10 Disember 2008

Glosari Gaya Bahasa



Bahasa Denotatif - bermaksud bahasa yang mempunyai makna yang tepat atau khusus seperti dalam kamus. kiranya, bahasa demikian hanya memberikan makna yang tersurat, iaitu apa yang ditulis atau disebut maka itulah maknanya. bahasa sajak selalunya tidak denotatif.


Bahasa Konotatif - bererti bahasa yang memiliki hubungan makna yang lebih luas daripada makna yang khusus. bahasa yang membawa makna tambahan, bukan hanya makna yang tersurat. bahasa konotatif mempunyai makna yang tersirat dan menimbulkan kesan emosi. sajak selalunya menggunakan bahasa konotatif.


Bahasa Kiasan - merupakan keterangan mengenai sesuatu hal yang disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. yakni ssuatu objek atau konsep dibandingkan dengan objek atau konsep yang lain, sama ada suasana ataupun manusia.



2 ulasan:

Maly Fadzil berkata...

ok satu lagu ilmu br buar sy.
mir nih amik kesusasteraan bahasa melayu ke? sungguh pandai berbicara ttg bahasa.emm sy masih blum dapat untuk menguasai bahasa konotatif.
sila beri tunjuk ajar =D

Nadeeya Khair berkata...

satu sebab saya selalu melawat blog ini.

1. saya akan mendapat dakwah anda.

terima kasih ye!:D

rákan-rákan