dibisikkan kata-kata daripada suara."
"aku tersentuh. jantungku rebah seketika."
    Demikianlah nyanyi tuan puteri, sekadar cuma dalam hati. Nyanyian akan tentang suatu suara, akan tentang suatu jiwa, yang jujur menyanyi puisi ke dalam hati tuan puteri. 

Demikian maka puisi, buat membalas nyanyi puteri :

kisah kita melangkah jauh
dari gembira beralih sunyi
kisah kita bermula teguh
akhirnya jatuh tinggal sendiri

takdir menentu akhir ketemu
melepas sunyi bertahun sepi
bila bertemu aku mengaku
meluah rindu cara sembunyi

aku gembira dapat berjumpa
setelah lama tak kunjung tiba

suaraku tidak sampai kepada mu
suaraku tidak menyentuh mu

 melalui "puisi itu" aku bisikkan
maafkan segala kesilapan...

Sepatah Dua Kata 4


"Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan."

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

04 Jun 2009

Hikayat Bunga Bermain Kata


   Mafhum sebermula cherita ini bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata. 
Maka mula cherita pada mata menikam mata, sampai detik lidah menyusun kata, sampai maka terdetik hati bersatu rasa.
   Sepurnama, sepurnama, sepurnama, sepurnama, sepurnama, akhirnya setia dipatah makna, maka girang dimusnah kecewa, yang bunga ditiup angin pergi jauh dari wangi yang pernah tersaji. 
Sedemikian maka sunyi.. 
   Akhirulkalam sejak sebermula cherita, tuntas dicantum maka terlihat absurb pada tingkahnya, pada mula girang suka gembira, akhir lantas terpudar segala, girang berganti curang!

03 Jun 2009

Gurindam Dalam Berkasih

Dikala bunga harum berseri,
harus waspada berhati-hati.

Dikala kumbang datang melata,
pilih yang indah budi bahasa.

Dikala cinta datang menari,
jujur dan ikhlas menjadi kunci.

Dikala engkau mengejar pelangi,
jangan dilupa kanan dan kiri.

Dikala hati disirami duka,
harus pandai mengawal rasa.

Dikala senja melabuh tirai,
ayuh jemaah beramai-ramai.

Dikala diri dibanjiri rezeki,
lekas bersyukur tidak terperi.

Dikala dada diisi cahaya,
mohon berkat buat selamanya.

Dikala jiwa terlebih khayal,
mohon tersedar sedari awal.

Dikala engkau mencari pasti,
teruskan sehingga ke perut bumi.

28 Mei 2009

Romantiká #003

bukankah setiap perjalanan itu ada halangan?
ayuh kita teguh tempuh dengan sabar
lepas halangan ada kemenangan

26 Mei 2009

Truutt..Trutt..Telefon Berbunyi.

carinya. dapatnya. ambilnya. pegangnya. simpannya. 
gunanya. rasanya. sukanya. gembiranya. jaganya.
akhirnya. bosannya. tinggalkannya. sampahkannya.






24 Mei 2009

33 Hari Lagi Sebelum Pergi

Ye, lagi 33 hari lagi, sebelum berguling ke melaka untuk sambung belajau. mentaliti masih berkerja keras untuk dinaik taraf. fisiologi barangkali sudah cukup segar, mungkin. 

kerja harus yang masih belum beres :

1.bukak akaun kat bank islam.
2.cop pengetua sekolah kat atas sijil2 fotostat.
3.pemeriksaan kesihatan

23 Mei 2009

Email Daripada Saudara

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
  sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
  benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
  mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
  alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
  itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
  motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
  tgh2 bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
  Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
  pasti ada baik buruknya.

 "Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
  Dia datangkan petir dan kilat..
  kita menangis dan tertanya-tanya,
  kemana hilangnya sinar..
  Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
 
 Bersyukur dengan apa yang ada.

1 Rumpun, 1 Bahasa, 1 Nama


20 Mei 2009

kenapalah..

sedih aku karang kata-kata ini
sampai tiada kata lagi..

18 Mei 2009

Bila Bintang Berbicara

berbual bintang sama bulan
kisah siapa yang paling indah?
kerana bulan yang paling banyak
menyimpan cerita orang bercinta

bulan diam sepi sahaja
dan biarkan aku yang jawab
maka terus aku kata
"oh. tentulah kisah aku dan dia"

17 Mei 2009

Biar aku Bisikkan

aku sedar
mungkin tidak
aku perasan
mungkin tidak
aku tahu
mungkin tidak
aku nampak
mungkin tidak

maaf 
aku tidak
cuba melayan


aku jadi 
diam
aku jadi
sunyi
aku senyap
kerana aku
tidak mahu
perasan

jadi aku
diam lagi
malu bertanya
dan sesatlah
jalan..

maafkan  (- _ -)

14 Mei 2009

Maka Lelaki Itu Bermimpi

Mimpi?
di ruang angkasa minda ia berputar
tidak faham dan tidak acuh

lelaki yang bermimpi
"hey,malam tadi aku mimpi"
ingin saja mimpi direalisasi
tidak terima fantasi
walau realiti yang menanti

Mimpi?
aku pernah bermimpi
cerita pada dia dan dia
dan dia cerita pada aku 
cerita dia dan dia

sedap bermimpi
aku bermimpi aku akan bermimpi
mimpi yang seperti...
*aku masih sedang memikirkannya..

13 Mei 2009

Rómántiká #002

we pretend like nothing happen..
but deep inside..
our hearts beat with da same rhyme.

11 Mei 2009

Kewáyangán

paradoks yang terpampang sulit
tidak terlihat sedikit
yang memandang tidak perasan
ada yang telah tumbang
lari sebelum berperang

runcing makin kecundang
kerispun makin karat
tengkolokpun makin berhabuk
sampingpun kian pudar
imanpun makin bergoncang

bunga ada yang layu
kumbang ada yang tenat

perlu,bangkit sebelum terlambat
perlu, sedar sebelum terlewat
kerana segalanya sulit tidak terlihat..

10 Mei 2009

Rómántiká #001


bila si cantik itu bertudung,
"wah! dia bertambah cantik!"

09 Mei 2009

Engagement Ring

Serius, pertama kali mengambil upah ambil gambar majlis pertunangan orang, gementar resah segala menjengah. Duit dapat, kerja siap, lelah pun lesap. 

Dan Bila Bermain Gitar Di Hari Guru...

Waktu itu
sudah berlalu
sengaja mengenangkannya
semula
sebelum melangkah
ke aras
 seterusnya

07 Mei 2009

And The Time Goes By...

when the rose spread their wings
nostalgic story as a contemporary epic arrives
definition between reality and fantasy
kept locked in the room of heart
the special word will never be heard again

when the bleeding is an objective of sickness
then the ego is an objective of hurt
critical accident between love and hate!

Cubaan Nodaan Dan Godaan!!

    Tadi aku pergi makan malam kat sebuah food court, dengan kawan-kawan. Masa nak bayar makanan, aku bergeraklah ke kaunter. Sampai kat kaunter, tiba-tiba datang seorang akak ke sebelah aku. Dia pun nak bayar makanan kat kaunter tu kot rasanya.
   Tiba-tiba dia cakap "hye awak (sambil tersenyum2)". Ah aku buat tak layan je lah, jeling-jeling dah lah. Tak berminat aku. Tapi dia bersuara lagi, "eh, perfume ape eh awak pakai?". Hah, aku pening. aku tak tahu nak jawab apa. Aku ingat nak cakap je aku pakai minyak wangi Hugo Boss ke ape ke yang mahal-mahal, tapi macam tak biasa nak menipu pulak an. Jadi aku buat tak layan je lah. 
    Apa terjadi lepas itu? Oh no! dia makin lama makin rapat kat badan aku, makin rapat, punggung dia bergesel dengan tangan kiri aku! Perrghh!(ape hal lak akak ni) . Kurang siuman punya akak, kurang ajar punya akak, kurang tatasusila punya akak, kurang didikan agama punya akak, kurang belaian manja seorang lelaki punya akak. Aku terkena kejutan eletrik sintetik, sampaikan makcik kat kauter tu tanye aku makan n minum ape tadi pun aku lupe, tak tahu nak jawab ape, tergagap jadinya. Otak aku jadi sesak nafas.
    Lepas bayar aku terus blah, malas nak berbla bla bla dengan dia. Nak sound pun cam tak tahu nak cakap apa. Jadi aku pun pulang.  *dalam keadaan geli-geliman.
noktah.

rákan-rákan