29 November 2008

Bahasa Melayu

bahasa alam melayu
gah dahulunya bahasa bangsaku
lingua franca pelbagai bangsa
berada dipuncak bahasa dunia
bahasa bangsaku itu permata
indah dipandang cantik dipakai
manisnya laksana gula serawa
membelai kalbu menusuk jiwa

bangsaku santun dengan bahasanya
berpantun,berkias
menyedarkan penuh ikhlas

kini wajahnya seolah samar
umpama bukit yang diselimut kabus

bahasa bangsaku
tenaganya hilang
jasadnya terbang
kerana pudarnya tidak dibendung
bahasa penjajah yang diagung-agung

tidak salah pelajari ilmu
budaya asing jadi pedoman,
inikan pula warisan melayu
janganlah di buang
dek dagang nak lalu

sedarlah jangan berlengah
sebelum semuanya mula berpecah



- entah mengapa aku rasakan bahasa melayu seolah-olah diperbudak-budakkan oleh bangsanya sendiri. Sesetengah ''Melayu" seakan malu dengan bahasanya. (aku tidak salahkan bahasa inggeris. bahasa inggeris juga peri pentingnya pada masa kini. aku juga menuntut ilmu bahasa inggeris )

Tiada ulasan:

rákan-rákan