01 Disember 2008

Bahasa Yang Bergaya


Setiap manusia mempunyai perasaan mahu bergaya. mahu kelihatan cantik dan menarik. kepuasan dalam bergaya hanya empunya tubuh yang merasa. mata di sekeliling cuma akan tertarik. kesan daripada pemakaian yang cantik.
Dalam penggunaan kata juga begitu. penyusunan perkataan demi perkataan yang akhirnya membentuk diksi, diksi membentuk ayat. ayat yang disusun bertunaskan perkataan yang "harum" akan membuatkan ayat tersebut lebih indah dan menarik. reaksinya seperti mana juga manusia, pemakaian yang menarik akan mengundang perhatian.
Penyusunan kata-kata yang indah inilah yang dipanggil gaya bahasa. berdirinya gaya bahasa ini tidak hanya bertongkatkan metafora, simile, asonansi, simplok dan sebagainya. zahirnya gaya bahasa terlahir daripada kejituan dan keharmonian penggunaan kata-kata keseluruhannya.
Untuk menghasilkan sebuah kata-kata yang indah. tidak semestinya harus memiliki penguasaan kosa kata yang tinggi. cukup sekadar dengan pengolahan ayat yang harmoni, iaitu sususan kata-kata yang bernas. tuntasnya ialah manipulasi bahasa/ayat. anda harus bijak memanipulasi bahasa.
Contoh ayat biasa yang tidak digayakan - "dia sedang bersedih". untuk menjadikan ianya lebih bergaya, anda harus bijak memanipulasikannya. berdasarkan pemahaman dan kreativiti anda, anda olah ayat tersebut dengan sesuatu yang sinonim. contoh ayat biasa yang telah digayakan - "dia sedang berduka".
Konklusi kecil ini saya nyatakan dengan mudah agar senang untuk difahami.
Sesungguhnya apa yang harus kita ketahui ialah bangsa melayu merupakan sebuah bangsa yang kaya dengan kesopanan dan kesantunannya. sopan dalam langkah, santun dalam berbicaraa. bahasa melayu merupakan bukti ketinggian kesantunan melayu. perkara ini memang tidak dapat disangkalkan lagi kesahihannya, sehinggakan terlahir satu peribahasa - "dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang mati kelaparan". peribahasa tersebut sudah jelas bahawa masyarakat melayu beradab dalam kehidupan sehariannya, sampaikan dagang (orang yang berdagang) lalu nasi sudah disediakan.
Akhirulkalam, bahasa melayu sememangnya suatu bahasa yang penuh bergaya.
Wallahualam.
- Amir Afandi

3 ulasan:

Nadeeya Khair berkata...

saya setuju dengan bahasan anda. saya memang setuju. ya, bangsa melayu mahupun bahasa melayu memang indah dan teramat bernilai. cuma, segelintir masyarakat melayu mudah lupa asal usul mereka dan seringkali mengagungkan masayarakat luar. tidakkah mereka sedar, bahawanya bahasa melayu bahasa yang indah dan turut juga merupakan warisan nenek moyang kita? walaubagaimanapun,ilmu ilmu yang disertakan disini cukup membantu saya untuk penulisan saya di masa hadapan. saya gembira. bahasa melayu memang seronok sebenarnya.

*haaa. mcm lari dari tajuk je? aha

Fen berkata...

hiihhiii. thanxx. bak kata puisi arab. "tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad".
thnx lagi coz sudi bace. :DD

Maly Fadzil berkata...

satu anugerah apabila amir post blog ini.sedikit sebanyak telah memberi saya ilmu baru dalam bidang penulisan.

rákan-rákan