16 Disember 2008

Sang Berdarah Muda

Tubuh yang dalamnya mengalir sungai darah yang segar, wajahnya semerbak kasturi. Mewangi menyebar harum serata negeri, menongkat panji negara dari rebah menyembah bumi. Sang berdarah muda merupakan pemegang mohor kemajuan, pengikat tali perpaduan, setiausaha ketamadunan bangsa dan penyemarak dakwah agama.

Masa yang berlari tanpa henti, memutarkan cakera perubahan alam. Transisi sang berdarah muda terjadi, hikmahnya ada cantik dan buruk. Zahirnya hakikat sang berdarah muda jiwanya berperang sentiasa. Meronta, cuba mengerti alam dunia. Bergelora lautan jiwa dan hatinya, bercerakin perasaan. Sering menentang nafsu , sedih kiranya ada yang kalah dalam perperangan itu.

Rohani tubuh yang segar, fikirannya bercabang. Cabang-cabang yang menyelirati jasad menggoda justeru mengajak supaya berkelakuan jernih dan keruh. Akibat itu jiwanya adakala berdarah, adakala indah bercahaya.

Alam dunia komuniti sang berdarah muda, meraba-raba pelita dalam gelita.

Yang matanya masih bersinar-sinar, kilau – berkilau-kilauan menghunus pandangan. Kelak semakin tua darahnya, akan semakin mengerti menjadi manusia. Semula jadinya begitu. Kiannya hilang semerbak kasturi, semakin mengerti. Kira-kira sebaiknya tidak jadi bergitu, bijak memilih hilir, hilir yang bergemalapan, bukan hilir yang gelap ditelan hasutan. InsyaAllah.

-Aku juga berdarah muda.

3 ulasan:

Nadeeya Khair berkata...

Aku menulis bukan kerana nama, aku menulis kerana cinta dan cita.

teringat ramli sarip.
"aku menulis bukan kerna namaaa.."

oh ye, mari serius.
darah muda memang begitu. punyai semangat untuk mencuba. setiap manusia yang berada pada zaman darah masih muda akan bersifat begitu cuma jelas dan tidak jelas sahaja. namun, setiap individu itu berbeza. tapi jelasnya, perlakuan ketika darah masih muda akan mengajar untuk meneruskan hidupan yang jauh di hadapan.

tahniah!
selamat pengantin baru. :D

Fen berkata...

ilham sedikit ayat itu dari beliau.

s aniqa berkata...

ehh tuh ramadhan kan ?hmhm sebelah pkai spec tuh ank sabri yuh kan kan kan??

rákan-rákan