30 Disember 2008

Awake

Berapi-api sebelum ini. kotak fikiran sering dihantui sesuatu. masalah, masalah kita untuk mencari jawapan bagi seribu pertanyaan. berpusu-pusu hantu datang menghantui fikiran dan akhirnya kini, deklarasi harus dibuat. satu memorandum perlu dihantar ke dalam minda untuk membersihkan segala pemasalahan. satu jawapan bagi seribu soalan. akan ditemui. muktamad, pasti para pembesar yang berkuasa dalam tubuh akan bersetuju dan berseteru. membuat pilihan dengan kritis dan cerdik. jawapan bagi seribu pertanyaan akan terjawab. perlu matang dan penuh berhemah. tanamkan azam untuk '09

21 Disember 2008

Sepatah Dua Kata 1


KEAIBAN PADA DIRI KITA - Syair Imam As-Syafie


Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar
adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita,kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..sedangkan kita kerapkali makan daging sesama sendiri.


DI LEMBAH KEHIDUPAN - HAMKA

Kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa cubaan. Apabila cubaan telah datang, akan bersisihlah kelak antah dengan beras. Sahabat yang setia dengan sahabat yang lancung.

19 Disember 2008

Speechless


I'm opening up my heart with honesty

Let’s avoid the hated and hatred

Let's remain thankful with what we have

Let's avoid all lies and sins

18 Disember 2008

Terjunan Encik Zulkarnain

Maka sekarang dirinya akan terjun
dalam angkasanya sendiri
kerana terlalu banyak berfikir
dan kerana terlalu banyak menyimpan
Maka dirinya berserah sahaja
kerana perkataan malu
dan kerana perkataan tapi
juga kerana perkataan mahu
Maka dirinya tidak tahu nak berkata apa
cuma mengharap akan diberikan
suatu tanda atau alamat
kerana itu dirinya akan gembira
encik zulkarnain

16 Disember 2008

Sang Berdarah Muda

Tubuh yang dalamnya mengalir sungai darah yang segar, wajahnya semerbak kasturi. Mewangi menyebar harum serata negeri, menongkat panji negara dari rebah menyembah bumi. Sang berdarah muda merupakan pemegang mohor kemajuan, pengikat tali perpaduan, setiausaha ketamadunan bangsa dan penyemarak dakwah agama.

Masa yang berlari tanpa henti, memutarkan cakera perubahan alam. Transisi sang berdarah muda terjadi, hikmahnya ada cantik dan buruk. Zahirnya hakikat sang berdarah muda jiwanya berperang sentiasa. Meronta, cuba mengerti alam dunia. Bergelora lautan jiwa dan hatinya, bercerakin perasaan. Sering menentang nafsu , sedih kiranya ada yang kalah dalam perperangan itu.

Rohani tubuh yang segar, fikirannya bercabang. Cabang-cabang yang menyelirati jasad menggoda justeru mengajak supaya berkelakuan jernih dan keruh. Akibat itu jiwanya adakala berdarah, adakala indah bercahaya.

Alam dunia komuniti sang berdarah muda, meraba-raba pelita dalam gelita.

Yang matanya masih bersinar-sinar, kilau – berkilau-kilauan menghunus pandangan. Kelak semakin tua darahnya, akan semakin mengerti menjadi manusia. Semula jadinya begitu. Kiannya hilang semerbak kasturi, semakin mengerti. Kira-kira sebaiknya tidak jadi bergitu, bijak memilih hilir, hilir yang bergemalapan, bukan hilir yang gelap ditelan hasutan. InsyaAllah.

-Aku juga berdarah muda.

14 Disember 2008

Glosari Gaya Bahasa 2

Bait - bererti jumlah baris yang membentuk suatu keatuan idea dan emosi. satu bait pantun adalah sebuah kesatuan yang padu dan lengkap dari segi bunyi, emosi dan idea. satu bait tidak terikat kepada bunyi, tetapi tetap ditentukan oleh kesatuan idea dan emosi. bait disebut juga rangkap.


Balada - puisi yang memberikan penekanan kepada pernyataan perasaan, terutama perasaan sedih dan biasanya berhubung dengan peristiwa yang dialami oleh penyair. lazimnya balada adalah cerita yang diolah dan disusun dalam bentuk puisi sehingga perasaan yang dialami oleh penyair dapat dirasai dan digambarkan oleh pembaca.


Diksi - ialah pemilihan serta penyusunan perkataan. pemilihan atau penyusunan itu mengutamakan ketepatan, tekanan dan keistimewaan. ini termasuklah sifat2 perkataannya seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, perkataan2 yang menggunakan imbuhan dan sebagainya.


11 Disember 2008

Tiada


Lama tubuh dibelai duri
Lama terasa tiada berlagu
Melangkah berdiri
Sunyi ruang hati membisu
Tiada berbunyi
Sepi seolah memeluk kalbu

Semanis madu masa menanti
Dicuba goda tubuh sunyi
Mencuba buru mananya lagu
Rindu berlagu seperti dahulu
Sayang tiada muncul sejoli
Tetaplah kembali dicumbu sepi

Bilalah mungkin kembali berlagu..

10 Disember 2008

Glosari Gaya Bahasa



Bahasa Denotatif - bermaksud bahasa yang mempunyai makna yang tepat atau khusus seperti dalam kamus. kiranya, bahasa demikian hanya memberikan makna yang tersurat, iaitu apa yang ditulis atau disebut maka itulah maknanya. bahasa sajak selalunya tidak denotatif.


Bahasa Konotatif - bererti bahasa yang memiliki hubungan makna yang lebih luas daripada makna yang khusus. bahasa yang membawa makna tambahan, bukan hanya makna yang tersurat. bahasa konotatif mempunyai makna yang tersirat dan menimbulkan kesan emosi. sajak selalunya menggunakan bahasa konotatif.


Bahasa Kiasan - merupakan keterangan mengenai sesuatu hal yang disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. yakni ssuatu objek atau konsep dibandingkan dengan objek atau konsep yang lain, sama ada suasana ataupun manusia.



09 Disember 2008

Pengajian Penglihatan

Dia sang anak kecil
mungkin tidak mengetahui
mungkin tidak mengerti
mengapa si kaki empat itu
diikat kakinya
ditumpahkan darahnya
Kelak berganti hari
dia pasti mengerti
tumpang sekaki
memotong arteri
pandai langkahnya
dek pembelajaran mata
sewaktu kecilnya
dahulu
Selamat Hari Raya Aidiladha

07 Disember 2008

Duka Gembira


waktu itu
semua bibir tidak terkunci
lebar melempar senyuman
kini
waktu ini
semua bibir terjahit
lesu membisu
setelah kita berpisah
dan mengecapi merdeka.
semoga kita bertemu lagi
di purnama ketiga.
InsyaAllah.

- buat semua sahabat yang sudah membawa haluan masing-masing.

06 Disember 2008

Utiliti ilmiah

Kepuasaan yang dinikmati jika sesuatu yang dicari akhirnya dimiliki merupakan satu kepuasaan yang indah. begitu juga ilmu, ilmu yang dimiliki merupakan satu kepuasan dalaman yang jarang kita rasai.
Membaca merupakan salah satu cara yang penting untuk mendapatkan ilmu. wahyu pertama yang di turunkan kepada nabi Muhammad s.a.w juga mengenai membaca, iaitu iqra' , yang bermaksud bacalah. ia sudah terzahir jelas melambangkan perihal membaca itu amat penting sekali.

Di Bawah Payung Urbanisasi

Sangat Ironi Alamiahnya.

01 Disember 2008

Bahasa Yang Bergaya


Setiap manusia mempunyai perasaan mahu bergaya. mahu kelihatan cantik dan menarik. kepuasan dalam bergaya hanya empunya tubuh yang merasa. mata di sekeliling cuma akan tertarik. kesan daripada pemakaian yang cantik.
Dalam penggunaan kata juga begitu. penyusunan perkataan demi perkataan yang akhirnya membentuk diksi, diksi membentuk ayat. ayat yang disusun bertunaskan perkataan yang "harum" akan membuatkan ayat tersebut lebih indah dan menarik. reaksinya seperti mana juga manusia, pemakaian yang menarik akan mengundang perhatian.
Penyusunan kata-kata yang indah inilah yang dipanggil gaya bahasa. berdirinya gaya bahasa ini tidak hanya bertongkatkan metafora, simile, asonansi, simplok dan sebagainya. zahirnya gaya bahasa terlahir daripada kejituan dan keharmonian penggunaan kata-kata keseluruhannya.
Untuk menghasilkan sebuah kata-kata yang indah. tidak semestinya harus memiliki penguasaan kosa kata yang tinggi. cukup sekadar dengan pengolahan ayat yang harmoni, iaitu sususan kata-kata yang bernas. tuntasnya ialah manipulasi bahasa/ayat. anda harus bijak memanipulasi bahasa.
Contoh ayat biasa yang tidak digayakan - "dia sedang bersedih". untuk menjadikan ianya lebih bergaya, anda harus bijak memanipulasikannya. berdasarkan pemahaman dan kreativiti anda, anda olah ayat tersebut dengan sesuatu yang sinonim. contoh ayat biasa yang telah digayakan - "dia sedang berduka".
Konklusi kecil ini saya nyatakan dengan mudah agar senang untuk difahami.
Sesungguhnya apa yang harus kita ketahui ialah bangsa melayu merupakan sebuah bangsa yang kaya dengan kesopanan dan kesantunannya. sopan dalam langkah, santun dalam berbicaraa. bahasa melayu merupakan bukti ketinggian kesantunan melayu. perkara ini memang tidak dapat disangkalkan lagi kesahihannya, sehinggakan terlahir satu peribahasa - "dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang mati kelaparan". peribahasa tersebut sudah jelas bahawa masyarakat melayu beradab dalam kehidupan sehariannya, sampaikan dagang (orang yang berdagang) lalu nasi sudah disediakan.
Akhirulkalam, bahasa melayu sememangnya suatu bahasa yang penuh bergaya.
Wallahualam.
- Amir Afandi

30 November 2008

Paradoksnya Kini

mutakhir
para pemikir kritis resah,
memandang awan gelap berarak
masuk memayung wilayah
kesefahaman bangsa harum semerbak,
awan gelap yang membawa ribut,
ribut yang meniup segala wangian,
wangi hilang dihembus pergi,
jadi mati harumnya mati.

sejahteralah wilayah ini,
wilayah kesepakatan bangsa,
sentosalah tanah subur ini,
subur sepanjang masa.

sepuluh jari disusun rapat,
dirapat erat telapak tangan,
syahdu doa dipanjat
memohon-Nya menghujankan berkat,
berkat aman sepanjang zaman.
- tercetus dari situasi alam politik negara kini.

Rakan Seangkatan




persekutuan persahabatan kita
tidak akan berakhir
persatuan persefahaman kita
tidak akan terusir

walau tubuh dalam gelisah
pengajian ilmu purnama terakhir
perpisahan kejiranan meja kerusi
yang semakin hampir
yang semakin ke hilir

cengkaman hati tetap erat
walau pilunya teramat berat

kita tetap bersahabat
sehingga ke akhir hayat!

29 November 2008

Foretaste

the grass in my past
between the two reason
green and yellow
striked by the season
green when it grows

it's a metaphore
story with a million episodes
day and night like a lesson
practical criticisms
contemporary rhetoric
with logical definition

it's my life
learn from mistakes
step on the land
not like a man who's thrown a stone
then hide his hand

Kenangan Yang Mengusik




Kempori Pengakap Terengganu
Di Kuala Berang,Terengganu. Seronok weh! Pengalaman yang ''malas'' nak di lupakan. Sebab seronok giler! hahaha.
Once a scout, Always a scout.

Bahasa Melayu

bahasa alam melayu
gah dahulunya bahasa bangsaku
lingua franca pelbagai bangsa
berada dipuncak bahasa dunia
bahasa bangsaku itu permata
indah dipandang cantik dipakai
manisnya laksana gula serawa
membelai kalbu menusuk jiwa

bangsaku santun dengan bahasanya
berpantun,berkias
menyedarkan penuh ikhlas

kini wajahnya seolah samar
umpama bukit yang diselimut kabus

bahasa bangsaku
tenaganya hilang
jasadnya terbang
kerana pudarnya tidak dibendung
bahasa penjajah yang diagung-agung

tidak salah pelajari ilmu
budaya asing jadi pedoman,
inikan pula warisan melayu
janganlah di buang
dek dagang nak lalu

sedarlah jangan berlengah
sebelum semuanya mula berpecah



- entah mengapa aku rasakan bahasa melayu seolah-olah diperbudak-budakkan oleh bangsanya sendiri. Sesetengah ''Melayu" seakan malu dengan bahasanya. (aku tidak salahkan bahasa inggeris. bahasa inggeris juga peri pentingnya pada masa kini. aku juga menuntut ilmu bahasa inggeris )

Foto Drama Keputusan PMR 2007

Merakam detik keputusan pmr 2007 merupakan wadah untuk aku mengasah kemahiran. Pada mulanya agak rumit untuk membuat shoot2 yang menarik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menebalkan muka untuk mengajak mereka untuk mengabdikan kenangan mereka melalui foto. hehehe.


Kandid
Aku juga membuat keputusan untuk membuat shoot secara kandid. Bagi aku foto kandid mempunyai nilainya yang tersendiri dalam mezahirkan makna di sebalik foto tersebut. Foto lebih ''bernyawa''.

28 November 2008

Langkah Pertama

Luas benar jajahan takluk IT. Peta teknologi yang kaya dengan informasi.
Aku baharu mahu membuat langkah pertama. Dalam petempatan kebebasan meluahkan rasa.
Gembiranya!!

rákan-rákan